"sahabat, teman, kawan...ape bezanya eh?" seorang kenalan aku bertanya....
Disebabkan soalan itulah maka aku menulis post ni. Mungkin ketiga-tiga perkataan tu membawa maksud sama menurut kamus dewan (tak tau lah sebab aku tak belek kamus pon) tapi bagi aku SAHABAT, TEMAN dan KAWAN membawa maksud yang berbeza.
KAWAN itu ibarat pasir-pasir di tepian pantai...
Bagi aku, kawan bermaksud kenalan umum. Dalam ayat yang lebih mudah kawan ni adalah sesiapa yang kita jumpe dan tegur die walau kat mane pun sama ada di alam realiti atau alam maya. Kawan ni sangat mudah dicari semudah menekan butang 'Add Friend' jika di pesbuk dan butang "Follow' jika di twitter. Tapi kena berhati-hati sebab kawan ni ada bermacam jenis. Ada yang jenis kawan mengata kawan dan ada juga kawan yang suka mengampu untuk kepentigan diri dan macam-macam lagi lah. Senang cite 'kawan' paling mudah nak dapat.
Sebaik-baik TEMAN adalah yang mampu memimpin temannya ke arah kebaikan..
Teman ni lak bagi aku macam seorang kawan jugak tapi lebih rapat dengan kita. Dalam bahasa mudahnye kawan yang sekepala. Seorang yang mudah berdampingan dengan kita kerana dia telah betul-betul faham dengan sikap kita contohnya tahu apa yang kita suka dan apa yang kita benci. Ada yang memimpin kita ke arah kebaikan dan ada jugak jenis yang mempengaruhi kita untuk terjebak ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Namun tak semua teman yang sanggup susah dan senang bersama. Dan teman ni jugak tak semestinya di alam realiti sahaja.
SAHABAT itu adalah TEMAN dan dia jugalah KAWAN...
Nilai seribu orang kawan takkan sama dengan nilai seorang sahabat. Sebab ape aku cakap camtuh? Bagi aku sahabatlah individu yang paling sukar untuk ditemui sebab tu teramatsangat bernilai. Sahabat merupakan seorang yang amat faham tentang diri kita dan sanggup berkongsi apa sahaja dengan kita sama ada ketika susah mahupun senang. Sahabat ni kebiasaannya individu yang kita memang dah kenal lama dan sekepala. Die lah guru, die lah motivator dan die lah segalanya dan mampu membimbing kita ke arah kebaikan. Di saat kita jatuh tersungkur die masih sudi berada di sisi dan memimpin kita untuk kembali berada di landasan yang betul. Itulah yang dinamakan sahabat :)
"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)"(HR Ahmad)
Jika anda mempunyai ketiga-tiganya maka beruntunglah anda. Cintailah mereka kerana Allah nescaya anda akan dapat merasai kemanisan iman. Wallahua'lam.....
No comments:
Post a Comment