Thursday, 3 January 2013

~ Debar PRU13 Part 5 ( Menghitung Hari ) ~

Salam warga maya ,bila tirai 2013 mula menjenguk memang yang paling ditunggu-tunggu tahun ni sudah pasti ialah PRU13 even saya sendiri pun tak sabar-sabar menunggu semboyan PRU13 dibunyikan ... Paling lewat sekalipun PRU13 akan diadakan bulan Jun tahun depan dan ia tidak akan lebih dari itu kerana Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada April 2013 selepas genap lima tahun PRU12 diadakan . Kali ni saya nak cerita tentang suasana politik negeri Johor yang terletak di hujung Semenanjung Malaysia ...
                Di negeri inilah UMNO ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1946 dan sehingga kini ia masih lagi kubu kuat UMNO dan hakikat tersebut tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun meski oleh puak pembangkang .. sekarang Menteri Besar Johor ialah Datuk Abdul Ghani Othman .. dan jawatan beliau sekarang  didahului oleh Timbalan Perdana Menteri sekarang iaitu Tan Seri Muhyiddin Yassin .. di era pemerintahan beliaulah kita dapat melihat Johor seperti sekarang .. dengan pembukaan Iskandar Malaysia yang berjaya menarik minat banyak pelabur .. OKlah .. nak singkap dari sudut politik pulak .. 
              Di pihak Pakatan Rakyat mereka menamakan YB Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar mereka andai mereka berjaya menakluk Johor .. pada saya beliau merupakan calon yang tepat meski krebiliti beliau dinafikan oleh pihak BN tapi beliau telah membuktikan yang beliau mampu kerana sebelum ni beliau merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya menjadi Naib Presiden PAS .. beliau pemimpin pelapis yang saya fikir mampu menjadi Presiden PAS satu hari kelak .. InshaAllah ... dan tidak dapat dinafikan beliau antara WOW faktor PR untuk menawan Johor dalam PRU13 kelak .. satu lagi kelebihan beliau ialah beliau merupakan kacukan Melayu - Cina yang faktor tersebut dapat dijadikan alasan untuk pengundi Cina yang kita maklum memang menyokong PR untuk memilih PR sebagai kerajaan negeri yang baru kelak . 
           Tapi jangan lupa Menteri Besar Johor yang sekarang sudah pasti tidak akan mengalah meski sudah ada ura-ura yang beliau akan dibawa ke pusat dan mungkin Datuk Seri Khalid Nordin dinamakan sebagai Menteri Besar yang baru .... dan sudah pasti kedua-dua akan berjuang habisan memastikan Johor tetap milik BN .... meski Johor turut dilanda isu RAPID Pengerang kawasan Dato Seri Azalina Othman .. siapa tidak kenal .. mantan Ketua Puteri UMNO yang begitu lantang tatkala menjadi Menteri Belia dan Sukan dulu dan seterusnya menjadi Menteri Pelancongan yang saya kira sangat berjaya dalam porfolio beliau .. dan kenapa tidak BN menongkah arus menamakan beliau sebagai Menteri Besar Wanita yang pertama dan mungkin ia akan berjaya meraih undi pengundi Wanita Johor andai strategi ini diguna pakai .... dan jangan kita lupa BN ada YB Dato Seri Hishamudin Tun Hussein di Parlimen Sembrong .. meskipun hampir separuh pola pengundi dalam parlimen tersebut adalah kaum cina namun beliau tetap berjaya mempertahankan parlimen tersebut pada PRU12 .. walaupun imej beliau sedikit diduga sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri but kita tak dapat nafikan yang beliau antara produk pelapis UMNO dari Johor yang berjaya .. kita juga ada YB  Dato Razali Ibrahim di parlimen Muar.. beliau juga antara yang boleh dinamakan sebagai Menteri Besar yang baru andai BN masih berkuasa di Johor kelak ....
             Apa-apapun bagi saya suhu politik di Johor masih pada tahao sederhana dan ia belum panas lagi tapi BN harus berhati-hati juga kerana PR lebih-lebih lagi PAS sudah mula mendapat tempat di Johor .... dan saya kira peluang bagi BN mengekalkan kemenagan dalam 70% manakala PR dalam 30% namun tidak mustahil dari 30% boleh naik sedikit demi sedikit sbb politik it all about spekulasi .... sukar diramal namun bila dah terjadi sukar ditukar ... 
Sampai sini je lah sebab tak banyak dapat saya ulas tentang Johor sebab ia tidak panas semakmur namanya di bawah teraju Sultan Johor yang ada sekarang . dan saya pun tidak sabar menunggu Istiadat Pertabalan Sultan Johor yang dijangka pada Mei 2014 nanti selepas Istana-istana yang digunakan untuk istiadat tersebut siap dibaikpulih..... pasti ia berbeza ....
OKLAH .. Assalamualaikum , jumpa lagi ..



No comments:

Post a Comment