Wednesday, 16 January 2013

~ IMAM SOLAT JENAZAH MAK AYAH~


ASSALAMUALAIKUM  WBT ..
kali ni saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian layan video ceramah nie ..
fikirkan .. renungkan dan hayati ..
sejahil2 kita pun biarlah kita yang menjadi Imam solat jenazah mak ayah kita bila dorang dah takde nanti ..Apabila ditanya kepada setiap ibu bapa yang mengharapkan keredaan  Allah SWT. Adakah mereka ingin anak-anak lelaki mereka atau menantu-menantu lelaki mereka agar salah seorang daripadanya boleh mengimamkan solat jenazah dan mendoakan mereka? Maka sudah pasti itu adalah impian setiap daripada mereka yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.

Namun, adakah kita sebagai anak sudah bersedia untuk menunaikan perkara tersebut dengan sebaiknya. Sedangkan suasana hari ini kita lebih gemar menolaknya supaya orang lain seperti imam masjid dan orang lain yang tidak ada pertalian dengan kita mengimamkan solat jenazah ibu bapa kita, buat hanya sekadar menuntut tuntutan fardu kifayah. Adakah kita seperti itu?Walhal, itulah khidmat yang terakhir yang amat diharapkan oleh setiap yang bergelar ibu bapa. Di saat getir menghadapi saat kematian, maka mereka mengharapkan ada doa-doa yang ikhlas supaya dapat mendoakan keampunan buat mereka sebelum masuk ke liang lahad, yang mana lebih hebat dan mencabar daripada alam dunia ini. Di dalam hadis sahih mengatakan bahawa: “Apabila telah mati seorang insan, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu; Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.”
Berdasarkan hadis ini, kita dapat lihat hikmahnya apabila Allah SWT hanya menerima doa-doa yang ikhlas. Kita bayangkan apabila orang lain yang mengimamkan jenazah ibu bapa kita, maka kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan mereka dalam menunaikan tugasan tersebut.Tetapi apabila kita yang mengimamkan solat jenazah ibu bapa kita, sudah pasti kita dapat mengukur sendiri sejauh mana keikhlasan yang ada pada diri kita selaku anak yang ingin mengharapkan keredaan dan keampunan buat ibu bapa kita yang sedang berada di alam barzakh.Jika setiap daripada kita menghayati kata-kata Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar Al-khattab RA bertanya: “Adakah akan dikembalikan akal-akal kita (di dalam kubur kelak)?” Nabi menjawab: “Ya, ia akan dikembalikan sebagaimana keadaan kamu sekarang.”
Maka sudah pasti kita akan kesian memikirkan keadaan mereka di alam barzakh kelak jika amalan mereka kurang dan dosa mereka banyak. Sedarlah bahawa kita ada peluang untuk menyelamatkan mereka di sana iaitu dengan kesolehan kita supaya kita manfaatkannya buat ibu bapa kita setelah mereka berganding bahu dan bersusah-payah membesarkan kita serta memberikan didikan yang sempurna.
Mari kita pasakkan niat yang ikhlas agar suatu hari nanti kita dapat mengimamkan solat jenazah serta dapat mendoakan mereka dengan penuh khusyuk. Belajarlah, kerana ia sangat mudah.Ketika menaip pasal post ni hati saya rasa sayu dan sedikit sebak ..... marilah kita sama-sama muhasabah diri , walaupun kita pendosa tapi biarlah kita rela hati menjadi imam pada jenazah mak ayah kita bila mereka tiada nanti dan mencari ilmu tentang semua itu . InshaAllah ..
Itulah masa terbaik untuk kita membalas jasa mak ayah kita dan itulah kali terakhir kita dapat membalas jasa  mereka ..
Ermm .. Sampai sini je lah tinta kali ni .. Wasalam ..

No comments:

Post a Comment