Assalamualaikum ...
Alhamdulilah dapat lagi bertinta di tintamujamuja ni ...
Kali ni saya nak cerita pasal PRU 13 yang ditunggu-tunggu ramai dan mengikut suhu bacaan politik mungkin selewat-lewatnya sebelum March melabuhkan tirai sebab DUN Negeri Sembilan paling lewat perlu dibubarkan selewat-lewatnya 26 March nanti .. kemungkinan Parlimen menunggu DUN Negeri Sembilan tamat tempoh untuk membubarkan Dewan Rakyat dan mengikut kiraan ramai penganalisis politik PRU 13 akan diadakan pada pertengahan March yang kebetulan cuti pertengahan semester sekolah pada waktu itu dan amat sesuai diadakan PRU kerana lazimnya banyak menggunakan sekolah-sekolah untuk diletakkan peti undi dan pengiraan undi .
Kali ni saya ingin sentuh tentang calon-calon yang bakal diketengahkan oleh BN dan PR ...
baik PR mahupun BN kedua-dua pasti cuba menonjolkan calon-calon terbaik dan pastinya calon-calon muda pasti akan mendominasi senarai calon PRU 13 nanti .. sebab hampir 40% daripada pengundi pada PRU13 nanti adalah pengundi muda ... jadi wajarlah calon-calon muda diketengah nanti sama ada dari BN mahupun PR .... pasti calon-calon baik BN mahupun PR punya pakej yang tersendiri nanti ...
Kalau kita teliti sekarang di Parlimen ramai YB-YB muda seperti YB Nurul Izzah Anwar , YB Yusmadi Yusuf , YB Khairy Jamaluddin , YB Dato Rosnah .... ini ada juga antaranya yang telah lama digilap dari zaman muda lagi sehingga ada yang mula masuk penggal kedua sebagai YB seperti YB Dato Noraini Ahmad dari BN .. tapi secara keseluruhannya saya lihat dari mata kasar Pakatan Rakyat lebih banyak menonjolkan calon-calon muda berbanding Barisan Nasional yang saya rasa ramai sedia maklum agak lebih selesa mengekalkan calon-calon veteran .. bukan kita hendak menafikan kewibawaan YB-YB veteran cuma sekarang adalah masa orang muda untuk memimpin kerana orang-orang muda ni banyak idea-idea yang bernas dan lebih memahami inspirasi orang muda yang lain ... kalau dalam Pakatan Rakyat saya kira ramai yang boleh diketengahkan dan PR sangat-sangat berjaya melahirkan produk-produk orang mudanya dan ramai golongan artis yang menyertai PR dan saya rasa PR wajar ketengahkan mereka sebagai calon untuk "test market" golongan ini .... di pihak BN pula sepatutnta menjadi plaform terbaik untuk melahirkan pemimpin muda apatah lagi dengan adanya sayap Puteri dan Pemuda dalam parti-parti komponen ... tapi peluang yang diberikan sangat-sangat nipis ... sebagai contoh Naik Ketua Puteri iaitu Puan Shanhahim sewajarnya diberikan peluang untuk bertanding dalam PRU13 nanti dan diharap tidak ada musuh-musuh politik yang mensabotaj beliau lebih-lebih lagi beliau boleh dikatakan antara "Ketua Puteri In Making " dan ramai ahli Puteri yang boleh diketengahkan dan saya kira UMNO sebagai parti dominan harus berani menongkah arus dengan mengentahkan calon-calon muda... jangan hanya luaran sahaja ditranformasikan tapi dalaman itu plaing penting ... kalau UMNO berani memulakan saya rasa parti-parti komponen lain pasti akan ikut jejak UMNO ... sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dalam PRN Sarawak yang lalu hampir 60% calonnya orang baru dan muda dan banyak yang menang ... bukan saya pro DAP tapi ini hakikat yang perlu kita hadapi dan harus wajar dicontohi oleh BN kalau ingin menang besar dalam PRU13 nanti.. InshaAllah ..
Jadi , sebagai pemerhati dan rakyat Malaysia dan ORANG MUDA sudah pasti saya mengharapkan satu transformasi politik bukan sahaja dari UMNO tapi MCA , MIC , GERAKAN , SUPP , PAS , PKR , DAP dan andai ia berlaku sudah pasti satu persaingan politik yang paling cantik dalam sejarah negara dan saya harap semua pihak mencapai tahap politik yang matang apatah lagi negara masuk tahun ke - 56 merdeka dan sepatutnya tiada lagi sekatan-sekatan media berlaku dan tiada lagi politik fitnah berlaku dan paling penting sekarang adalah zaman orang muda biarlah orang muda yang memimpin .... yang veteran kita dengar nasihat tapi yang menjalankan tugas biarlah orang muda .... InshaAllah pasti Malaysia akan lebih jaya dari sebelumnya ..jadi baik BN mahupun PR berusaha sehingga garis terakhir selagi wisel penamat belum ditiup meski semboyan perang masih sayu-sayu kedengaran ...
Sekali lagi saya tegaskan saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik tapi hanya pemerhati dan seorang rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia .. sampai sini je lah kali ni .
Assalamualaikum .... yang betul kita ikut , yang salah kita tegur , yang berusaha membaiki kelemahan kita lihat kemudian turuti ...Wallahualam ...
No comments:
Post a Comment