Assalamualaikum WBT ..
Kali ni saya nak bertinta tentang sifat-sifat marah .. Why sy pilih post ni sebab saya tengok ramai orang suka marah dan memaki hamun dan kerap menggunakan alasan ia harus andai ada yang mencetuskan kemarahan mereka walhal sifat MARAH itu berpunca dari sikap mereka sendiri yang tidak terdidik dengan nilai-nilai kesabaran yang tinggi ... MAAF , bukan mengata atau menyindir tapi itu HAKIKAT ... Saya faham apa yang golongan ini lalui sebab saya pernah melalui fasa kehidupan yang sentiasa marah-marah ibarat arang batu yang menunggu masa untuk membara menjadi api andai disimbah dengan gas... Tapi apa-apa pun ia boleh dikawal ... semuanya terpulang pada diri untuk mengawalnya whether kita BIJAK atau JAHIL untuk mengawal MARAH ..
Berikut adalah petikan hadis tentang MARAH :
Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:
1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf :200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud) Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi) Nabi s.a.w bersabda: Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu. Nabi saw bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang yang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya siksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala, sedangkan ia tidak memilik apa-apa selain isi rumahnya sahaja.
Seseorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri dikala mendapat ejekan maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya mahupun masyarakatnya. Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan pasangan suami isteri yang tidak memilikki ketenangan jiwa. Ia akan tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka.
Jadi , Suka saya mengajak semua sahabat-sahabat untuk mengelak diri dari sifat MARAH ini..
YUpp ... memang mudah bagi saya yang bercakap dan mengajak ..
Kalau saya , kalau dia BOLEH .. why anda tak BOLEH ?? Jangan jadikan alasan SAYA MEMANG PANAS BARAN untuk tidak membuang sifat ini..jawapan itu bagi orang yang ANGKUH dan EGO sahaja..
Salam kemaafan dari saya andai terkasar bahasa ...
No comments:
Post a Comment