Sunday, 10 March 2013

~ Debar PRU13 Part 7~

Assalamualaikum .... kali ni tinta muja kembali bertinta tentang dunia politik Malaysia menjelang PRU13 ini...
lebih-lebih lagi demam PRU13 yang suhunya kian menaik ... selepas genap 5 tahun PRU 12 diadakan menjelang 8 Mac 2013 yang lalu ... jadi kerajaan yang ada sekarang pimpinan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak serta saf kabinetnya yang hanya berfungsi sebagai kerajaan sementara sahaja sebelum kerajaan baru dibentuk sama ada pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang menang kelak..
Apabila 26 April menjelang kelak maka Parlimen akan terbubar secara automatik andai Perdana Menteri belum lagi membubarkan parlimen semasa 26 April nanti jadi sama ada suka atau tidak Pilihan Raya akan diadakan selepas 26 April ... jadi dapatlah kita simpulkan PRU13 akan diadakan selewat-lewatnya dalam lingkungan 7 minggu dari sekarang ... tarikh sebenar hanya Perdana Menteri sahaja yang mengetahui .. sekarang kita sebagai rakyat Malaysia menunggu masa Dato Seri Najib mengadap Yang dipertuan Agong untuk meminta perkenan parlimen dibubarkan ..... dan dijangka PRU13 akan menjadi persaingan yang paling sengit dalam sejarah Malaysia sejak merdeka kerana dijangka banyak kerusi akan terjadinya pertandingan satu lawan satu berikutan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat agar tidak bertembung sesama sendiri dalam PRU kelak .... banyak ramalan dan khabar angin yang dicanang baik pro BN mahupun PR ... apa-apa pun keputusan dia Wallahualam .... kita tunggu dan lihat sahaja ...
               Kali ni saya nak ajak semua pergi ke negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor ... sebut je pasal Selangor tebayang keindahan i-city di Shah Alam tatkala malam menjelma dan sudah pasti Selangor tidak dapat lari dari dikaitkan dari Kuala Lumpur kerana ramai orang Selangor yang berulang alik ke Kuala Lumpur setiap hari ... saya sendiri pernah menetap di Selangor dulu di area urban .. Petaling Jaya .. masa tu di bawah kerajaan BN pimpinan Dato Sri Khir Toyo .... dan masa tu juga saya sempat merasa peralihan kuasa antara kerajaan BN kepada kerajaan PR pimpinan YAB Tan Seri Khalid Ibrahim .. seorang tokoh koporat yang diangkat menjadi Menteri Besar ketika PR menang pada waktu itu ... isu utama di Selangor bukanlah seperti negeri-negeri lain yang lebih mendambakan pembangunan sebab Selangor negeri yang sangat maju malahan saya sendiri merasa sangat-sangat selesa tinggal di PJ .... baiklah ..sekarang kita lihat secara ringkas pola pengundian dalam PRU13 nanti dari sisip sipi seorang rakyat biasa macam saya ..saya bukan orang BN dan saya bukan juga orang PR .... sekrarang Pengerusi Barisan Nasional ialah daro Sri Najib sendiri jadi fahamlah kita bahawa BN mempunyai cita yang agak besar iaitu menawan kembali Selangor dalam PRU13 nanti ... di pihak PR pulak memang tidak dapat dinafikan krisis siapa menteri besar selepas PRU13 andai menang turut menjadi isu utama yang mungkin menjadi penyebab PR kalah kelak ..
           Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan 22 kerusi Parlimen dipertandinkan kelak .. pada PRU12 ..
BN memenangi 5 kerusi Parlimen selebihnya dimenangi pembangkang dan 20 kerusi DUN dan selebihnay dimenangi pembangkang .. dan kemudian Hulu Selangor berjaya dirampas kembali apabila pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi tersebut ... rakyat Selangor sekarang mendambakan peluang pekerjaan ditambah ... rumah-rumah sendiri yang mampu milik bukan pasir yang ditimbus sana sini .. ya ,, memang itu isu utama yang dimainkan tapi sebenarnya banyak isu yang boleh diketengahkan lagi untuk kedua-dua pihak menjadi juara rakyat dalam PRU13 ... 
       Majoriti kawansan urban dan kawasan majoriti cina didominasi oleh PR pada PRU12 ... disebabkan isu hindraf pada wajtu itu serta kemarahan pengundi cina .. Namun saya sendiiri melihat pada PRU13 nanti , kerusi-kerusi urban peluang bagi BN mahupun PR agak seimbang .contoh kerusi Puchong dominasi oleh pengundi cina saya merasa ia mungkin stay di bawah pihak PR nanti ..DUN Kinrara contohnya mungkin pengundi Melayu sudah kembali pada BN tapi dalam keadaan sekarang pengundi cina mustahil untuk kembali pada BN dan pola pengundian pengundi Cina dalam PRU13 sekarang dalam konteks Selangor ..
Berkemungkinan 80% pengundi cina akan berpihak pada PR dan 20% akan berpihak pada BN itupun mungkin untuk pengundi generasi lama ... dalam pengundi India pula saya kira pengundi India dalam negeri Selangor .. mood pengundi India sekarang agak baik terhadap BN berbanding pengundi Cina namun ia masih samar-samar meski sudah ditawar pelbagai tawaran untuk orang India .. di Selangor ,.... pengundi India paling tinggi di Kota Raja ...dan pada PRU12 ia dimenangi oelh calon PAS iaitu YB Siti Mariah dan calon India dari BN telah tewas pada waktu itu .. dan untuk pengetahuan semua tidak terdapat dalam negara kita di mana-mana kerusi sekalipun pengundi India menjadi pengundi dominan dalam mana-mana kerusi .Jadi atas dasar tolak ansur baik pihak BN mahupun PR ... calon-calon India turut diturukn jua di kerusi-kerusi tertentu .... dan di Selangor juga terdapat Batu Caves tempat beribdat orang Hindu yang amat besar sekali ..
         Sekarang kerusi Pandan yang disandang oleh YB Dato Sri Ong Tee Keat agak panas berikutan dalam senarai nama yang dihantar oleh Presiden MCA nama beliau tidak tersenarai namun beliau dikatakan mendapat sokongan padu dari penduduk tempatan khasnya dari parti komponen BN sendiri .. malahan saya merasakan beliau antara pemimpin yang kerap turun bersama rakyat .. kita kena ingat kita nak cari winable candidate bukan party winable .. walaupu  beliau tidak popular dalam parti tapi beliau amat popular di kalangan rakyat ... Jadi , saya merasakan Perdana Menteri akan mencalonkan beliau sebagai calon BN di Pandan kelak ... seandainya menginginkan kemenangan besar berpihak pada BN dalam PRU13 kelak . 
          Namun jangan lupa ... Selangor ada Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden PKR sendiri yang menang di Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada PRU12 dan beliau antara nama yang naik untuk dijadikan Menteri Besar andai PR masih terus berkuasa di negeri itu pada PRU13 kelak ... dan kita jangan lupa Senator Ezam yang pernah menjadi anak emas Anwar Ibrahim yang kini berada dalam kem BN untuk meastikan BN menawan kembali Selangor kelak .. dan YB Ezam antara nama yang turut dicanang oleh pihak BN untuk jadi Menteri Besar andai BN berkuasa .. mantan Menteri Besar Dato Sri Khir Toyo sebelum ini menyatakan beliau tidak mahu menjadi menteri besar semula andai BN kembali berkuasa kelak ..
         Walau bagaimanapun .. peluang bagi pihak BN sekarang adalah 50% begitu juga di pihak PR .. sekarang yang penting kedua pihak mesti bijak memainkan peranan dalam menangani isu-isu tertentu menjelang PRU13 kelak ...  sekarang kita serahkan kuasa pada rakyat untuk memilih BN mahupun PR untuk menjadi kerajaan negeri ...  dan di peringkat Parlimen pula kita serahkan lagi biar rakyat menjadi "RAJA" untuk menentu sama ada kerusi milik BN kekal atau bertambah atau mungkin berkurang ..
Jawapannya ... Wallahualam dan hanya diketahui selepas PRU13 kelak ...
Sekian sahaja tinta tentang politik kali ini .. 

^_^ SAYA BUKAN ORANG POLITIK , SAYA CUMA PEMERHATI POLITIK ^_^

No comments:

Post a Comment