Akhirnya tepat 12.00am malam td .....
Maka , DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya dan Speaker DUN Negeri Sembilan sudah pun memaklumkan pada SPR tentang pembubaran DUN Negeri Sembilan berikutan tamatnya tempoh DUN tersebut begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Sembilan sudah pun mengadap Yang Dipertuan Besar memaklumkan perkara tersebut ..
kuasa politik Ahli-ahli DUN Negeri Sembilan yang berjumlah 36 orang hanya tinggal kenangan sahaja namun kuasa eksekutif kerajaan negeri tetap berfungsi dengn sendiri sehingga PRU13 dijalankan ..Baiklah .. cukup dah kan cerita pasal ni ..
Kali ni saya nak mengajak semua sahabat-sahabat ke negeri Pantai Timur pulak ...
First , kita pergi ke negeri Pahang ...
Pahang yang dikatakan kubu kuat BN kerana ia negeri kelahiran Dato Sri Najib sendiri malah beliau mula menapak dalam bidang politik di Parlimen Pekan dari tahun 1976 sehingga kini ..
Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN ... pada PRU12 .. BN telah memenangi 12 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN selebihnya dimenangi oleh PR .....
kalau dilihat pada situasi ini , jelaslah BN amat kuat di Pahang di bawah pimpinan YAB Dato Sri Adnan Yaakob .. namun ia berbeza berbanding sekarang ... malah telah dikhabarkan Dato Sri Adnan akan dibawa ke pusat untuk menjadi Menteri Persekutuan andai BN berjaya membentuk kerajaan dalam PRU13 kelak ....
Saya hanya fokus pada beberapa kerusi Parlimen sahaja untuk negeri ini dan saya lebihkan kerusi panas seperi Kuantan yang kini disandang oleh YB Fuziah Salleh .. yang kini hangat dengan isu LYNAS ... saya kira kerusi ini peluang bagi PKR untuk mengekalkannya adalahs ekitar 65% memandangkan YB Fuziah seorang yang kerap turun padang dan bersuara lantang dalam Dewan Rakyat dan tidak hairan andai beliau mampu mengekalkan kecemerlangan beliau nanti dalam PRU13 kelak ... dan seterusnya kita ke kerusi Indera Mahkota yang kini disandang oleh YB Azan Ismail yang berkemungkinan akan dipindahkan untuk bertanding di negeri asal beliau iaitu Terengganu . apa-apa pun kita tunggu dan lihat .. kerana kedua-dua pihak berpontensi memenangi kerusi ini terpulang pada isu nasional yang dimainkan ketika PRU13 nanti kerana Indera Mahkota merupakan sebuah bandar baharu yang sedang membangun dan tidak banyak isu yang boleh diketengahkan oleh kedua pihak kelak ...
Tidak sah kalau kita tak singgah ke kerusi Pekan .. baru-baru ini YB Datuk Seri Hadi Awang menyuarakan hasrat untuk bertanding di situ menenantang Dato Sri Najib dan kemudian senyap ..saya kira ia hanya satu gimik politik kerana mustahil bagi Hadi Awang untuk meninggalkan Teregganu kerana situ adalah negeri kelahiran beliau dan situlah kekuatan beliau sekaligus turut membantu dalam memenangkan PR di Terengganu kelak ..Walaupun terdapat sepekulasi mengatakan akan ada pelajar IPT yang bakal bertanding di situ menentang beliau namun kekuatan Najib sukar dibolos kerana Pekan adalah kampung halaman beliau dan saya yakin beliau tetap menang di situ .... walaupun menang sebagai Ketua Pembangkang kelak ... Wallahualam ... Terdapat kerusi panas seperti Bentong dan Raub yang disandang oleh orang kuat MCA iaitu Dato Sri Liow Tiong Lai dan Dato Sri Ng Yen Yen .... di Bentong jumlah pengundi Melayu dan Cina hampir seimbang .. kelebihan Dato Liow adalah beliau amat fasih berbahasa Melayu dan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA sekarang merupakan satu kelebihan bagi beliau sepatutnya dalam mengekalkan kerusi tersebut .... beliau juga kerap turun padang di tempat tersebut .... hampir pasti bagi PR calon dari PKR yang akan diletak di situ dan saya kira peluang BN untuk kekal dalam 65% andai tidak ada isu aib-mengaibkan peribadi calon dijalankan di situ kelak .. dan andai Dato Liow menang di situ .... YES, We can said that HE IS THE NEXT MCA PRESIDEN IN MAKING ... berdasarkan bacaan politik semasa yang memungkinkan kedudukan beliau selesa ke peringkat tersebut ... kemudian kita ke Raub pula .. Dato Ng Yen Yen bukan anak jati Pahang .. beliau adalah anak Kelate dan dalam PRU13 kedudukan beliau belom dapat dipastikan lagi sama ada dicalonkan semula atau tidak .. jika beliau diganti dengan calon muda mungkin senang bagi BN untuk kekal namun jika calon yang veteran dicalonkan susah untuk saya katakan BN akan menang kerana jumlah pengundi Cina di sini adalah hampir 50% dan sudah pasti sokongan kaum Cina terhadap PR dalam 70% dan ia mungkin akan bertambah andai calon sudah berusia diletak BN bagi kerusi tersebut .. Bagi kerusi Bera dan Rompin yang kini disandang oleh Dato Sabri dan Dato Jamaludin sudah pasti akan kekal dalam tangan mereka dan bagi kerusi Temerloh yang kini disandang oleh Dato Saifudin Abdullah yang sudah ada desas-desus mengatakan beliau akan digugurkan berikutan komen-komen beliau yang agak pedas terhadap kerajaan namun pemimpin begini yang kita perlukan yang bukat setakat "YES MAN " dan saya mengharapkan beliau dicalonkan semula kerana beliau antara pemimpin pelapis yang BN perlukan kelak pasca PRU13 dan andai beliau digugurkan saya percaya BN akan tewas di Temerloh andai calon tidak kena .. satu lagi kerusi iaitu Jerantut yang dalam situasi membahaya sekarang dan kemenangna BN masih bergantung pada siapa bakal dicalonkan kelak ..
Bagi keseluruhan kerusi DUN pula .. tidak kira siapa bakal Menteri Besar ia kelak .. saya optimis Pahang masih di bawah tampuk pemerintahan BN cuma mungkin beberapa kerusi mungkin akan terlepas pada PAS .... peluang BN masih dalam bacaan 70% .....
Seterusnya , mari kita melawat negeri Terengganu ... negeri yang sangat permai dan indah dengan hasil lautnya ... pasca PRU12 agak bising seketika bila Menteri Besar pilihan mantan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato Seri Idris Jusuh tidak dilantik istana sebaliknya ADUN Kijal iaitu Dato Seri Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru ..awalnya ramai yang meragui kredibiliti beliau namun 5 tahun berlalu membuktikan beliau lebih dekat dengan rakyat dek kerap turun padang dan beliau dijangka akan dikekalkan untuk penggal baru ini ... mungkin peribadi iaitu anak nelayan membuatkan beliau lebih senang didekati .... baiklah .. mari kita tinjau kerusi-kerusi di Terengganu ni satu persatu ... Parlimen Terengganu terdiri daripada 8 kerusi dan 32 kerusi DUN .... pada pilihan raya kali ini ... bagi kerusi Kuala Terengganu .. seandainya YB Wahid Endut masih dikekalkan oleh PAS maka saya yakin ia laluan mudah bagi PR untuk mempertahankan kerusi tersebut ... ada 4 DUN dalam kerusi ini dan berdasarkan PRU12 saya menjangkakan keempat-empat kerusi DUN ini mungkin akan dimiliki oleh PR namun bagi DUN Batu Buruk , Bandar dan Ladang peluang BN dalam sekitar 40% dan ia memerlukan calon muda dan latar belakang agama di situ andai BN ingin menang di kerusi tersebut . Seterusnya kita ke Besut , penyandang sekarang iaitu Datuk Abdullah Mohd Zin dijangka dikekalkan dalam PRU13 ... berdasarkan majoriti 10,000 yang diraih beliau dalam PRU12 dan saya menjangkakan kerusi ini peluang BN adalah 75% dan mungkin ia kekal milik BN . Begitu juga dengan 4 DUN dalam parlimen ini dijangka akan dimenangi dengan mudah oleh BN.... Seterusnya kita ke kerusi Kemaman ... kerusi ini dijangka ditandingi oleh orang kuat PKR iaitu YB Azan Ismail bakal berdepan dengan Dato Seri Ahmad Shabery dan saya kira ia antara pertembungan yang hebat antara dua nama besar dalam politik negara namun kemungkinan BN untuk kekal dalam kerusi ini dalam sekitar 65% dan andai Azan Ismail bijak memainkan isu.. mungkin kerusi ini bakal dirampas oleh PR kelak ..bagi kerusi DUN pula terdapat 4 DUN dan dalam parlimen ini juga terletaknya Menteri Besar sendiri bertanding ... mungkin BN bakal terlepas DUN Cukai pada kali ini ..... Di Kuala Nerus kedudukan BN agak membahaya ..begitu juga dengan DUN Tepus , Teluk Pasu yang mungkin terlepas pada PR dan BN berpeluang untuk merampas DUN Bukit Tunggal daripada PR dalam PRU13 ini ..Bagi Setiu dan Dungun..laluan BN mungkin agak mudah untuk kekal di kerusi tersebut .Bagi kerusi Hulu Terengganu .. peluang BN hanya sekitar 60% sahaja dan perlu ada calon baru diletak di situ bagi memastikan kemenangan berpihak pada BN.. Bagi kerusi Marang hampir pasti penyandang iaitu Presiden PAS Malaysia kekal bertanding di situ ... dan peluang beliau cerah untuk kekal di kerusi tersebut dan mungkin melepaskan DUN Ru Rendang bagi memudahkan kerja beliau andai PR menang di peringkat persekutuan sudah pasti beliau antara yang dilantik menjadi menteri kabinet kelak .Totally , dalam PRU13 , BN mungkin masih dapat membentuk kerajaan sekurang-kurangnnya dengan majoriti mudah tetapi tidak mustahil PR mampu mencipta kejutan juga dengan izin Allah ....
AKhirnya , ambo sapa jugok di negeri tadahe wahyu .. negeri Kelate Darul Naim ... kenapa saya pilih negeri ini sebagai analisis terakhir saya ? kerana negeri ini antara yang terhangat sekali dan paling diingin-inginkan oleh BN dan sudah pasti PR akan sedaya upaya mempertahankannya .... Di sinilah kubu kuat PAS dari dulu sampai sekarang .. di sinilah terhimpunnya sekolah-sekolah pondok dan terdapatya ratusan ulama ..... MasyaAllah .. Kelantan ada 14 kerusi Parlimen dan 44 kerusi DUN ... Di Kelantan ini tidak semua kerusi Parlimen atau DUN yang akan saya sentuh .. saya cuma ingin menyentuh beberapa kerusi panas sahaja .. Saya mulakan dengan Kota Bahru ... kerusi ini saya yakin akan menjadi milik PR berikutan pembangunan di KB sekarang yang kian rancak malahan saya sendiri merasa seronok dengan KB sekarang berbanding KB yang dulu .... BN kena letak seseorang yang "fresh" di sini andai ingin mencipta kejutan di sini ... Seterusnya kita pergi ke Tumpat.. Tumpat merupakan kawasan HITAM bagi UMNO kerana sentimen rakyat di TUMPAT sangat-sangat pro PAS dan peluang UMNO di sini boleh dikatakan zero sama sekali .. DUN Pengkalan Kubor yang disandang oleh BN sekarang andai tidak dijaga dengan tertib mungkin boleh terlepas kepada PAS dan situasi sama juga bagi DUN Wakaf Bharu yang pada PRU11 pernah dimiliki oleh BN mungkin akan berjaya dirampas oleh BN yang memungkinkan situasi win-win bagi kedua pihak kelak .Kita pergi ke Pengkalan Chenpa .. merupakan kawasan perindustrian utama di negeri Kelantan. Lapangan terbang negeri Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) juga terletak di sini. .. Situasi di kerusi ini sukar diramal di mana 50%-50% bagi BN mahupun PR ..terpulang pada isu yang dimainkan oleh kedua pihak ketika itu .Kita pergi ke Pasir Mas .. dikhabarkan Nik Abduh anak Tok Guru Nik Aziz bakal diletakkan di sini mewakili PAS .. dan saya kira ia tiket mudah bagi PAS menang di kawasan ini ... Seterusnya kita pergi ke Rantau Panjang ... yang kini disandang oleh YB Siti Zailah .... kerusi ini agak selamat bagi beliau dalam PRU13 nanti namun dua DUN dalam kawasan ini iaitu DUN Gual Periok dan Bukit Tuku berpontensi untuk ditawan oleh BN dalam PRU13 kelak .. Bagi kerusi Kubang Krian andai YB Salahudin Ayob jadi berpindah ke Johor maka satu kelebihan bagi BN untuk merampas kerusi ini dari PAS kelak .. tapi laluan itu tak mudah andai Dato Husam yang diletak bertanding di situ .. Seterusnya kita pergi ke Bachok .. satu kerusi yang agak panas lebih-lebih lagi setelah YB Nasharudin Mat Isa tidak dinamakan bertanding di kerusi tersebut . Walaupun Dato Awang Adek dicalonkan sekali lagi di situ ... peluang beliau untuk menang masih samar-samar .. bagi kerusi DUN pula .... peluang bagi PR mahupun BN adalah 50%-50% ..... Bagi kerusi Ketereh pula UMNO kemungkinan menamakan ADUN Kok Lanas Dato Md Alwi sebagai calon .. dan ia mungkin memudahkan laluan BN untuk menang di kerusi ini kelak ... dan bagi tiga kerusi DUN dalam parlimen ini peluang 50%-50% bagi kedua pihak ... bagi kerusi Tanah Merah pula peluang bagi BN mahupun PR adalah sama rata berdasarkan majoriti PRU12 bawah 2000 undi ..dan pernah dimenangi oleh BN dengan majoriti 2000 lebih dan BN perlu meletakkan tokoh ulama muda di sini andai ingin merampas kerusi ini ..Bagi parlimen Jeli dan Gua Musang sudah pasti Dato Seri Musatpha dan Ku Li akan diletakkan di situ dan kedua kerusi ini akan kekal menjadi milik BN... Bagi Machang pula susah untuk saya katakan kerana Dato Saifudin Nasution akan dipindahkan ke Kedah kelak dan calon bagi PR belum diketahui lagi ... peluang BN pula agak samar-samar untuk dikatakan namun potensi untuk menang tetap ada berdasarkan rekod lepas.. bagi kerusi Kuala Krai dan Pasir Puteh ..... PR pasti akan kekal menang di kedua kawasan ini .
Kesimpulannya , dalam PRU 13 kelak paling busuk pun PR pasti dapat membentuk kerajaan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah selagi ia dipimpin oleh YAB Dato Nik Aziz kerana rakyat Kelantan waima orang UMNO sekalipun sayang pada Nik Aziz .... kalau anda orang Kelantan atau menetap di Kelantan anda pasti tahu kenapa semua orang sayang Nik Aziz .. Namun kemaraan BN melalui gelombang merah yang diketuai oleh Dato Seri Mustapha Mohamed jangan dipandang enteng kerana beliau pernah menyebabkan kerajaan PAS hampir tersungkur dalam PRU11 pada 2004 yang lalu .. dan siapa tahu dengan izin Allah sejarah mungkin berulang dan mungkin sejarah baru tercipta namun mustahil untuk membentuk kerajaan 2/3 bagi BN tapi majoriti mudah mungkin boleh andai situasi atau isu pada ketika itu kelak memihak kepada BN ....
AKhirnya selesai sudah analisis saya bagi 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan .. dan ia mungkin tidak sama dengan situasi sekarang berikutan tarikh ia diulas dan sekarang adalah berbeza ... dan semua analisis yang saya dibuat ini tidak BIAS pada mana-mana pihak kerana ia diperoleh dari informer bebas dari setiap kawasan parlimen dan DUN setiap negeri . Apa-apa pun segalanya akan terjawab selepas usai PRU 13 kelak dan hanya Allah yang mengetahui segalanya ...
Salam kemaafan dari saya andai ada kenyataan yang menguris mana-mana pihak ...
saya hanyalah seorang pemerhati dunia politik dan bukan orang politik ..
Wasalam ..
No comments:
Post a Comment