Thursday, 28 March 2013

~ Mencintaimu kerana Allah ~


Ajari aku cinta untuk bersabar..
Untuk menemukan makmunku yang benar..
Untuk menjaga segala kemuslimahanmu..
Mengangkat darjat keimananku..
Serta membawaku dalam Indahnya agama Allah..


Ajari aku cinta untuk bertahan..
Pada kebaikan..
Pada keistiqamahan..
Pada Indahnya sendiri tanpa sentuhan haram..
Pada keindahan Cinta yang selalu terpendam..

Ajari aku cinta..
Seperti Para makhluk tuhan yang selalu berdzikir..
Seperti Hamba-hamba Tuhan yang selalu berfikir..
Di jauhkan dari manusia-manisa kafir..
Dan selalu ada dalam kerendahan hati tanpa kikir..

Ajari aku Cinta..
Aku ingin memilikimu kerana TuhanMu, Allah..
Aku ingin menjadi pendampingmu kerana Ajaran TuhanMu, Allah..
Aku ingin mencintai dan melengkapai kehidupanku juga hanya ada di jalan TuhanMu, Allah..
Demi Cintaku padamu, Karena Allah..
Hanya Kerana TuhanMu, Allah..
Jadilah Makmumku yang sempurna..
Yang selalu mencari cinta di jalan TuhanMu, Allah..
Untukmu Yang akan menjadi Makmumku.

Dari TintaMuja untuk ...................

Wednesday, 27 March 2013

~ Debar PRU13 PART 9(Pahang,Terengganu, Kelate) ~

Salam warga maya ....
Akhirnya tepat 12.00am malam td .....
Maka , DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya dan Speaker DUN Negeri Sembilan sudah pun memaklumkan pada SPR  tentang pembubaran DUN Negeri Sembilan berikutan tamatnya tempoh DUN tersebut  begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Sembilan sudah pun mengadap Yang Dipertuan Besar memaklumkan perkara tersebut ..
kuasa politik Ahli-ahli DUN Negeri Sembilan yang berjumlah 36 orang hanya tinggal kenangan sahaja namun kuasa eksekutif kerajaan negeri tetap berfungsi dengn sendiri sehingga PRU13 dijalankan ..Baiklah .. cukup dah kan cerita pasal ni .. 
Kali ni saya nak mengajak semua sahabat-sahabat ke negeri Pantai Timur pulak ...

First , kita pergi ke negeri Pahang ...

Pahang yang dikatakan kubu kuat BN kerana ia negeri kelahiran Dato Sri Najib sendiri malah beliau mula menapak dalam bidang politik di Parlimen Pekan dari tahun 1976 sehingga kini ..
Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN ... pada PRU12 .. BN telah memenangi 12 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN selebihnya dimenangi oleh PR .....
kalau dilihat pada situasi ini , jelaslah BN amat kuat di Pahang di bawah pimpinan YAB Dato Sri Adnan Yaakob .. namun ia berbeza berbanding sekarang ... malah telah dikhabarkan Dato Sri Adnan akan dibawa ke pusat untuk menjadi Menteri Persekutuan andai BN berjaya membentuk kerajaan dalam PRU13 kelak ....
Saya hanya fokus pada beberapa kerusi Parlimen sahaja untuk negeri ini dan saya lebihkan kerusi panas seperi Kuantan yang kini disandang oleh YB Fuziah Salleh .. yang kini hangat dengan isu LYNAS ... saya kira kerusi ini peluang bagi PKR untuk mengekalkannya adalahs ekitar 65% memandangkan YB Fuziah seorang yang kerap turun padang dan bersuara lantang dalam Dewan Rakyat dan tidak hairan andai beliau mampu mengekalkan kecemerlangan beliau nanti dalam PRU13 kelak ... dan seterusnya kita ke kerusi Indera Mahkota yang kini disandang oleh YB Azan Ismail yang berkemungkinan akan dipindahkan untuk bertanding di negeri asal beliau iaitu Terengganu . apa-apa pun kita tunggu dan lihat .. kerana kedua-dua pihak berpontensi memenangi kerusi ini terpulang pada isu nasional yang dimainkan ketika PRU13 nanti kerana Indera Mahkota merupakan sebuah bandar baharu yang sedang membangun dan tidak banyak isu yang boleh diketengahkan oleh kedua pihak kelak ...
Tidak sah kalau kita tak singgah ke kerusi Pekan .. baru-baru ini YB Datuk Seri Hadi Awang menyuarakan hasrat untuk bertanding di situ menenantang Dato Sri Najib dan kemudian senyap ..saya kira ia hanya satu gimik politik kerana mustahil bagi Hadi Awang untuk meninggalkan Teregganu kerana situ adalah negeri kelahiran beliau dan situlah kekuatan beliau sekaligus turut membantu dalam memenangkan PR di Terengganu kelak ..Walaupun terdapat sepekulasi mengatakan akan ada pelajar IPT yang bakal bertanding di situ menentang beliau namun kekuatan Najib sukar dibolos kerana Pekan adalah kampung halaman beliau dan saya yakin beliau tetap menang di situ .... walaupun menang sebagai Ketua Pembangkang kelak ... Wallahualam ... Terdapat kerusi panas seperti Bentong dan Raub yang disandang oleh orang kuat MCA iaitu Dato Sri Liow Tiong Lai dan Dato Sri Ng Yen Yen .... di Bentong jumlah pengundi Melayu dan Cina hampir seimbang .. kelebihan Dato Liow adalah beliau amat fasih berbahasa Melayu dan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA sekarang merupakan satu kelebihan bagi beliau sepatutnya dalam mengekalkan kerusi tersebut .... beliau juga kerap turun padang di tempat tersebut .... hampir pasti bagi PR calon dari PKR yang akan diletak di situ dan saya kira peluang BN untuk kekal dalam 65% andai tidak ada isu aib-mengaibkan peribadi calon dijalankan di situ kelak .. dan andai Dato Liow menang di situ .... YES, We can said that HE IS THE NEXT MCA PRESIDEN IN MAKING ... berdasarkan bacaan politik semasa yang memungkinkan kedudukan beliau selesa ke peringkat tersebut ... kemudian kita ke Raub pula .. Dato Ng Yen Yen bukan anak jati Pahang .. beliau adalah anak Kelate dan dalam PRU13 kedudukan beliau belom dapat dipastikan lagi sama ada dicalonkan semula atau tidak .. jika beliau diganti dengan calon muda mungkin senang bagi BN untuk kekal namun jika calon yang veteran dicalonkan susah untuk saya katakan BN akan menang kerana jumlah pengundi Cina di sini adalah hampir 50% dan sudah pasti sokongan kaum Cina terhadap PR dalam 70% dan ia mungkin akan bertambah andai calon sudah berusia diletak BN bagi kerusi tersebut .. Bagi kerusi Bera dan Rompin yang kini disandang oleh Dato Sabri dan Dato Jamaludin sudah pasti akan kekal dalam tangan mereka dan bagi kerusi Temerloh yang kini disandang oleh Dato Saifudin Abdullah yang sudah ada desas-desus mengatakan beliau akan digugurkan berikutan komen-komen beliau yang agak pedas terhadap kerajaan namun pemimpin begini yang kita perlukan yang bukat setakat "YES MAN " dan saya mengharapkan beliau dicalonkan semula kerana beliau antara pemimpin pelapis yang BN perlukan kelak pasca PRU13 dan andai beliau digugurkan saya percaya BN akan tewas di Temerloh andai calon tidak kena .. satu lagi kerusi iaitu Jerantut yang dalam situasi membahaya sekarang dan kemenangna BN masih bergantung pada siapa bakal dicalonkan kelak ..
Bagi keseluruhan kerusi DUN pula .. tidak kira siapa bakal Menteri Besar ia kelak .. saya optimis Pahang masih di bawah tampuk pemerintahan BN cuma mungkin beberapa kerusi mungkin akan terlepas pada PAS .... peluang BN masih dalam bacaan 70% .....

          Seterusnya , mari kita melawat negeri Terengganu ... negeri yang sangat permai dan indah dengan hasil lautnya ... pasca PRU12 agak bising seketika bila Menteri Besar pilihan mantan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato Seri Idris Jusuh tidak dilantik istana sebaliknya ADUN Kijal iaitu Dato Seri Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru ..awalnya ramai yang meragui kredibiliti beliau namun 5 tahun berlalu membuktikan beliau lebih dekat dengan rakyat dek kerap turun padang dan beliau dijangka akan dikekalkan untuk penggal baru ini ... mungkin peribadi iaitu anak nelayan membuatkan beliau lebih senang didekati .... baiklah .. mari kita tinjau kerusi-kerusi di Terengganu ni satu persatu ... Parlimen Terengganu terdiri daripada 8 kerusi dan 32 kerusi DUN .... pada pilihan raya kali ini ... bagi kerusi Kuala Terengganu .. seandainya YB Wahid Endut masih dikekalkan oleh PAS maka saya yakin ia laluan mudah bagi PR untuk mempertahankan kerusi tersebut ... ada 4 DUN dalam kerusi ini dan berdasarkan PRU12 saya menjangkakan keempat-empat kerusi DUN ini mungkin akan dimiliki oleh PR namun bagi DUN Batu Buruk , Bandar dan Ladang peluang BN dalam sekitar 40% dan ia memerlukan calon muda dan latar belakang agama di situ andai BN ingin menang di kerusi tersebut . Seterusnya kita ke Besut , penyandang sekarang iaitu Datuk Abdullah Mohd Zin dijangka dikekalkan dalam PRU13 ... berdasarkan majoriti 10,000 yang diraih beliau dalam PRU12 dan saya menjangkakan kerusi ini peluang BN adalah 75% dan mungkin ia kekal milik BN . Begitu juga dengan 4 DUN dalam parlimen ini dijangka akan dimenangi dengan mudah oleh BN.... Seterusnya kita ke kerusi Kemaman ... kerusi ini dijangka ditandingi oleh orang kuat PKR iaitu YB Azan Ismail bakal berdepan dengan Dato Seri Ahmad Shabery dan saya kira ia antara pertembungan yang hebat antara dua nama besar dalam politik negara namun kemungkinan BN untuk kekal dalam kerusi ini dalam sekitar 65% dan andai Azan Ismail bijak memainkan isu.. mungkin kerusi ini bakal dirampas oleh PR kelak ..bagi kerusi DUN pula terdapat 4 DUN dan dalam parlimen ini juga terletaknya Menteri Besar sendiri bertanding ... mungkin BN bakal terlepas DUN Cukai pada kali ini ..... Di Kuala Nerus kedudukan BN agak membahaya ..begitu juga dengan DUN Tepus , Teluk Pasu yang mungkin terlepas pada PR dan BN berpeluang untuk merampas DUN Bukit Tunggal daripada PR dalam PRU13 ini ..Bagi Setiu dan Dungun..laluan BN mungkin agak mudah untuk kekal di kerusi tersebut .Bagi kerusi Hulu Terengganu .. peluang BN hanya sekitar 60% sahaja dan perlu ada calon baru diletak di situ bagi memastikan kemenangan berpihak pada BN.. Bagi kerusi Marang hampir pasti penyandang iaitu Presiden PAS Malaysia kekal bertanding di situ ...  dan peluang beliau cerah untuk kekal di kerusi tersebut dan mungkin melepaskan DUN Ru Rendang bagi memudahkan kerja beliau andai PR menang di peringkat persekutuan sudah pasti beliau antara yang dilantik menjadi menteri kabinet kelak .Totally , dalam PRU13 , BN mungkin masih dapat membentuk kerajaan sekurang-kurangnnya dengan majoriti mudah tetapi tidak mustahil PR mampu mencipta kejutan juga dengan izin Allah .... 


          AKhirnya , ambo sapa jugok di negeri tadahe wahyu .. negeri Kelate Darul Naim ... kenapa saya pilih negeri ini sebagai analisis terakhir saya ? kerana negeri ini antara yang terhangat sekali dan paling diingin-inginkan oleh BN dan sudah pasti PR akan sedaya upaya mempertahankannya .... Di sinilah kubu kuat PAS dari dulu sampai sekarang .. di sinilah terhimpunnya sekolah-sekolah pondok dan terdapatya ratusan ulama ..... MasyaAllah .. Kelantan ada 14 kerusi Parlimen dan 44 kerusi DUN ... Di Kelantan ini tidak semua kerusi Parlimen atau DUN yang akan saya sentuh .. saya cuma ingin menyentuh beberapa kerusi panas sahaja .. Saya mulakan dengan Kota Bahru ... kerusi ini saya yakin akan menjadi milik PR berikutan pembangunan di KB sekarang yang kian rancak malahan saya sendiri merasa seronok dengan KB sekarang berbanding KB yang dulu .... BN kena letak seseorang yang "fresh" di sini andai ingin mencipta kejutan di sini ... Seterusnya kita pergi ke Tumpat.. Tumpat  merupakan kawasan HITAM bagi UMNO kerana sentimen rakyat di TUMPAT sangat-sangat pro PAS dan peluang UMNO di sini boleh dikatakan zero sama sekali .. DUN Pengkalan Kubor yang disandang oleh BN sekarang andai tidak dijaga dengan tertib mungkin boleh terlepas kepada PAS dan situasi sama juga bagi DUN Wakaf Bharu yang pada PRU11 pernah dimiliki oleh BN mungkin akan berjaya dirampas oleh BN yang memungkinkan situasi win-win bagi kedua pihak kelak .Kita pergi ke Pengkalan Chenpa .. merupakan kawasan perindustrian utama di negeri Kelantan. Lapangan terbang negeri Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) juga terletak di sini. .. Situasi di kerusi ini sukar diramal di mana 50%-50% bagi BN mahupun PR ..terpulang pada isu yang dimainkan oleh kedua pihak ketika itu .Kita pergi ke Pasir Mas .. dikhabarkan Nik Abduh anak Tok Guru Nik Aziz bakal diletakkan di sini mewakili PAS .. dan saya kira ia tiket mudah bagi PAS menang di kawasan ini ... Seterusnya kita pergi ke Rantau Panjang ... yang kini disandang oleh YB Siti Zailah .... kerusi ini agak selamat bagi beliau dalam PRU13 nanti namun dua DUN dalam kawasan ini iaitu DUN Gual Periok dan Bukit Tuku berpontensi untuk ditawan oleh BN dalam PRU13 kelak .. Bagi kerusi Kubang Krian andai YB Salahudin Ayob jadi berpindah ke Johor maka satu kelebihan bagi BN untuk merampas kerusi ini dari PAS kelak .. tapi laluan itu tak mudah andai Dato Husam yang diletak bertanding di situ .. Seterusnya kita pergi ke Bachok .. satu kerusi yang agak panas lebih-lebih lagi setelah YB Nasharudin Mat Isa tidak dinamakan bertanding di kerusi tersebut . Walaupun Dato Awang Adek dicalonkan sekali lagi di situ ... peluang beliau untuk menang masih samar-samar .. bagi kerusi DUN pula .... peluang bagi PR mahupun BN adalah 50%-50% ..... Bagi kerusi Ketereh pula UMNO kemungkinan menamakan ADUN Kok Lanas  Dato Md Alwi sebagai calon .. dan ia mungkin memudahkan laluan BN untuk menang di kerusi ini kelak ... dan bagi tiga kerusi DUN dalam parlimen ini peluang 50%-50% bagi kedua pihak ... bagi kerusi Tanah Merah pula peluang bagi BN mahupun PR adalah sama rata berdasarkan majoriti PRU12 bawah 2000 undi ..dan pernah dimenangi oleh BN dengan majoriti 2000 lebih dan BN perlu meletakkan tokoh ulama muda di sini andai ingin merampas kerusi ini ..Bagi parlimen Jeli dan Gua Musang sudah pasti Dato Seri Musatpha dan Ku Li akan diletakkan di situ dan kedua kerusi ini akan kekal menjadi milik BN...   Bagi Machang pula susah untuk saya katakan kerana Dato Saifudin Nasution akan dipindahkan ke Kedah kelak dan calon bagi PR belum diketahui lagi ... peluang BN pula agak samar-samar untuk dikatakan namun potensi untuk menang tetap ada berdasarkan rekod lepas.. bagi kerusi Kuala Krai dan Pasir Puteh ..... PR pasti akan kekal menang di kedua kawasan ini .
Kesimpulannya , dalam PRU 13 kelak paling busuk pun PR pasti dapat membentuk kerajaan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah selagi ia dipimpin oleh YAB Dato Nik Aziz kerana rakyat Kelantan waima orang UMNO sekalipun sayang pada Nik Aziz .... kalau anda orang Kelantan atau menetap di Kelantan anda pasti tahu kenapa semua orang sayang Nik Aziz .. Namun kemaraan BN melalui gelombang merah yang diketuai oleh Dato Seri Mustapha Mohamed jangan dipandang enteng kerana beliau pernah menyebabkan kerajaan PAS hampir tersungkur dalam PRU11 pada 2004 yang lalu .. dan siapa tahu dengan izin Allah sejarah mungkin berulang dan mungkin sejarah baru tercipta namun mustahil untuk membentuk kerajaan 2/3 bagi BN tapi majoriti mudah mungkin boleh andai situasi atau isu pada ketika itu kelak memihak kepada BN .... 


AKhirnya selesai sudah analisis saya bagi 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan .. dan ia mungkin tidak sama dengan situasi sekarang berikutan tarikh ia diulas dan sekarang adalah berbeza ... dan semua analisis yang saya dibuat ini tidak BIAS pada mana-mana pihak kerana ia diperoleh dari informer bebas dari setiap kawasan parlimen dan DUN setiap negeri . Apa-apa pun segalanya akan terjawab selepas usai PRU 13 kelak dan hanya Allah yang mengetahui segalanya ... 
Salam kemaafan dari saya andai ada kenyataan yang menguris mana-mana pihak ...
saya hanyalah seorang pemerhati dunia politik dan bukan orang politik ..
Wasalam ..

Monday, 25 March 2013

~YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz~


# semoga dilanjutkan usia dan dipermudahkan urusan tok guru ..... hanya yang pernah berimamkan beliau sahaja tahu nikmatnya menjadi makmum kepada ulama seperti beliau .. tolong jangan sebarkan apa-apa yg mengaibkan beliau .....
saya berkata bukan atas bermaksud saya sebagai ahli PAS mahupun anti-UMNO ...
tapi atas dasar seorang MUSLIM .... yang seakidah dengan Tok Guru ..
saya sayangkan ulama seperti TOk GURU ...
Wasalam ..
*TintaMuja*

Sunday, 24 March 2013

~ Erti Sahabat ~

Bismillahirrahmanirrahim , sALAM Warga maya ... 
TintaMuja ingin bertinta kali ni tentang sahabat..

Sifat manusia ingin menyayangi serta disayangi. Itulah naluri fitrah yang dikurniakan Allah. Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang fitrah boleh bertukar menjadi fitnah andai tiada pengawasan dan penjagaan yang sempurna berdasarkan apa yang dilandaskan oleh Pencipta segala fitrah.

Andai fitrah menjadi fitnah, maka secara tidak langsung perbuatan itu sudah tidak lagi menjadi suatu ibadah lantaran Tuhan tidak lagi dijadikan matlamat utama.
Fitrah yang ingin saya highlightkan disini adalah fitrah ‘Persahabatan’. Sahabat/rakan/kenalan/taulan adalah terma gantian yang ditujukan untuk seseorang yang rapat dengan kita. Dengan erti kata lain, susah senang diharungi bersama, tawa sendu dirasai bersama, teman penghibur di kala duka, teman penyuntik semangat di kala derita, serta pelbagai lagi situasi yang menggambarkan kepentingan sesorang sahabat.

Bagaimana konsep fitrah ‘persahabatan’ ini boleh bertukar menjadi fitnah?

Apabila seseorang itu terlalu mengagung-agungkan sahabat yang disukainya sehingga seandainya ada kelemahan pada saudaranya itu tidak mahu menegur dan tetap mengatakan ianya tidak salah,

apabila pemergiannya diratapi seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang memisahkan mereka berdua,

apabila diri sanggup berjanji untuk sehidup dan semati walaupun terpaksa mengorbankan tanggungjawab yang menjadi kepentingan sedangkan tiada siapa tahu bila dirinya akan mati,

apabila diri sanggup membenarkan segala yang diungkapkan oleh sahabat kesayangannya sungguhpun apa yang dikatakan tidak benar semata-mata ingin menjaga hati dan perasaan..kononnya menjaga persahabatan..

apabila diri mempergunakan sahabat untuk kepentingan peribadi, seolah-olah sebagai alat permainan yang rendah harga diri..serta bermacam-macam lagi.
Nilai persahabatan tidak terletak semata-mata kepada kedudukan material,pangkat, darjat, mahupun kata-kata indah ‘retorik’ seperti “aku sayang kamu sahabat..” , ” aku cintakan kamu kerana Allah sahabat..”. Tetapi ianya lebih daripada itu.

Ianya datang dari hati yang IKHLAS, berusaha ke arah pelaksanaan dan sejauh mana kita menjadikan ukhuwah itu sebagai pengikat antara kita dengan masyarakat di sekitar, tidak hanya kepada ahli-ahli jemaah sahaja. Dengan erti kata lain, menjadikan diri mudah didampingi dan seterusnya dapat meneruskan kewajipan amar ma’ruf, nahi munkar

Bagaimana kita mengaplikasikan konsep Hablum Min Allah serta Hablum Min An-nas dalam sebuah persahabatan.Yakni tindak-tanduk dan pekerti kita seiring dengan perasaan kasih kepada Allah dalam menghargai insan yang bergelar sahabat.

Mudahkah kita melafazkan kata-kata keramat ‘kasih’, ‘sayang’,'rindu’ dan ‘cinta’? Namun adakah kita benar-benar menghadirkan rasa kasihNya dalam setiap amal perbuatan kita. Sedarlah bahawa perkataan-perkataan ‘keramat’ itu bukanlah sebuah permainan yang begitu murah untuk dilontarkan, tetapi ianya adalah sebuah janji yang perlu ditunaikan.

Besederhanalah dalam persahabatan. Jangan terlampau ‘extreme’ dan ‘excessive’ sehingga wujudnya perasaan ingin mengagung atau memuja.Mahupun terlalu longgar sehingga timbul istilah “Conditional Friendship” – Hubungan yang dibina atas sebab-sebab peribadi, seandainya tidak memenuhi expectation, maka terputuslah hubungan.

Ukhuwah fillah dalam islam bukan seperti yang digambarkan oleh Jack dalam filem Titanic. ‘You jump, I jump..’ ataupun dalam kisah Romeo & Juliet. Sanggup membunuh diri semata-mata kerana ingin bersama orang yang tersayang. Itu bukannya sahabat. Itu kerja gila namanya!

Janganlah semata-mata kerana seseorang, prinsip kita menjadi larut dan cair. Hayatilah sirah baginda junjungan. Lihatlah bagaimana kaum ansar dan muhajirin bersaudara. Konsep persahabatan sebegitu yang perlu diterapkan.

Persahabatan dalam islam semata-mata ingin mengharapkan rahmat Allah. Mereka saling menyayangi dan mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Mereka membantu dan menasihati antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana rahmat Allah.

Biarpun jarak memisahkan mereka, namun tiada noktah kasih. Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, ‘bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..’ Mereka redha di atas segala ketentuan, saat gembira dan duka dikongsi bersama. Seorang yang bersahabat semata-mata kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah akan merasa ketenangan dan kemanisan dalam dirinya ketika beribadah. Ini bersesuaian dengan sabda baginda yang mafhumnya berbunyi :

“Tiga perkaram sesiapa yan terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman: Bahawa Allah dan RasulNya lebih ia kasihi daripada yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka”

(riwayat Bukhari)
“mukmin trhadap mukmin yang lain ibarat batu bata binaan yang saling memperkukuhkan antara satu sama lain” (riwayat bukhari)

“tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam,selain teman-teman yang soleh..apabila kamu dapati kewujudan kasih-sayangnya..maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh” Saidina Umar r.a

“Kasihilah sesuatu yang kau kasihi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin kau akan membencinya pula..Bencilah sesuatu yang kau musuhi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin engkau akan mencintainya pula..” – dipetik dari kitab Al-Adab Al-Mufrad Imam Bukhari.

Ukhuwah fillah akan tetap kekal selamanya sungguhpun kita dipisahkan oleh dua benua yang berbeza, kerana nilai persahabatan tidak terletak pada apa yang dilihat disisi, tetapi terletak pada apa yang tertanam di hati…biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin..semoga bertemu akhirnya di taman Firdausi.

Wasalam..
# UnTUK SEMUA PARA SAHABAT ....
 MAAFKAN ANA ANDAI SELAMA INI PERNAH MENGURIS HATI ANTUM ...

Friday, 22 March 2013

~ SAHABAT ~


masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian....

Wallahu'alam~

Wednesday, 13 March 2013

~ DUNIA MEREKA DUNIA PENIPU~

Berhimpun di satu permaidani ....
ada bulat , ada segi tiga , ada segi empat dan bermacam-macam lagi ...
setiap bentuk ada emosi dia sendiri ....
Si bulat dengan egonya , segi tiga dengan kelancangan mulutnya , segi empat dengan kebebalannya ...
berhimpun di atas permaidani dibentang oleh sang Raja ... 

Raja diapit sang Ratu ..
Ratu nan bengis tapi buta hati ...
diibaratkan seperti sentiasa dalam kegelapan...
kerna waktu siang dia sibuk menghitung dosa orang lain ..
ibarat dialah malaikat nan suci ..
pelik tapi benar .. bukan bebal tapi biul ...
Semut melintas dihitung satu persatu ...
Tapi gajah di tepi tak terlihat oleh sang Ratu ..
SAH .. BUTA ...

Kipas sana kipas sini ....
Sejuk si Ratu .. rupanya ada dayang yang mengapit ....
Penasihat setia si Ratu ... 
BODEK itu hidupnya ... RIAK itu langkahnya ...
HEBAT gabungan dua sejoli ini ..

Ada si segi tiga yang kuat mengejar wanita ...
berfoya itu hidupnya .... entah dia tahu beza dosa pahala ...
mungkin jua sebab tiada iman di hati ..
Biarlah sudah dinasihati tapi tuli ...
Tuli tapi dengar pada yang berkepentingan ..
JELAS .. si kaki BODEK 2 rupanya ...

SUDAHLAH ... AKU RIMAS ...
RIMAS dalam gelombang ego , dengki dan riak ..
AKU LEMAS ..
LEMAS dalam hempasan tsunami PETINGKAN DIRI ...
ACAP kali dipukul , diherdik , dipijak ...
kerana aku baru mekar ... baru bersua dengan malam ..
mereka sudah berada dalam hening malam ...
sehingga mereka menrendahkan aku ..

SUDAH ...
AKU INGIN PULANG ..
AKU INGIN TERBANG ...
AKU INGIN ANGKAT KAKI ...
DARI BERGELUMANG DENGAN DOSA ...
DOSA HIPO-HONG (HIPOKRIT, PEMBOHONG)

NUKILAN :~ tunMuja~

Tuesday, 12 March 2013

~ DEBAR PRU13 PART 8 ( KL,PUTRAJAYA,LABUAN )

Assalamualaikum wbt ..
Lepas penat lelah kita menjelajah Selangor marilah kita pergi ke Kuala Lumpur pula ..
Di KL sekarang ni memang menjadi tumpuan Malaysia bahkan dunia juga kerana perhatian dunia menunggu pengumuman Dato Sri Najib berkenaan pembubaran Parlimen ... memandangkan Kuala Lumpur berada dalam wilayah persekutuan maka elok jugalah saya membawa anda menjelajah Putrajaya dan Labuan ..

        Kuala Lumpur mempunyai penduduk 2 juta lebih berdasarkan perangkaan terkini dan dibahagikan kepada 11 kawasan parlimen dan uniknya Kuala Lumpur ni ... tak mempunyai Dewan Undangan Negeri kerana ia adalah Wilayah Persekutuan .... dan majoriti penghuni atau pengundi bagi seluruh KL merupakan penduduk luar KL yang menetap di KL atau berhijrah dari luar .... di Kuala Lumpur ... tak sama macam tempat lain yang dahagakan pembangunan ... bahkan saya pernah pergi area Kampung Baru .. nama je Kampung Baru ala-ala klasik but rumah-rumah yang ada di situ semua berbatu-bata .. sangat-sangat urban ..
Isu di Kuala Lumpur bukanlah pembangunan semata-mata tapi khususnya kepada isu perumahan , isu pendidikan , isu permit-permit perniagaan .. hal-hal sebegini yang wajar diberi perhatian oleh pihak BN mahupun PR bagi menjadi juara rakyat menjelang PRU13 ini ... 

      Mari kita pergi ke Kepong dulu ... kawasan yang terletak di pinggir KL ... agak sepi sikit namun meriah dengan penduduk yang ramah ...hampir 90% pengundi kawasan sini ialah pengundi Cina .. jadi sudah pasti pada PRU13 trend dia condong kepada calon PR yakni dari DAP yang diletak di sini .. dan kemungkinan  Dr Tan iaitu penyadang sekarang akan dikekalkan di situ dalam PRU13 nanti .. di sini hampir tiada isu pembangunan yang boleh dijadikan modal bagi BN untuk menumpaskan pihak PR dan mahu tak mahu .. kalau nak mengurangkan majoriti sekalipun .. calon muda perlu diletakkan dan why not BN menongkah arus meletakkan orang Melayu di situ ... seterusnya kita ke Batu .. kawasan yang diwakili oleh Tian Chua .. seorang Naib Presiden PKR yang agak populis dalam kalangan penduduk setempat dam saya kira dalam PRU13 beliau tetap akan dikekalkan di situ oleh pihak PR walaupun berhadapan dengan isu Lahad Datu namun ia tidak akan menjejaskan peluang Tian Chua .. dan peluang PR untuk mengekalkan kerusi ini adalah 80% dan peluang BN untuk merampas kawasan ini hanyalah sekitar 20 % sahaja .. kerana jumlah pengundi Melayu dan pengundi Cina di kawasan ini adalah seimbang dan hampir sama ... seterusnya kita pergi ke Wangsa Maju di mana penyandang dia sekarang telah keluar dari PKR dan menjadi calon Bebas yang pro BN dan majoriti yang diperoleh pada PRU12 hanya lebih 100undi sahaja .. dan peluang BN untuk memenangi kerusi yang penuh dengan pusat membeli belah ini adalah agak cerah walaupun ia adalah kerusi bandar iaitu sekitar 60% ... kerana pengundi Melayu di kawasan ini hampir 60% namun apa-apa boleh terjadi pada saat akhir dan bergantung pada isu nasional yang memungkinkan PR boleh menawan kawasan ini pada PRU13 nanti dan BN haruslah meletakkan calon UMNO bagi menawan pengundi dalam kawasan ini dan agak baik andai meletakkn calon dari sayap Puteri UMNO bagi menongkah arus meraih sokongan pengundi .... mungkin ia dapat memudahkan lagi usaha BN untuk menawan kerusi ini namun andai PKR meletakkan calon Melayu juga peluang bagi kedua-dua parti untuk menang adalah sama rata.. 
      
         Mari ke Titiwangsan dan Setiawangsa .... dua kawasan yang berjiran ... kawasan Setiawangsa adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh BN di KL pada PRU12 yang lalu yang dimenangi oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Zulhasnan Rafique .. dan beliau antara YB yang kerap turun padang berdasarkan feedback penduduk setempat namun andai beliau tidak kuat menepis isu-isu nasional yang dicanang dan andai calon yang diketengahkn oleh pihak PR kuat risiko beliau untuk tewas dengan calon PR mungkin besar tetapi saya rasa beliau mempunyai kelebihan untuk menang dan peluang beliau untuk mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut agak cerah .. seterusnya melangkah ke jirannya iaitu Titiwangsa.. kawasan parlimen yang dimenangi oleh Allahyarhamah Dr Lo'Lo' .. seorang YB yang populis di kalangan penduduk setempat dan turut disenangi oelh pihak lawan sendiri .. andai Allayarham masih hidup dan terus diletakkan sebagai calon PAS di PRU13 di kawasan ini saya yakin beliau akan terus mempertahankan kemenangannya .. dalam PRU13 terdapat desas desus mengatakan kerusi ini akan diberi pada anak perempuan mantan Presiden PAS iaitu ALmarhum Ustaz Fadzil Noor ... dan saya kira andai beliau diletakkan di situ peluang PAS untuk mengekalkan kerusi ini dalam lingkungan 70% namun jika calon lain yang diletakkan mungkin peluang 50%-50% bagi kedua-dua pihak ... dan terdapat juga khabar angin mengatakan Ketua Wanita UMNO iaitu Datuk Seri Shahrizat mungkin diletakkan di sini kerana kerusi ini dianggap telah kembali putih kepada BN .. Kita beralih kepada Segambut iaitu kawasan majoriti Cina dan ia dipenuhi dengan kawasan perumahan yang mewah Mont Kiara... dan peluang BN untuk merampas kerusi ini hampir tidak mungkin kerana majoriti pengundinya adalah orang cina dan sokongan kaum ini terhadap DAP pada tahap yang amat tinggi sekali dan menidakmungkin kan peluang calon BN kelak ...

       Kita pergi pula ke Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang dan saya tidak perlu mengulas panjang akan kedua-dua kerusi ini kerana berdasarkan majoriti pada PRU12 yang melebihi 10,000 undi saya yakin kedua kerusi ini kekal milik DAP ...  kita beralih pada kerusi Lembah Pantai yang kini disandang oleh anak ketua pembangkang iaitu Nurul Izzah Anwar dan kerusi ini amat menarik diperkatakan kerana mencatat pertambahan undi pos dan pengundi biasa yang agak tinggi dan paling hebatnya kerusi ini telah hampir-hampir menamatkan karier politik Datuk Seri Shahrizat ABdul Jalil .. dalam PRU 13 nanti calon yang bakal diketengahkan hampir pasti Ketua UMNO Lembah pantai sendiri iaitu Dato Srri Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sekarang.... saya tetap percaya peluang Raja Nong Chik untuk merampas kerusi ini tetap ada namun agak mustahil berdasarkan prestasi Nurul Izzah .... namun segalanya di tangan Allah jua .. kun fa ya kun .... andai kemenangan berpihak kepada BN sudah pasti ia satu kejayaan besar pada BN kerana berjaya menumbangkan Naib Presiden PKR namun jika sebaliknya sudah pasti malu besar pada BN kerana gerak gempur berlipat ganda telah diusahakan untuk memastikan kerusi ini milik BN ... Seterusnya kita pergi  Bandar TUn Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor ..  namun kedudukan beliau mungkin mampu diganggu gugat oleh BN dalam PRU 13 kelak ... tapi saya yakin undi cina mungkin mampu menyelamatkan beliau kerana undi kaum ini mendominasi hampir 40% dalam kawasan ini ... seterusnya kita pergi pula pada Cheras ... susah untuk diperkatakan kerana sini majoriti pengundi adalah kaum cina namun andai BN sanggup mengambil risiko letaklah YB Dato WIra Syed Ali di sini kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang populis di sini dan mungkin mampu mencipta kejutan dengan slogan 1Malaysia beliau .

       Dari KL marilah ke Putrajaya .. sebuah kawasan yang dibangunkan khusus untuk menempatkan pusat pentadbiran negara ...  jumlah pengundi di kawasan ini sangat sikit.. tak sampai 1o ribu pun .. dan awal-awal lagi Dato Sri Najid dah umumkan Dato Seri Adnan Mansor adalah calon BN di sini dan beliau merupakan the one and only penyandang kerusi ini sejak ia diwujudkan ... dan saya yakin peluang BN agak cerah untuk pertahankan kerusi ini namun PR mampu mencipta kejutan juga di sini andai calon yang diketengahkn kelak mempunyai daya tarikan tersendiri .. terus kita terbang jauh ke Labuan ... di sini saya rasa kerusi yang selamat bagi BN .... dan tidak perlu ulas panjang kerana sudah pasti BN akan menang di Labuan walaupun angin perubahan telah melanda Sabah sekarang .... namun peluang PR untuk menawan Labuan dalam sekitar 30% sahaja ...


Sampai sini je lah TintaMuja berpena ..
mata dah semakin berat ...
Maaf andai tersalah dan tersilap ..
^_^ SAYA BUKAN ORANG POLITIK^_^ ........... WASALAM ..

Monday, 11 March 2013

~ Bukan Hanya Dia tapi IBU dan AYAH juga ~

Pada segugus senyuman milik dia pengubat dan kekuatan ....
yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku, Tuhan menciptakan dia, dan memberi moga memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku..
 semoga ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan, dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya.. 
bila rindu, selalu aku khabarkan pada ibu.. perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata, mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku, berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini.. 
dan ibu pasti kata: 'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..' 
'anak ibu ok?' 
ibu..
 benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya, meski jauh terpisah beribu batu, namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya.. 
kuasa Tuhan yang satu.. 
'anak ibu sihat?' 
'kenapa diam, nak?' 
'sabarlah, sayang, Allah sedang mengujimu' 
'kamu bahagia, nak?
 'anak ayah sorang ni..' 
dan paling tak dapat ditahan lagi airmata ini bila ibu berkata: 'lepas mesej dengan kamu tadi, ibu terlelap..ibu mimpi kamu balik tadi' 
Hmmm..ibu, saya juga rindu ibu ayah..
T_T 
.:::semoga Tuhan beri ganjaran, untuk setiap pengorbanan dan redha ibu ayah padaku juga dia..

~ SETUJU atau TIDAK.. TERPULANG pada ANDA ~


Asslamualaikum .. TintaMuja kali ni nak bertinta tentang bicara diri sendiri dalam situasi ada yang menyokong kita dan ada yang tidak menyokong kita ..\

PALING PENTING MATANG ... APA GUNA ANDA MEMPUNYAI USIA YANG SENIOR TAPI TIDAK MATANG ??
ANSWER ME !!

Saya rasa sudah banyak kali saya berdepan dengan orang-orang yang tidak bersetuju pendapat dengan saya atau tidak suka cara saya ataupun tidak sekepala dengan saya dalam sebarang idea/ pendapat. 

Jujurnya, saya tidak pernah ada masalah dengan perbezaan-perbezaan sebegitu. Saya tidak pernah minta orang untuk sentiasa bersetuju dengan saya. Saya juga tidak minta untuk orang sentiasa ikut cakap saya dan membetulkan semua apa yang saya cakap. 

Saya mohon lindung daripada Allah atas kelemahan saya sehingga membuatkan orang melihat dan menerima kata-kata saya umpama malaikat yang suci bersih daripada dosa. Sesungguhnya saya ini makhluk yang banyak aib dan dosanya. 

Saya tidak ada masalah untuk orang berbeza atau tidak bersetuju dengan saya, tetapi biarlah dengan adab, akhlak dan cara berbahasa yang baik. 

Apakah bila kita tidak bersetuju dengan orang, kita bebas mengeluarkan kata-kata tidak elok? Sehingga kalau mungkin pun kebenaran itu ada pada kita, tetapi dengan kata-kata yang tidak elok itu menyebabkan kita pula yang nampak salah sebenarnya. 

Islam tidak ajar begitu. 

Lihat dalam surah Al-Hujurat. Allah mendidik orang beriman dengan perasaan ukhuwah, menjaga adab dan akhlak dahulu sebelum mendepani kepelbagaian dan perbezaan. 

Adakah tidak bersetuju dengan satu pihak menghalalkan kita untuk melakukan apa saja termasuk berakhlak buruk kepadanya? 

Tidak. 

Lihatlah dalam komen-komen kita di status-status orang, cakap-cakap kita dalam kehidupan. Apakah komen itu menepati akhlak yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. sebelum mendepani perbezaan? Apakah cara percakapan kita itu melambangkan akhlak Islam? 

Kadangkala kita merasakan diri kita sedang membawa panji kebenaran, tetapi bila kita menghalalkan diri kita untuk melakukan apa saja ketika kita tidak bersetuju dengan orang termasuklah bercakap keji dan berakhlak buruk, kita sedang mencacatkan kebenaran itu sendiri sebenarnya.

Salam kemaafan dari TintaMuja andai terkasar dan tersilap bahasa ... Wasalam ..

Sunday, 10 March 2013

~ Debar PRU13 Part 7~

Assalamualaikum .... kali ni tinta muja kembali bertinta tentang dunia politik Malaysia menjelang PRU13 ini...
lebih-lebih lagi demam PRU13 yang suhunya kian menaik ... selepas genap 5 tahun PRU 12 diadakan menjelang 8 Mac 2013 yang lalu ... jadi kerajaan yang ada sekarang pimpinan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak serta saf kabinetnya yang hanya berfungsi sebagai kerajaan sementara sahaja sebelum kerajaan baru dibentuk sama ada pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang menang kelak..
Apabila 26 April menjelang kelak maka Parlimen akan terbubar secara automatik andai Perdana Menteri belum lagi membubarkan parlimen semasa 26 April nanti jadi sama ada suka atau tidak Pilihan Raya akan diadakan selepas 26 April ... jadi dapatlah kita simpulkan PRU13 akan diadakan selewat-lewatnya dalam lingkungan 7 minggu dari sekarang ... tarikh sebenar hanya Perdana Menteri sahaja yang mengetahui .. sekarang kita sebagai rakyat Malaysia menunggu masa Dato Seri Najib mengadap Yang dipertuan Agong untuk meminta perkenan parlimen dibubarkan ..... dan dijangka PRU13 akan menjadi persaingan yang paling sengit dalam sejarah Malaysia sejak merdeka kerana dijangka banyak kerusi akan terjadinya pertandingan satu lawan satu berikutan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat agar tidak bertembung sesama sendiri dalam PRU kelak .... banyak ramalan dan khabar angin yang dicanang baik pro BN mahupun PR ... apa-apa pun keputusan dia Wallahualam .... kita tunggu dan lihat sahaja ...
               Kali ni saya nak ajak semua pergi ke negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor ... sebut je pasal Selangor tebayang keindahan i-city di Shah Alam tatkala malam menjelma dan sudah pasti Selangor tidak dapat lari dari dikaitkan dari Kuala Lumpur kerana ramai orang Selangor yang berulang alik ke Kuala Lumpur setiap hari ... saya sendiri pernah menetap di Selangor dulu di area urban .. Petaling Jaya .. masa tu di bawah kerajaan BN pimpinan Dato Sri Khir Toyo .... dan masa tu juga saya sempat merasa peralihan kuasa antara kerajaan BN kepada kerajaan PR pimpinan YAB Tan Seri Khalid Ibrahim .. seorang tokoh koporat yang diangkat menjadi Menteri Besar ketika PR menang pada waktu itu ... isu utama di Selangor bukanlah seperti negeri-negeri lain yang lebih mendambakan pembangunan sebab Selangor negeri yang sangat maju malahan saya sendiri merasa sangat-sangat selesa tinggal di PJ .... baiklah ..sekarang kita lihat secara ringkas pola pengundian dalam PRU13 nanti dari sisip sipi seorang rakyat biasa macam saya ..saya bukan orang BN dan saya bukan juga orang PR .... sekrarang Pengerusi Barisan Nasional ialah daro Sri Najib sendiri jadi fahamlah kita bahawa BN mempunyai cita yang agak besar iaitu menawan kembali Selangor dalam PRU13 nanti ... di pihak PR pulak memang tidak dapat dinafikan krisis siapa menteri besar selepas PRU13 andai menang turut menjadi isu utama yang mungkin menjadi penyebab PR kalah kelak ..
           Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan 22 kerusi Parlimen dipertandinkan kelak .. pada PRU12 ..
BN memenangi 5 kerusi Parlimen selebihnya dimenangi pembangkang dan 20 kerusi DUN dan selebihnay dimenangi pembangkang .. dan kemudian Hulu Selangor berjaya dirampas kembali apabila pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi tersebut ... rakyat Selangor sekarang mendambakan peluang pekerjaan ditambah ... rumah-rumah sendiri yang mampu milik bukan pasir yang ditimbus sana sini .. ya ,, memang itu isu utama yang dimainkan tapi sebenarnya banyak isu yang boleh diketengahkan lagi untuk kedua-dua pihak menjadi juara rakyat dalam PRU13 ... 
       Majoriti kawansan urban dan kawasan majoriti cina didominasi oleh PR pada PRU12 ... disebabkan isu hindraf pada wajtu itu serta kemarahan pengundi cina .. Namun saya sendiiri melihat pada PRU13 nanti , kerusi-kerusi urban peluang bagi BN mahupun PR agak seimbang .contoh kerusi Puchong dominasi oleh pengundi cina saya merasa ia mungkin stay di bawah pihak PR nanti ..DUN Kinrara contohnya mungkin pengundi Melayu sudah kembali pada BN tapi dalam keadaan sekarang pengundi cina mustahil untuk kembali pada BN dan pola pengundian pengundi Cina dalam PRU13 sekarang dalam konteks Selangor ..
Berkemungkinan 80% pengundi cina akan berpihak pada PR dan 20% akan berpihak pada BN itupun mungkin untuk pengundi generasi lama ... dalam pengundi India pula saya kira pengundi India dalam negeri Selangor .. mood pengundi India sekarang agak baik terhadap BN berbanding pengundi Cina namun ia masih samar-samar meski sudah ditawar pelbagai tawaran untuk orang India .. di Selangor ,.... pengundi India paling tinggi di Kota Raja ...dan pada PRU12 ia dimenangi oelh calon PAS iaitu YB Siti Mariah dan calon India dari BN telah tewas pada waktu itu .. dan untuk pengetahuan semua tidak terdapat dalam negara kita di mana-mana kerusi sekalipun pengundi India menjadi pengundi dominan dalam mana-mana kerusi .Jadi atas dasar tolak ansur baik pihak BN mahupun PR ... calon-calon India turut diturukn jua di kerusi-kerusi tertentu .... dan di Selangor juga terdapat Batu Caves tempat beribdat orang Hindu yang amat besar sekali ..
         Sekarang kerusi Pandan yang disandang oleh YB Dato Sri Ong Tee Keat agak panas berikutan dalam senarai nama yang dihantar oleh Presiden MCA nama beliau tidak tersenarai namun beliau dikatakan mendapat sokongan padu dari penduduk tempatan khasnya dari parti komponen BN sendiri .. malahan saya merasakan beliau antara pemimpin yang kerap turun bersama rakyat .. kita kena ingat kita nak cari winable candidate bukan party winable .. walaupu  beliau tidak popular dalam parti tapi beliau amat popular di kalangan rakyat ... Jadi , saya merasakan Perdana Menteri akan mencalonkan beliau sebagai calon BN di Pandan kelak ... seandainya menginginkan kemenangan besar berpihak pada BN dalam PRU13 kelak . 
          Namun jangan lupa ... Selangor ada Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden PKR sendiri yang menang di Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada PRU12 dan beliau antara nama yang naik untuk dijadikan Menteri Besar andai PR masih terus berkuasa di negeri itu pada PRU13 kelak ... dan kita jangan lupa Senator Ezam yang pernah menjadi anak emas Anwar Ibrahim yang kini berada dalam kem BN untuk meastikan BN menawan kembali Selangor kelak .. dan YB Ezam antara nama yang turut dicanang oleh pihak BN untuk jadi Menteri Besar andai BN berkuasa .. mantan Menteri Besar Dato Sri Khir Toyo sebelum ini menyatakan beliau tidak mahu menjadi menteri besar semula andai BN kembali berkuasa kelak ..
         Walau bagaimanapun .. peluang bagi pihak BN sekarang adalah 50% begitu juga di pihak PR .. sekarang yang penting kedua pihak mesti bijak memainkan peranan dalam menangani isu-isu tertentu menjelang PRU13 kelak ...  sekarang kita serahkan kuasa pada rakyat untuk memilih BN mahupun PR untuk menjadi kerajaan negeri ...  dan di peringkat Parlimen pula kita serahkan lagi biar rakyat menjadi "RAJA" untuk menentu sama ada kerusi milik BN kekal atau bertambah atau mungkin berkurang ..
Jawapannya ... Wallahualam dan hanya diketahui selepas PRU13 kelak ...
Sekian sahaja tinta tentang politik kali ini .. 

^_^ SAYA BUKAN ORANG POLITIK , SAYA CUMA PEMERHATI POLITIK ^_^

~La Taghdhob (Jangan MARAH)~

Assalamualaikum WBT .. 
Kali ni saya nak bertinta tentang sifat-sifat marah .. Why sy pilih post ni sebab saya tengok ramai orang suka marah dan memaki hamun dan kerap menggunakan alasan ia harus andai ada yang mencetuskan kemarahan mereka walhal sifat MARAH itu berpunca dari sikap mereka sendiri yang tidak terdidik dengan nilai-nilai kesabaran yang tinggi ... MAAF , bukan mengata atau menyindir tapi itu HAKIKAT ... Saya faham apa yang golongan ini lalui sebab saya pernah melalui fasa kehidupan yang sentiasa marah-marah ibarat arang batu yang menunggu masa untuk membara menjadi api andai disimbah dengan gas... Tapi apa-apa pun ia boleh dikawal ... semuanya terpulang pada diri untuk mengawalnya whether kita BIJAK atau JAHIL untuk mengawal MARAH .. 

Berikut adalah petikan hadis tentang MARAH :

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

 1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

 2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf :200) 

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

 4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud) Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi) Nabi s.a.w bersabda: Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu. Nabi saw bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang yang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya siksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala, sedangkan ia tidak memilik apa-apa selain isi rumahnya sahaja.

Seseorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri dikala mendapat ejekan maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya mahupun masyarakatnya. Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan pasangan suami isteri yang tidak memilikki ketenangan jiwa. Ia akan tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka.

Jadi , Suka saya mengajak semua sahabat-sahabat untuk mengelak diri dari sifat MARAH ini..
YUpp ... memang mudah bagi saya yang bercakap dan mengajak ..
Kalau saya , kalau dia BOLEH .. why anda tak BOLEH ?? Jangan jadikan alasan SAYA MEMANG PANAS BARAN untuk tidak membuang sifat ini..jawapan itu bagi orang yang ANGKUH dan EGO sahaja..
Salam kemaafan dari saya andai terkasar bahasa ...



~ SAHABAT ~


Sahabat untuk selamanya.
Bersama, untuk selamanya.
Kau dan aku sahabat.
Untuk selamanya.
Selama-lamanya.
Setia…   [cebisan lirik lagu Padi-Sahabat Selamanya]
Alhamdulillah. Segala puja pujian bagi Allah Yang Maha Esa. Maha Cinta. Yang telah mengurniakan pelbagai hadiah. Kenikmatan. Tidak mengira siapa, warna, usia, taat mahupun derhaka. Segala kenikmatan yang telah diberikan, tandanya Allah SWT kasih, Allah SWT sayang akan kita semua.
Alhamdulillah. Selawat dan salam bagi Rasulullah SAW yang telah bersabar, mengajar, dan mendidik kita dalam memahami erti kehidupan. Yang telah bersabar, dengan sebaik-baik sabar. Yang telah mengajarkan kita apa itu Islam, Iman, dan Ihsan. Juga, yang telah mendidik serta memperkenalkan kita bahawa hidup ini ada penciptanya, pemiliknya, dan tuan empunya. Allah azza wa jalla.
Insan.
Setiap daripada kita, mempunyai teman dan juga sahabat.
Tidak kiralah sahabat kita bagaimana. Samada tua, muda, cantik, kurang cantik, lelaki, perempuan, dan bermacam-macam lagi. Tuhan Maha Bijaksana. Dia tidak memberikan kita satu pilihan sahaja. Satu macam. Tuhan memberikan kita pelbagai. Banyak. Sehinggakan, hidup ini kita katakan warna-warni.
Hidup ini, berliku-liku. Dan dalam ketidaksempurnaan ini, Tuhan memperkenalkan kepada kita tentang pilihan.
Jika terdapat hidangan makanan dihadapan kita, satu hidangan yang baik dan satu hidangan yang kurang baik. Bagaimanakah pilihan kita? Andai kita memilih hidangan yang baik, mengapa? Dan andai kita memilih hidangan yang kurang baik pula, mengapa?
Pilihan itu ada pada diri kita. Kita sendiri menentukannya.
Masing-masing mempunyai alasan, sebab, dan jawapan. Tetapi, pada hari ini… majoriti daripada kita, inginkan yang baik-baik. Malah, ada yang lebih daripada itu. Yang terbaik! Kerana, kita berharap dengan apa yang kita dapat dan pilih itu mampu bantu diri kita dalam menuju kebaikan.
Kerana kita ingin menjadi insan yang baik. Manusia yang cintakan kebaikan, adalah manusia yang di hatinya mempunyai iman!
Dalam proses menjadi seorang insan yang baik, caranya perlulah ambil yang baik-baik serta memberi yang baik-baik. Kebaikan itu perlu di utamakan! Kejahatan pula, usah dibenci. Sebaliknya, kita perbaiki. Manusia kan, kurang sempurna. Tetapi, manusia adalah sebaik-baik ciptaan dari-Nya!

Sahabat Yang Baik

Dewasa kini, sahabat yang baik itu ada. Wujud. Walau tidak sebondong, kuantiti yang sedikit pun sudah memadai. Kekadang, yang banyak belum tentu menjadi dan berkualiti. Tetapi, yang sedikit itu tidak membuatkan hidup ini sunyi sepi. Sabahat yang baik, sedikit sebanyak terperciknya sifat soleh dan solehah.
Meski dia itu, terdapat kekurangan dan keaiban.. tetapi, dalam berjuta kekurangan, pasti adanya kelebihan. Mungkin, sahabat yang baik bagus dalam sesuatu bidang. Tetapi, dari bidang yang lain.. lemah. Ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan, perlu diungkit-ungkit.
Kerana, setiap orang tahu akan diri masing-masing. Asalkan, jangan kita mempertabiatkan diri dengan mencari kesalahan orang lain. Maka, jauhi. Takut nanti, Tuhan benci.
Nauzubillah!
Bersahabatlah dengan sesiapa pun. Tetapi, jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik, soleh dan solehah, sudah pastinya kita tidak akan rugi. Pada sahabat yang baik itu, adanya nasihat yang boleh kita ambil dan manfaat. Pada sahabat yang baik itu, adanya kekuatan yang kadangkala kita terasa diri ini hampir tumbang.
Pada sahabat yang baik itu, adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. Pada sahabat yang baik itu, adanya kerinduan kita sebagai insan yang ingin pulang ke kampung halaman. Jannah. Dan pada sahabat yang baik itu, adanya bibit-bibit iman yang membuatkan kita ini teguh dan tidak berputus asa dalam mengharungi kehidupan.
Tetapi…
Sahabat yang baik, tidak semestinya yang seusia dengan kita. Tidak semestinya berjiran dengan kita. Tidak semestinya satu tempat kerja, belajar, dan organisasi dengan kita. Tidak semestinya yang ada di alam maya. Tidak semestinya yang lepak di gerai mamak bersama-sama. Tidak semestinya yang bersolat berjemaah sama-sama. Semua itu tidak semestinya. Kerana, sahabat yang baik adalah sahabat yang rapat dan dekat dengan kita.
alhamdulilah syukur kerana saya dikurniakan sahabat yg pelbagai , yg variasi utk mengihiasi hidup saya untuk saling melengkapi di rantauan ini .... 
Salam Kemaafan dari TintaMuja andai tersalah tinta ya !!


Wednesday, 6 March 2013

~ Memaafkan Tapi Masih Terluka~


Salam sahabat maya .. kali ni nak post tentang maaf memaafi setelah dilukai ...
Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.
Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.
Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?
Apabila Hati Terluka Dek Orang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.
Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.
Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.
Adakah itu normal? Bagi saya tidak.
Memaafkan Tapi Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.
Saya kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.
Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?
Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.
Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!
Bagi saya sendiri begini, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,
“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!
Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.
Justeru, saya kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! Saya tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. Senyum.

Semoga ALLAh merahmati dan salam kemaafan dari tinta MUJA andai tersilap tinta tersalah coret..