Syukur...Belum TERLAMBAT untuk SEDAR ..
Assalamualaikum warga maya ...
Tinta Muja-muja mula menari di atas persadanya lagi .. hehheehe..
Macam blogger yg popular pulak rasanya bila menulis macam ni.. takpe kot sekali sekala nk perasan..
Alhamdulilah dah masuk 18 hari berpuasa .. Ramadhan bakal masuk fasa ketiga pula... masya Allah ...
pejam celik pejam celik dah nak habis pula puasa ... seperti tahun-tahun sudah bila puasa nak habis je sayu je perasaan dan sedih yang amat bila mengenangkan amal diri yang tidak seberapa .. ya mungki salah diri sendiri jugak kot sebab terlampau sibuk dengan urusan dunia ..astafirullahhalazim .....
Sama-sama kita mendoakan supaya puasa kita tahun ni adalah puasa yang berkat dan segala amal ibadah kita diterima oleh ya Rabb.. insha Allah ...
Alhamdulilah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk sedar akan satu perkara ... dan berfikir sejenak akan satu perkara yang mungkin agak remeh tapi impaknya pada masa depan agar besar .. tiba-tiba sedar bahawa selama ini saya terlampau jauh tersasar dari apa yang sepatutnya .. dek terlampau mengejar apa yang ada di seberang sungai sehingga lupa pokok-pokok di di depan mata berbuah dengan ranumnya.. begitulah ibaratnya ..
Sebagai manusia biasa saya mudah lupa siapa yang selalu memberi dokongan dan sokongan pada saya pada masa saya suka dan duka selama ini selain mak,ayah dan ahli keluarga .. mungkin agak janggal jika kita mengatakan penghargaan kita di hadapan seseorang itu namun tidak salah kalau kita menghargainya cukup dengan tingkah sahaja tanpa perlu bicara .... selama ini saya terlampau sibuk menjaga padi yang disemai sehingga lupa akan tanggungjawab memberi kambing makan di belakang rumah ... kih3.... saya sangat suka berkias bila membutirkan hal ini. eloklah berkias dari berterus terang supaya takda yang terasa ...tapi baik sang kambing mahupun padi di sawah kedua-dua amat diperlukan oleh saya untuk terus bersemangat menempuh hari mendatang .. hehehehe..
Rasanya cukup kot sampai sini tinta berirama takut melodinya makin sumbang pula.. hehe.. harap-harap diri ini kuat menempuh hari mendatang sehinggalah pulang ke kampung halaman yang dirindui dalam masa 9 hari lagi . Insha Allah .. pada muslimin sekalian .. marilah kita hidupkan 10 malam terakhir ini .. Wallahualam .. Salam ...
No comments:
Post a Comment