Sunday, 5 August 2012

SAHABAT...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”
             Setiap orang di dunia pasti mempunyai sahabat.. namun tidak semua sahabat itu selayaknya digelar sahabat . Kenapa ? Mengapa ? Ermmm.. nanti saya ungkaikan satu persatu .. semalam saya bercerita panjang dengan seorang sahabat tentang persahabatan . Sahabat yang saya maksudkan ini ialah seorang sahabat yang berasal dari negeri di bawah bayu.. seindah nama negerinya begitu jualha dirinya... wajah yg disinari nur iman .. hatinya sentiasa disaluti dnegan keikhlasan dan kebaikkan.. Masya Allah .. bertuahnya mendapat sahabat sepertinya.. perkataan "sorry" dan "maaf" tidak pernah lekang dari bibirnya .. sahabat yg pertama yang saya jumpa sedemikian rupa.. sangat-sangat menyenangkan barang siapa yang berdamping dengannya ... Alhamdulilah .. saya antara insan yg terkena tempias ukhuwahnya ...
             Bila bersahabat kita hendaklah bijak dalam memilih sahabat agar tiada istilah " permata","berlian" mahupun "kaca" dalam persahabatan itu . Bukan mudah untuk memilih tapi sangat senang untuk mengenal pasti sahabat mahupun lawan . Alhamdulilah.. setakat ni saya sangat senang dengan sahabat-sahabat yang mendampingi . Syukur pada Allah di atas ukhuwah yang terjalin. Namun tidak smua sahabat itu layak mendapat title "sahabat" kerana apa ? kerana sahabat yang baik adalah seseorang yang sanggup menangis bersama kita ..bersusah payah bersama kita dan bukan hanya bersama kita tika duka sahaja. 
             Kadang-kadang semakin akrab kita dengan seseorang sahabat itu semakin sensitif pula dengan apa jua yang dilakukan oleh sahabat kita itu . Mungkin dek hubungan yang terlampau rapat membuat kita mudah terasa kalau ada sesuatu yang tidak kena berlaku ..saat inilah kita akan tau kalu seseorang itu betul-betul sahabat sejati dia akan dapat detect akan  sensitiviti kita itu . Kalau saya selagi mana benda itu tidak terlampau menyakitkan hati.. mudah untuk saya memaafkan namun tidak mudah melupa. ^_^
            Selain itu , dalam bersahabat ini kita haruslah menjadi seperti air hujan ... sentiasa jatuh ke bumi jua walau disejat beberapa kali sekalipun.. begitu jua kita .. sentiasa beringat siapa bersama kita tika susah .. sebab siapa kita menjadi seperti hari ini .. siapa yang menjadi pembuka langkah kepada kita sebelum kita berjaya seperti hari ini ... 
            Tak kisah waima siapapun kita, di mana kita berada kita kembali pada pangkal niat bersahabat itu .. iaitu kerana Allah SWT . Ingatlah sahabat itu ibarat saudara pokok yang sentiasa menjadi tempat berteduh bgi kita dan kita pula ibarat payung yang menayungi sahabat tatkalau hari hujan. wallahualam..
berpegang pada prinsip :Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

No comments:

Post a Comment