Sunday, 5 August 2012

Sahabat ...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” 
         Untuk menulis entry yang kali ini..banyak dugaan yang aku hadapi .. bila saja hampir siap laptop aku terpadam.. ni kali ketiga dan aku menulis ... dugaan di bulan puasa kot ... hehe.. kalau kita renung kata-kata di atas pastinya semua sudah mengagak entry kali ini tentang apa.. sudah pastilah tentang sahabat... semua orang boleh mengatakan yang dia mempunyai sahabat tapi adakah kita tahu maksud sahabat itu ??? 
          sahabat ialah seseorang yang sentiasa bersama kita saat susah,saat senang , sentiasa mendoakan kita tatkala berjauhan.. tidak pernah lupa akan kita di saat di di kemuncak jaya ... kenapa saya tiba-tiba berminat bercerita pasal sahabat ni ? acually malam tadi saya bersembang panjang dengan seorang sahabat tentang persahabatan lantas membuat saya berfikir panjang akan erti persahabatan. sahabat yang saya maksudkan ialah seseorang yang berasal dari negeri di bawah bayu ... Bayu ? begitulah jua orangnya memandang wajahnya seperti terkena biasan bayu dek nur iman di wajahnya .. Masya Allah ... banyak yang saya pelajari tentang ilmu dunia dan akhirat sepanjang mengenali dia .. syukur atas ukhuwah yang terjalin.. dia seorang sahabat yang sangat pandai menjaga hati dan mengambil hati .. semoga Allah memelihara ukhuwah yang terjalin .. amin..
         Bukan mudah untuk mendapat sahabat yang sentiasa mendahulukan sahabat yang lain ... tapi alhamdulilah di sekeliling saya ada yang sebegitu.. tak kisahlah dengan sesiapapun kita bersahabat kita mesti sentiasa peka akan situasi sAHABAt kita itu agar kita sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata dan tingkah sebab semakin kita rapat dengan seseorang itu semakin sensitif kita jadinya. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi isu besar ... yang penting terpulang pada kita bagaimana kita menangani masalah tersebut .
         Apa-apa pun kita mestilah menjadi seperti air hujan yang sentiasa jatuh semula ke tempat dia tersejat iaitu sentiasa beringat dari mana kita bertitik tolak.. siapa bersama kita tatkala kita susah dan senang.. siapa bersama kita sebelum kita berjaya dan siapa menangis bersama kita tatkala kita tersedu-sedu menangis kedukaan ... dan siapa yang ringan menghulurkan bantuan tatkala kita memerlukan..
        Walau bagaimanapun , kita sentiasa perlu beringat ..dalam bersahabat kita perlu menjadi air yang menyirami bumi tatkala tanah bumi kegersangan atau kering dan sentiasa menjadi payung untuk memayungi terik mentari dan basahnya hujan ....
BERPEGANG PADA PRINSIP : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

No comments:

Post a Comment