Tuesday, 28 August 2012

TAKE A PICTURE OF ME !!

CERIA BERSAMA ANAK-ANAK DIDIK ........ 
ADA KALA MENYAKITKAN HATI TAPI BAK KATA SEORANG GURU SAYA DULU ..
"KAMULAH RACUN ,KAMU JUALAH MADU "
                                             CANTIK KAN GAMBAR NIE ??
                       TAPI SIAPA EK DALAM GAMBAR NIE ?
                   GAMBAR SAYA DENGAN ADIK TERSAYANG ...
    
SAJA SUKA SUKI NAK LETAK GAMBAR-GAMBAR NI DALAM BLOG .... SAMBIL-SAMBIL BERFIKIR SEJENAK ...
HEHEHEHHEHE ............................

Sunday, 26 August 2012

"Kembali Berjuang "

Salam warga maya .. Alhamdulilah diberi keizinan oleh Allah SWT untuk kembali meneruskan misi sebagai pendidik pada hari ini . Namun terasa berat hati ini meneruskan langkah .. pertama mungkin dek rindu pada kampung dan keluarga tersayang .. kedua mungkin kehilangan seorang sahabat yang agak rapat juga dengan saya ..  Al-Fatihah untuk arwah .. semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman .Amin ...
              Lepas ni ada lebih kurang 75 hari lagi untuk pulang ke kampung , lama ke ? entah .. macam tak lama pun .... lebih-lebih lagi hujung tahun dah . bila banyak kerja .. terasa semakin cepatlah masa berlalu .
Tak tahu kenape... kali ni hati saya terasa sangat berat meneruskan wadah perjuangan ini ... Ya , tidak dapat dinafikan kehilangan sahabat itu memberi kesan kepada saya . Sangat terasa ... ermmmm .....
              Kerja pulak banyak yang masih tertangguh dan tertunggak lagi ... membuatkan diri ini semakin malas dan bosan untuk melangkah . Tapi nak tak nak kena juga teruskan sebab memang ini sudah menjadi pilihan . Untuk kembali berundur , mungkin payah dan mungkin tak dapat .. 
              Sekarang ni , yang membuatkan diri ini semakin kuat doa dari ibu dan ayah ... dan semangat yang ada dalam diri membuatkan diri ini semakin kuat .
Setakat ini sahajalah bertinta kali ini. Wasalam ...

Monday, 20 August 2012

Selamat hari Raya AidilFitri !!

Salam warga maya setelah sebulan kita berjuang pada bulan Ramadhan akhirnya tiba masa kemenangan diraikan di bulan Syawal..alhamdulilah .... 
kerana diberi ruang dan kesempatan meraikan syawal ini ...
Marilah bermaafan sesama kita .. lupakan sengketa lama ..buang yang keruh ambil yang jernih ...
Saya di kesempatan ini ingin memohon kemaafan ikhlas dari hati andai ada tulisan saya dalam blog ini yang membuatkan ada yang terasa dan terluka ... maaf banyak-banyak ..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN ..

Friday, 17 August 2012

Gembira dalam sedih ...

Gembira sangat bila balik tapi sedih bila meninggalkan yang selalu berada di sisi !!!!! 
post yang pendek dan ringkas sebab letih lah ...
kih3...

Tuesday, 14 August 2012

Kiranya tiada lagi ...

Salam dunia maya .. Hari ni cuaca hening n redup je.. mendamaikan je ... seredup hati saya pada hari ini ... hehe... pagi tadi masa bangun untuk subuh tiba-tiba terbit satu perasaan yang sangat berbeza berbanding pagi-pagi sebelum ni .. mungkin selepas telihat sesuatu yang mebuatkan hati saya agak tersentuh . apa agaknya ya ? hehehe .. Biarlah rahsia ...
           Bukan senang untuk menjadi " MUJAHID DASUKI " ....  walaupun saya hanyalah seorang insan biasa yang bukan siapa-siapa pun tapi bukan mudah menjadi saya .... tanpa disedari rupa-rupanya terlampau banyak hati yang perlu saya jaga agar tidak terluka disebabkan oleh perbuatan saya .. belum lagi masalah saya yg secara tak sengaja terjebak dalam masalah orang lain sehinggakan saya merasakan ia satu beban yang agak berat bagi saya dan satu kegagalan bagi saya bila saya tak dapat membantu mereka menyelesaikan . Sangat perit untuk ditelan tapi terbuka untuk menerima sebab sebagai proses permatangan diri . 
          Satu lagi perkara yang agak sukar saya terima bila ada seorang yang saya sangat-sangat percaya .. seorang yang saya hormat .. yang terkenal dengan sifat keayuannya telah berjaya memburukkan saya . YA , mungkin silap saya kerana terpedaya dengan sifat dia sebagai seorang ibu . Tapi , takpelah saya bukan  jenis manusia yang cepat menghukum orang lain tapi saya suka memberi peluang ...meskipun saya memendam . Inilah kelemahan saya , sanagt cepat memaafkan tapi sukar untuk saya lupakan . Tak tau kenapa setiap kali terjumpa berat pula memulakan berbicara ... mungkin sebab perasaan saya yg masih terluka . hehe.. but i still can smile like usually . ^_^
         Alhamdulilah di saat diri ini masih terkial-kial mencari permata dalam timbunan pasir .... terjumpa juga beberapa ketulan permata yg sanagt bercahaya.. syukur sangat-sangat. permata yang mendamaikan mata yang melihat .... 
Nantilah kita sambung berbicara lagi .... sebab ada hal kejap .. kih3.. ^__^
Tapi apa-apa pun bersyukur sangat lahir dan menjadi " MUJAHID DASUKI " .

Monday, 13 August 2012

WAITING SEPTEMBER COME !! RANAU I'M COMING !!

TAk Sabar lah...........................................................................................................................................
hehehehehhe..........................................................................................................
suke3................................................................................................................................................
insha Allah .......................................................................................................
RANAU MEMORIAL PARK BEFORE GERAK GI KUNDASANG .....

ORANG memberi , KITA merasa , bila merasa nikmatlah kasih dan ikhlas yang terkandung ..

SALAM warga maya ... alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk jari-jari ini mengetuk papan kekunci ini .hehe.. hari ni dah masuk puasa ke 25 .. masya Allah.. cepatnya masa berlalu ... tinggal 2 hari lagi nak balik .. Ya Allah.. tak sabarnya melepaskan kerinduan pada keluarga tersayang .. mesti masa sekarang dorang sibuk buat biskut dan kek ... tinta kali ni saya ingin mengajak kita semua merenung tajuk di atas . Panjangkan tajuk tu .. hehe. saje je nk bikin suspen .. walhal takde apa-apa pun ..
             Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
            Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.Pengajaran hadis:
             (1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
             (2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
             (3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
              Dalam dunia ni selagi namanya kita bermasyarakat kita takkan terlepas dari saling memberi sesama kita dan sudah pasti ia amalan mulia yang amat dituntut selagi namanya kita orang mukmin dan sesungguhnya kita bersaudara jadi apa perasaan kita apabila saudara dilanda kesusahan??? sudah pasti kita akan merasa senang untuk menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita itu . 
             Tetapi isu yang di sini ialah adakah kita yang memberi itu dihargai ? diingati ? dan dikenang ? Inilah masalah apabila kita menolong orang lain dengan mengharapkan balasan . Kita tolak tepi dahulu ikhlas atau tidak sesuatu pemberian itu tapi kita fikir adakah yang menerima itu seorang yang mengenang budi atau sekadar kacang lupakan kulit ??  Kadang-kadang yang memberi sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari inginkan penghargaan meskipun tidak mengharap dan kita perlu beringat bahawa bumi ini bulat hari ini kita ditolong esok lusa tidak salah kita pulak yang menolong .
             Orang selalu je gtau takut termakan budi walhal sepatutnya benda tu tak patut wujud pun sebab saling tolong menolong merupakan nilai murni yang spatutnya tersemai dalam diri seseorang itu . Jangan takut memberi budi mahupun menerima budi kerana semua itu adalah rezeki bagi yang diberi dan pahala bagi yang memberi . Insha Allah .
              Bagi yang memberi ... berilah dengan 3 inti iaitu  ukhuwah , kasih dan sayang nescaya yang menerima pasti akan merasa nikmat diberi itu dan akan selalu mengenang jasa yang memberi. bagi yang diberi sambutlah dengan redha , hati yang terbuka dan fikiran yang sihat seandainya ini dipraktikkan insha Allah yang menerima akan menjadi orang yang mengenang budi dan tidak lupa daratan walau setinggi mana dia berada dia pasti ingat siapa yang mengangkat dia setinggi itu dan walau dia terbang setinggi mana pun dia pasti akan ingat siapa yang mengajar dia mengibarkan sayap dia dahulu . 
             sampai sini je lah tinta berentak kali ni .. mata pun mengantuk pula bila menaip panjang-panjang camni .. Insha Allah bersua lagi di pena yang mendatang .. wasalam .. ^_^

"Indahnya hubungan tanpa STATUS "

                                 " Kau kembali memberi perhatianmu ketika aku di sini terabaikan ,
                                                maafkan aku jika kau takkan kembali 
                                                           ..janji yang sempat terucap "

SALAM warga maya... beberapa hari saya busy dan tidak meupdate blog ini ... hehe ... dalam masa beberapa hari juga terlampau banyak peristiwa manis dan pahit yang terjadi .. alhamdulilah jua dah masuk hari ke 24 berpuasa .. syukur masih diberi kesempatan walaupun tak sihat sangat ... kenapa saya menjadikan lirik lagu merpati band di atas yg bertajuk " JANJI " sebagai pembuka bicara ???
MESTILAH ADA SEBAB KAN .... KIH..KIH..KIH..
          Semua orang pernah bercinta , pernah jatuh cinta kan ... tapi tidak semua yang jatuh cinta itu merasa indahnya , merasa manisnya jatuh cinta ... lebih-lebih lagi kalu hubungan tanpa status atas cukup atas title "kawan rapat " ,, ya .. ia sangat indah namun payah untuk kita mengikta pasangan masing-masing sebab bukan atas dasar "couple" . tiba-tiba saya teringat lagu "indahnya hubungan tanpa status"... mungkin ada betul  tajuk lagu tu . kadang-kadang kita mungkin merasa sedih sebab kita bukanlah siapa2 pun di hati dia namun bila kita ingat balik saat kita cemburu dan saat dia memberi perhatian.. barulah kita tau indahnya dunia masa tu .. hahahhaha ..
        Dalam hubungan yang tanpa status begini , dia selalu akan ada pasang surut ... dan berpusing mengikut mood masing-masing . akan ada yang makan hati bila salah seorang tidak terlayan dek mood yg berubah-ubah . akan ada yang terasa hati bila salah seorang sibuk yang terlampau dan akan ada yang makan hati bila salah seorang dalam kalangan dua orang itu memberi perhatian pada orang lain. Tetapi , manisnya bila di antara dua insan itu saling memberi perhatian sesama mereka . Ya , perhatian yang diberi lebih dari sekadar kawan biasa tanpa disedari . Apabila dua insan itu hidup dalam dunia mereka sendiri ... kala itulah mungkin kita merasa kita yang selama ini diabaikan tiba-tiba dia datang kembali memberi perhatian pada kita ... dan saat itulah senyum lebar terukir menyinari wajah kita .
        Tapi hakikat tetap hakikat .. antara dua insan itu tetap kawan biasa dan terus berjalan sebagai kawan biasa meski dalam hati tersirat sejuta rasa sayang .... dan dari yang indah ia tetap berpatah kembali pada hakikat yang agak pahit untuk ditelan .... apa-apapun terpulang pada dua insan itu untuk membawa hubungan itu ke tahap mana ... 
semoga bersua lagi di pentas tinta muja-muja .. ^_^

Wednesday, 8 August 2012

Tanpa tajuk dan idea ...

Assalamualaikum persada maya ... baru je semalam tinta berirama tapi hari ini kembali berkemundang lagi .. tinta kena kerap cikit berirama supaya tidak sumbang melodinya bila terbiasa bertinta .. hehehe ...
Alhamdulilah syukur bila ibadah puasa mula masuk hari ke 20 ... pantasnya masa berlalu ... Hikmah bila masuk hari ke 20 ialah saya sangat gembira sangat hari ini .. mungkin ada sesuatu yang mengembirakan hati saya secara tersirat kot .. hehehe.. hanya saya sahaja yang tahu ... 
         Semalam bila tengok jiran kt blok sebelah mula bergantungan dengan lampu raya ... ya Allah membuatkan hati makin rindu dengan kampung halaman ... sangat-sangat rindu ... kebetulan semalam seseorang telah membuatkan saya kembali terhibur dengan keletah dia  setelah sekian lama saya menunggu untuk dia kembali menghiburkan .. opsss.. jangan salah sangka ya.. just a friend .. not need for me to mention siapa orang tu cukup sekadar dia dan saya tahu ... hehe .. Syukran2 kt dia ....
         Petang ni nanti akan menghantar seorang sahabat untuk pulang ke kampung ... membuatkan diri ini makin semangat untuk menghabiskan cebisan hari yang tinggal sebelum cuti bermula .. menanti jumaat depan .. ya Allah .. rindunya pada keluaarga tersayang .... suasana berbuka lagi dengan mereka .... Semoga sahabat yang dihantar nanti selamat sampai ke kampungnya .. Amin ...
         Rasanya macam takda idea pula nak menulis pagi ni... macam longgar pula skru-skru kt otak ni.. hehe .. setakat ni dulu lah .. macam sumbang pula tinta kali ni. sebelum makin sumbang dan banyak orang muak baik berhenti kejap dulu.. hehe.. wasalam ..
         

Tuesday, 7 August 2012

Syukur...Belum TERLAMBAT untuk SEDAR ..

Assalamualaikum warga maya ...
Tinta Muja-muja mula menari di atas persadanya lagi .. hehheehe..
Macam blogger yg popular pulak rasanya bila menulis macam ni.. takpe kot sekali sekala nk perasan..
Alhamdulilah dah masuk 18 hari berpuasa .. Ramadhan bakal masuk fasa ketiga pula... masya Allah ...
pejam celik pejam celik dah nak habis pula puasa ... seperti tahun-tahun sudah bila puasa nak habis je sayu je perasaan dan sedih yang amat bila mengenangkan amal diri yang tidak seberapa .. ya mungki salah diri sendiri jugak kot sebab terlampau sibuk dengan urusan dunia ..astafirullahhalazim .....
Sama-sama kita mendoakan supaya puasa kita tahun ni adalah puasa yang berkat dan segala amal ibadah kita diterima oleh ya Rabb.. insha Allah ...
         Alhamdulilah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk sedar akan satu perkara ... dan berfikir sejenak akan satu perkara yang mungkin agak remeh tapi impaknya pada masa depan agar besar .. tiba-tiba sedar bahawa selama ini saya terlampau jauh tersasar dari apa yang sepatutnya .. dek terlampau mengejar apa yang ada di seberang sungai sehingga lupa pokok-pokok di di depan mata berbuah dengan ranumnya.. begitulah ibaratnya ..
           Sebagai manusia biasa saya mudah lupa siapa yang selalu memberi dokongan dan sokongan pada saya pada masa saya suka dan duka selama ini selain mak,ayah dan ahli keluarga .. mungkin agak janggal jika kita mengatakan penghargaan kita di hadapan seseorang itu namun tidak salah kalau kita menghargainya cukup dengan tingkah sahaja tanpa perlu bicara .... selama ini saya terlampau sibuk menjaga padi yang disemai sehingga lupa akan tanggungjawab memberi kambing makan di belakang rumah ... kih3.... saya sangat suka berkias bila membutirkan hal ini. eloklah berkias dari berterus terang supaya takda yang terasa ...tapi baik sang kambing mahupun padi di sawah kedua-dua amat diperlukan oleh saya untuk terus bersemangat menempuh hari mendatang .. hehehehe..
           Rasanya cukup kot sampai sini tinta berirama takut melodinya makin sumbang pula.. hehe.. harap-harap diri ini kuat menempuh hari mendatang sehinggalah pulang ke kampung halaman yang dirindui dalam masa 9 hari lagi . Insha Allah .. pada muslimin sekalian .. marilah kita hidupkan 10 malam terakhir ini .. Wallahualam .. Salam ...

Sunday, 5 August 2012

SAHABAT...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”
             Setiap orang di dunia pasti mempunyai sahabat.. namun tidak semua sahabat itu selayaknya digelar sahabat . Kenapa ? Mengapa ? Ermmm.. nanti saya ungkaikan satu persatu .. semalam saya bercerita panjang dengan seorang sahabat tentang persahabatan . Sahabat yang saya maksudkan ini ialah seorang sahabat yang berasal dari negeri di bawah bayu.. seindah nama negerinya begitu jualha dirinya... wajah yg disinari nur iman .. hatinya sentiasa disaluti dnegan keikhlasan dan kebaikkan.. Masya Allah .. bertuahnya mendapat sahabat sepertinya.. perkataan "sorry" dan "maaf" tidak pernah lekang dari bibirnya .. sahabat yg pertama yang saya jumpa sedemikian rupa.. sangat-sangat menyenangkan barang siapa yang berdamping dengannya ... Alhamdulilah .. saya antara insan yg terkena tempias ukhuwahnya ...
             Bila bersahabat kita hendaklah bijak dalam memilih sahabat agar tiada istilah " permata","berlian" mahupun "kaca" dalam persahabatan itu . Bukan mudah untuk memilih tapi sangat senang untuk mengenal pasti sahabat mahupun lawan . Alhamdulilah.. setakat ni saya sangat senang dengan sahabat-sahabat yang mendampingi . Syukur pada Allah di atas ukhuwah yang terjalin. Namun tidak smua sahabat itu layak mendapat title "sahabat" kerana apa ? kerana sahabat yang baik adalah seseorang yang sanggup menangis bersama kita ..bersusah payah bersama kita dan bukan hanya bersama kita tika duka sahaja. 
             Kadang-kadang semakin akrab kita dengan seseorang sahabat itu semakin sensitif pula dengan apa jua yang dilakukan oleh sahabat kita itu . Mungkin dek hubungan yang terlampau rapat membuat kita mudah terasa kalau ada sesuatu yang tidak kena berlaku ..saat inilah kita akan tau kalu seseorang itu betul-betul sahabat sejati dia akan dapat detect akan  sensitiviti kita itu . Kalau saya selagi mana benda itu tidak terlampau menyakitkan hati.. mudah untuk saya memaafkan namun tidak mudah melupa. ^_^
            Selain itu , dalam bersahabat ini kita haruslah menjadi seperti air hujan ... sentiasa jatuh ke bumi jua walau disejat beberapa kali sekalipun.. begitu jua kita .. sentiasa beringat siapa bersama kita tika susah .. sebab siapa kita menjadi seperti hari ini .. siapa yang menjadi pembuka langkah kepada kita sebelum kita berjaya seperti hari ini ... 
            Tak kisah waima siapapun kita, di mana kita berada kita kembali pada pangkal niat bersahabat itu .. iaitu kerana Allah SWT . Ingatlah sahabat itu ibarat saudara pokok yang sentiasa menjadi tempat berteduh bgi kita dan kita pula ibarat payung yang menayungi sahabat tatkalau hari hujan. wallahualam..
berpegang pada prinsip :Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Sahabat ...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” 
         Untuk menulis entry yang kali ini..banyak dugaan yang aku hadapi .. bila saja hampir siap laptop aku terpadam.. ni kali ketiga dan aku menulis ... dugaan di bulan puasa kot ... hehe.. kalau kita renung kata-kata di atas pastinya semua sudah mengagak entry kali ini tentang apa.. sudah pastilah tentang sahabat... semua orang boleh mengatakan yang dia mempunyai sahabat tapi adakah kita tahu maksud sahabat itu ??? 
          sahabat ialah seseorang yang sentiasa bersama kita saat susah,saat senang , sentiasa mendoakan kita tatkala berjauhan.. tidak pernah lupa akan kita di saat di di kemuncak jaya ... kenapa saya tiba-tiba berminat bercerita pasal sahabat ni ? acually malam tadi saya bersembang panjang dengan seorang sahabat tentang persahabatan lantas membuat saya berfikir panjang akan erti persahabatan. sahabat yang saya maksudkan ialah seseorang yang berasal dari negeri di bawah bayu ... Bayu ? begitulah jua orangnya memandang wajahnya seperti terkena biasan bayu dek nur iman di wajahnya .. Masya Allah ... banyak yang saya pelajari tentang ilmu dunia dan akhirat sepanjang mengenali dia .. syukur atas ukhuwah yang terjalin.. dia seorang sahabat yang sangat pandai menjaga hati dan mengambil hati .. semoga Allah memelihara ukhuwah yang terjalin .. amin..
         Bukan mudah untuk mendapat sahabat yang sentiasa mendahulukan sahabat yang lain ... tapi alhamdulilah di sekeliling saya ada yang sebegitu.. tak kisahlah dengan sesiapapun kita bersahabat kita mesti sentiasa peka akan situasi sAHABAt kita itu agar kita sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata dan tingkah sebab semakin kita rapat dengan seseorang itu semakin sensitif kita jadinya. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi isu besar ... yang penting terpulang pada kita bagaimana kita menangani masalah tersebut .
         Apa-apa pun kita mestilah menjadi seperti air hujan yang sentiasa jatuh semula ke tempat dia tersejat iaitu sentiasa beringat dari mana kita bertitik tolak.. siapa bersama kita tatkala kita susah dan senang.. siapa bersama kita sebelum kita berjaya dan siapa menangis bersama kita tatkala kita tersedu-sedu menangis kedukaan ... dan siapa yang ringan menghulurkan bantuan tatkala kita memerlukan..
        Walau bagaimanapun , kita sentiasa perlu beringat ..dalam bersahabat kita perlu menjadi air yang menyirami bumi tatkala tanah bumi kegersangan atau kering dan sentiasa menjadi payung untuk memayungi terik mentari dan basahnya hujan ....
BERPEGANG PADA PRINSIP : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.