Sunday, 1 June 2014

~ Tajdid Iman ~

         Salam... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Usah bercermin di air yang keruh kerana pisang tidak akan berbuah dua kali. Udara yang segar bertiupan penuh dengan kelembutan. Sisipan bayu menerpa ke pipi seolah-olah memahami isi di hati. Bayang bayang wajah yang tersayang nun jauh di sana muncul satu persatu dalam kamar ingatan. Rindu, kasih, pilu, sedih, terharu,terkesima. Perasaan berbaur-baur tidak diungkapkan dengan kata-kata.

    Tatkala kelas tamat, menandakan cuti  semester bermula, segalanya bertukar ceria.Organ organ dalaman melompat-lompat kegirangan. Beberapa helai rambut jatuh keguguran dek proses perembesan hormon tanpa kawalan. Cell cell yang yang sudah hampir mengalami fenomena malnutrisi mulai segar mengangktifkan sistem keceriaan badan. Molekul-molekul darah merah meluncur kecang dalam salur darah menyebabkan tangki oksigen mengalami kesesatan lalu lintas yang melampau.
  
        Begitulah hiruk dan pikuknya suasana di IPG tatkala ujian tamat serta menandakan waktu balik bagi kawasan-kawasan yang sama waktu denganya. Berteriakan, bersorakan, berpelukan, berkucupan, erks. Tiba tiba hati merintih.Takut, sedih, teruji, gugup, gementar.Suasana di rumah berbeza. Takut bila pulang ke sarang lama, iman terus bertukar tiga ratus sembilan puluh lapan darjah. Istikamah dalam ibadah boleh jadi lenyap dalam sekelip mata. Amalan-amalan jahiliyyah yang ditinggalkan bakal mengooda jiwa dan hati nurani. Hakikat hakiki diri ini masih lemah. Takut terkandas dalam perjuangan menentang musuh yang samar samar ini.

Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu
boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
(Al-Baqarah :216)

Ramai hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Perhatikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berikut ini:
 "Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Iman yang ada dalam hati kita mengalami fluktuasi. Iman tersebut boleh bertambah kuat, namun juga dapat terkikis tanpa kita sedari. Naik turunnya iman yang kita miliki tergantung kepada diri kita sendiri dalam menjaganya. Sebagai seorang muslim, tentunya kita menginginkan agar iman yang kita miliki tidak berkurang, tapi bertambah kuat. Kerananya, kita harus mengetahui apa saja yang mempengaruhi naik turunnya kadar keimanan dalam diri kita.

Hati terus menangis.

“Ya Allah, Engkau peliharalah iman di dadaku ini agar aku terus istiqamah dalam menjalani ibadah kepada-Mu. Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adlaah untuk-Mu Tuhan sekelian alam ”


Moga iman kita trus diperteguh. InsyaAllah...
Sampai sini dulu Muja bertinta..

No comments:

Post a Comment