Monday, 2 June 2014

~ Ada apa dengan USRAH ?? ~

         Salam dunia maya .nak citer pasal Usrah lah … Kerana Usrahlah terbentuknya Mujahid seperti hari ini .Mungkin sekarang saya jauh dari persada Usrah tapi tidak bermakna saya menolak jauh sekali membenci .Mungkin kealpaan saya yang terlampau mengejar dunia menyebabkan saya jauh dari Usrah sekarang.InsyaAllah suatu hari nanti saya akan kembali jua kepada Dunia Usrah .Saya secara peribadi meletakkan usrah sebagai suatu yang penting dalam kehidupan seorang dai, yang haraki. Mungkin kerana ‘dibesarkan’ dalam sentuhan tarbiyah yang mana kami dididik dengan satu fahaman bahawa dalam mengajak orang kepada Allah, kerja utama adalah mentarbiyah secara berfokus dan wasilah yang tetap dan paling muntij adalah usrah.
            Namun belum sempat tumbuh tinggi dan membesar, belum sempat memaknai usrah secara syumul dan fikrie, nampaknya alam ini sedikit demi sedikit membuatkan saya mempersoalkan, bagaimana usrah yang sepatutnya?
Kata seorang akh,
“Usrah adalah kilang untuk menghasilkan daie yang berjuang di jalan Allah”
            Saya mebenarkan kata-katanya setelah melihat banyak hasil yang dilahirkan sebelum ini. Semoga kilang ini terus beroperasi dan hidup subur. Dan methodology kilang ini tidak lain tidak bukan dengan tarbiyah, perlahan dan bertahap.Pun begitu, bukan semua yang bersama usrah ingin melaksanakan tujuan usrah, yakni akhirnya untuk menjadi produk tersebut. Bukan semua yang mengendalikan usrah juga bergerak ke arah itu, yakni menghasilkan mujahid di jalan Allah, yang akan sentiasa meletakkan tarbiyah sebagai core business.
            Paling menarik, bukan semua setuju dengan sistem usrah. Meskipun mereka dan orang yang memperjuangkan usrah dan tarbiyah datang dari rahim usrah yang sama. Kan dah pening.Dan yang lebih menarik, usrah telah divariasikan sifatnya, meyebabkan usrah yang hilang keasliannya kembali dipromosi menggunapakai nama usrah, menyebabkan salah faham terhadap usrah kembali berleluasa.
Akhirnya, ramai yang ikut usrah. Tapi bukan usrah “kilang”.
            Ada orang bersama usrah kerana mahu jadi baik baik sahaja. Dengan usrah dia berada dalam bi’ah (environment) solehah. Dapat menjaga iman dia. Dan dia mengimpikan riwayat hidupnya berakhir menjadi orang yang baik baik, sopan dan santun. Usrah yang diikutinya dinamakan usrah maintenance.Ada orang bersama usrah untuk mencari kenalan. Orang macam ini jenis tak reti bersosial sangat, hidup terpencil dan selalu alone. Dalam usrah dia dapat kenalan baru. Tidak lebih daripada itu harapan dia. Apabila ada aktiviti sampingan lain yang dianjurkan oleh naqib naqibah, mereka seronok untuk menambah kenalan. Usrah ini usrah sosial.Ada orang bersama usrah sebab nak dapat gelaran ahli usrah. Sebab usrah sudah jadi trending. Bahkan, botol air, jenama pencuci baju, nama restoran dan macam macam lagi entity yang dekat dengan kehidupan masyarakat dinamakan usrah. Dan yang lebih menarik, menjadi ahli usrah yang biasanya dibawah organisasi tertentu memberi mereka ticket untuk digelar ahli organisasi tertentu. Usrah ini kita namakan,err Usrah Labeling ?
Kontroversi bukan?
Ada banyak kes dan keadaan lagi.
Ada yang mengendalikan usrah semata-mata untuk KPI (key performance indicator) tahunan organisasi mereka. Dalam pada itu, usrah dijadikan tempat untuk doktrinasi ideology yang diperjuangkan. Tempat mengumpul penyokong yang akhirnya akan meluaskan pengaruh sokongan di media media social, lalu sejumalah ‘like’ dapat dicapai dalam tempoh tertentu. Usrah ini belum ada nama.
            Ada yang bersama usrah kerana bestnya dapat menyertai banyak aktiviti yang dapat menghindarkan diri daripada waktu lapang yang banyak. Mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala social. Dapat bersukan bersama-sama, mengayuh basikal bersama-sama, berseminar bersama-sama, ke konsert amal bersama-sama, dan bermacam lagi. Pendek kata mereka suka kepada aktivisme.
Kreatif rupanya penggerak usrah.Ada lagi nama nama glamor usrah yang lain seperti
Usrah F.M
Usrah Bulanan
Usrah National
Urah Umum
Usrah Jemputan
Dan bermacam lagi.
Kesemua situasi di atas adalah bagus dan baik.
Jadi, anda yang mana?Maka saya akhiri artikel kali ini dengan keratan ucapan Imam Hassan Al Banna,
“Dalam banyak kesempatan, anda mungkin pernah berbicara kepada orang banyak tentang berbagai masalah. Anda yakin bahawa semua cara yang mungkin digunakan untuk menjelaskan apa yang anda inginkan, telah anda lakukan.
            Anda pun merasa bahawa semua telah menjadi jelas, sejelas fajar subuh atau bahkan sejelas matahari di siang hari. Tapi seketika itu pula anda mungkin terhenyak. Kerana ternyata pendengar tidak memahami penjelasan anda.
            Saya telah menyaksikan dan merasakan hal tersebut di banyak kesempatan. Saya percaya bahawa rahsia yang ada di balik itu adalah salah satu dari dua hal yang berikut;
Pertama, mungkin kerana tolak ukur yang digunakan oleh masing masing kita dalam mempersepsi apa yang ia dengar dan apa yang ia katakana saling berbeda sehinggalah terjadilah pembedaan pemahaman itu, atau;
Kedua, mungkin juga kerana ucapan itu samar dan tidak jelas, meskipun sang pembicara sendiri yakin bahawa ia telah menyampaikannya dengan sangat jelas”
            Ya, post yang sukar untuk difahami, mungkin kerana dua perkara di atas dan saya ternyata jauh dari Usrah buat ketika ini tapi saya tak menolak usrah sebab saya pada hari ini adalah hasil dari tarbiyah usrah juga kalau bukan kerana usrah tak tahu mungkin saya seperti sang pengemis jahiliah yang buta akan sirnanya yang haq. Mungkin kekangan diri yang sibuk menyebabkan saya berehat dari dunia usrah buat seketika bukan merajuk jauh sekali membenci cuma saya ingin berehat .

Wasalam …. Muja nak tidor dulu ..

No comments:

Post a Comment