Monday, 2 June 2014

~ Ada apa dengan USRAH ?? ~

         Salam dunia maya .nak citer pasal Usrah lah … Kerana Usrahlah terbentuknya Mujahid seperti hari ini .Mungkin sekarang saya jauh dari persada Usrah tapi tidak bermakna saya menolak jauh sekali membenci .Mungkin kealpaan saya yang terlampau mengejar dunia menyebabkan saya jauh dari Usrah sekarang.InsyaAllah suatu hari nanti saya akan kembali jua kepada Dunia Usrah .Saya secara peribadi meletakkan usrah sebagai suatu yang penting dalam kehidupan seorang dai, yang haraki. Mungkin kerana ‘dibesarkan’ dalam sentuhan tarbiyah yang mana kami dididik dengan satu fahaman bahawa dalam mengajak orang kepada Allah, kerja utama adalah mentarbiyah secara berfokus dan wasilah yang tetap dan paling muntij adalah usrah.
            Namun belum sempat tumbuh tinggi dan membesar, belum sempat memaknai usrah secara syumul dan fikrie, nampaknya alam ini sedikit demi sedikit membuatkan saya mempersoalkan, bagaimana usrah yang sepatutnya?
Kata seorang akh,
“Usrah adalah kilang untuk menghasilkan daie yang berjuang di jalan Allah”
            Saya mebenarkan kata-katanya setelah melihat banyak hasil yang dilahirkan sebelum ini. Semoga kilang ini terus beroperasi dan hidup subur. Dan methodology kilang ini tidak lain tidak bukan dengan tarbiyah, perlahan dan bertahap.Pun begitu, bukan semua yang bersama usrah ingin melaksanakan tujuan usrah, yakni akhirnya untuk menjadi produk tersebut. Bukan semua yang mengendalikan usrah juga bergerak ke arah itu, yakni menghasilkan mujahid di jalan Allah, yang akan sentiasa meletakkan tarbiyah sebagai core business.
            Paling menarik, bukan semua setuju dengan sistem usrah. Meskipun mereka dan orang yang memperjuangkan usrah dan tarbiyah datang dari rahim usrah yang sama. Kan dah pening.Dan yang lebih menarik, usrah telah divariasikan sifatnya, meyebabkan usrah yang hilang keasliannya kembali dipromosi menggunapakai nama usrah, menyebabkan salah faham terhadap usrah kembali berleluasa.
Akhirnya, ramai yang ikut usrah. Tapi bukan usrah “kilang”.
            Ada orang bersama usrah kerana mahu jadi baik baik sahaja. Dengan usrah dia berada dalam bi’ah (environment) solehah. Dapat menjaga iman dia. Dan dia mengimpikan riwayat hidupnya berakhir menjadi orang yang baik baik, sopan dan santun. Usrah yang diikutinya dinamakan usrah maintenance.Ada orang bersama usrah untuk mencari kenalan. Orang macam ini jenis tak reti bersosial sangat, hidup terpencil dan selalu alone. Dalam usrah dia dapat kenalan baru. Tidak lebih daripada itu harapan dia. Apabila ada aktiviti sampingan lain yang dianjurkan oleh naqib naqibah, mereka seronok untuk menambah kenalan. Usrah ini usrah sosial.Ada orang bersama usrah sebab nak dapat gelaran ahli usrah. Sebab usrah sudah jadi trending. Bahkan, botol air, jenama pencuci baju, nama restoran dan macam macam lagi entity yang dekat dengan kehidupan masyarakat dinamakan usrah. Dan yang lebih menarik, menjadi ahli usrah yang biasanya dibawah organisasi tertentu memberi mereka ticket untuk digelar ahli organisasi tertentu. Usrah ini kita namakan,err Usrah Labeling ?
Kontroversi bukan?
Ada banyak kes dan keadaan lagi.
Ada yang mengendalikan usrah semata-mata untuk KPI (key performance indicator) tahunan organisasi mereka. Dalam pada itu, usrah dijadikan tempat untuk doktrinasi ideology yang diperjuangkan. Tempat mengumpul penyokong yang akhirnya akan meluaskan pengaruh sokongan di media media social, lalu sejumalah ‘like’ dapat dicapai dalam tempoh tertentu. Usrah ini belum ada nama.
            Ada yang bersama usrah kerana bestnya dapat menyertai banyak aktiviti yang dapat menghindarkan diri daripada waktu lapang yang banyak. Mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala social. Dapat bersukan bersama-sama, mengayuh basikal bersama-sama, berseminar bersama-sama, ke konsert amal bersama-sama, dan bermacam lagi. Pendek kata mereka suka kepada aktivisme.
Kreatif rupanya penggerak usrah.Ada lagi nama nama glamor usrah yang lain seperti
Usrah F.M
Usrah Bulanan
Usrah National
Urah Umum
Usrah Jemputan
Dan bermacam lagi.
Kesemua situasi di atas adalah bagus dan baik.
Jadi, anda yang mana?Maka saya akhiri artikel kali ini dengan keratan ucapan Imam Hassan Al Banna,
“Dalam banyak kesempatan, anda mungkin pernah berbicara kepada orang banyak tentang berbagai masalah. Anda yakin bahawa semua cara yang mungkin digunakan untuk menjelaskan apa yang anda inginkan, telah anda lakukan.
            Anda pun merasa bahawa semua telah menjadi jelas, sejelas fajar subuh atau bahkan sejelas matahari di siang hari. Tapi seketika itu pula anda mungkin terhenyak. Kerana ternyata pendengar tidak memahami penjelasan anda.
            Saya telah menyaksikan dan merasakan hal tersebut di banyak kesempatan. Saya percaya bahawa rahsia yang ada di balik itu adalah salah satu dari dua hal yang berikut;
Pertama, mungkin kerana tolak ukur yang digunakan oleh masing masing kita dalam mempersepsi apa yang ia dengar dan apa yang ia katakana saling berbeda sehinggalah terjadilah pembedaan pemahaman itu, atau;
Kedua, mungkin juga kerana ucapan itu samar dan tidak jelas, meskipun sang pembicara sendiri yakin bahawa ia telah menyampaikannya dengan sangat jelas”
            Ya, post yang sukar untuk difahami, mungkin kerana dua perkara di atas dan saya ternyata jauh dari Usrah buat ketika ini tapi saya tak menolak usrah sebab saya pada hari ini adalah hasil dari tarbiyah usrah juga kalau bukan kerana usrah tak tahu mungkin saya seperti sang pengemis jahiliah yang buta akan sirnanya yang haq. Mungkin kekangan diri yang sibuk menyebabkan saya berehat dari dunia usrah buat seketika bukan merajuk jauh sekali membenci cuma saya ingin berehat .

Wasalam …. Muja nak tidor dulu ..

Sunday, 1 June 2014

~ Tajdid Iman ~

         Salam... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Usah bercermin di air yang keruh kerana pisang tidak akan berbuah dua kali. Udara yang segar bertiupan penuh dengan kelembutan. Sisipan bayu menerpa ke pipi seolah-olah memahami isi di hati. Bayang bayang wajah yang tersayang nun jauh di sana muncul satu persatu dalam kamar ingatan. Rindu, kasih, pilu, sedih, terharu,terkesima. Perasaan berbaur-baur tidak diungkapkan dengan kata-kata.

    Tatkala kelas tamat, menandakan cuti  semester bermula, segalanya bertukar ceria.Organ organ dalaman melompat-lompat kegirangan. Beberapa helai rambut jatuh keguguran dek proses perembesan hormon tanpa kawalan. Cell cell yang yang sudah hampir mengalami fenomena malnutrisi mulai segar mengangktifkan sistem keceriaan badan. Molekul-molekul darah merah meluncur kecang dalam salur darah menyebabkan tangki oksigen mengalami kesesatan lalu lintas yang melampau.
  
        Begitulah hiruk dan pikuknya suasana di IPG tatkala ujian tamat serta menandakan waktu balik bagi kawasan-kawasan yang sama waktu denganya. Berteriakan, bersorakan, berpelukan, berkucupan, erks. Tiba tiba hati merintih.Takut, sedih, teruji, gugup, gementar.Suasana di rumah berbeza. Takut bila pulang ke sarang lama, iman terus bertukar tiga ratus sembilan puluh lapan darjah. Istikamah dalam ibadah boleh jadi lenyap dalam sekelip mata. Amalan-amalan jahiliyyah yang ditinggalkan bakal mengooda jiwa dan hati nurani. Hakikat hakiki diri ini masih lemah. Takut terkandas dalam perjuangan menentang musuh yang samar samar ini.

Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu
boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
(Al-Baqarah :216)

Ramai hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Perhatikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berikut ini:
 "Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Iman yang ada dalam hati kita mengalami fluktuasi. Iman tersebut boleh bertambah kuat, namun juga dapat terkikis tanpa kita sedari. Naik turunnya iman yang kita miliki tergantung kepada diri kita sendiri dalam menjaganya. Sebagai seorang muslim, tentunya kita menginginkan agar iman yang kita miliki tidak berkurang, tapi bertambah kuat. Kerananya, kita harus mengetahui apa saja yang mempengaruhi naik turunnya kadar keimanan dalam diri kita.

Hati terus menangis.

“Ya Allah, Engkau peliharalah iman di dadaku ini agar aku terus istiqamah dalam menjalani ibadah kepada-Mu. Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adlaah untuk-Mu Tuhan sekelian alam ”


Moga iman kita trus diperteguh. InsyaAllah...
Sampai sini dulu Muja bertinta..

~ Apa itu UKHUWAH~

Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu makan seronok tak ditinggalkan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu solat tak kejut yang ketiduran
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu makan banyak pinggan bersepah
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu bila penat tak dihiraukan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu lapar dibiarkan keseorangan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu simpan dalam hati cakap di belakangan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu diejek bila minta sokongan
Oh bukan bukan!
Itu bukan ukhuwwah yang dimaksudkan!
Itu bukan ukhuwwah yang diinginkan!
Itu bukan ukhuwwah yang diimpikan!

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu makan bersama berdulangan.
Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu berjalan ke masjid beriringan.
 Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu makan seronok sama dikemaskan.
 Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu bila penat tolong disenangkan.
 Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu lapar segera dikenyangkan.
 Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu ikhlas jujur sama dikongsikan.
 Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu segera menyokong bila diperlukan.
 Jadi apa itu ukhuwwah?

Ukhuwwah itu manis bila sefahaman! =)

~ Hai DYANA SOFEA , majoriti 238 undi , undi rosak 500 undi , kelebihan 71 undi di Teluk Intan ~

Siapa Dyana Sofea ??Saya mula kenal akan beliau semasa beliau diumumkan menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang semasa kempen PRU13 tahun lepas .Siapa pula Datuk Mah ? Saya mula kenal personaliti ini ketika beliau memenangi jawatan Presiden Gerakan dalam tahun lepas .
            Walaupun tipis namun Barisan Nasional (BN) membuktikan kehebatannya ‘merampas’ semula kerusi Parlimen Teluk Intan dengan kemenangan Datuk Mah Siew Keong mengalahkan calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud malam tadi.Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat sebanyak 20,157 undi berbanding Dyana sebanyak 19, 909 undi.Undi rosak dilaporkan sebanyak 550 undi.Kejayaan Siew Keong lebih manis apabila undi meningkat berbanding 20,086 undi diperolehnya semasa PRU-13 dan kalah ditangan calon DAP, mendiang Seah Leong Peng.Siew Keong yang hadir semasa pengumuman keputusan undi hadir bersama beberapa pemimpin.Keputusan diumumkan secara rasmi pada pukul 9.41 malam selepas wakil Pakatan Rakyat meminta undi dikira semula.Apa pun,  penduduk Teluk Intan bertuah kerana menerima seorang menteri Kabinet mewakili mereka. WALAUPUN Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Dyana Sofya Mohd. Daud. berada dalam keadaan cemas, namun kebanyakan orang tetap berpendapat dia berpeluang besar untuk menang terutamanya kerana mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.Apa yang di luar jangkaan ialah lelaki matang berumur 53 tahun dari Gerakan akhirnya menewaskan calon jelita berumur 27 tahun dari DAP dengan majoriti 238 undi.Selepas berita kekalahan tersebar, lebih seribu orang penyokong yang berada di bilik gerakan DAP menitiskan air mata, ramai penyokong di luar Teluk Intan turut sebak. Ada yang berkali-kali tanya, "betul ke?"Punca kekalahan Dyana ada tiga, pertama ialah tahap penerimaan politik masyarakat majmuk belum matang terutamanya di kawasan seperti Teluk Intan yang merupakan campuran bandar dengan luar bandar.DAP dengan berani menghantar calon Melayu, namun tahap penerimaan di kalangan pengundi Melayu adalah tidak baik.Faktor kedua ialah sebahagian kecil pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi India telah kembali kepada Barisan Nasional (BN). Keadaan ini menghakis sokongan yang diterima DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Faktor ketiga, imej perpaduan DAP dalam PRU-13 telah hilang. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lagi, sudah tersebar mengenai konflik dalaman DAP.Isteri kepada mendiang Siah Leong Peng mendedahkan ada orang yang mendesak jawatan sebelum kematian wakil rakyat itu.Tambahan pula, isu keahlian ibu Dyana dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menunjukkan Dyana kekurangan integriti ketika mengurus isu ini.
            Kejayaan Datuk Mah Siew Keong juga ada tida faktor. Pertama sekali, PRK berlainan dengan PRU kerana PRK tidak boleh mengubah apa-apa.Jika Siew Keong menang pula, seorang menteri dari Teluk Intan akan diwujudkan dan bakal membawa pembangunan ke situ.Faktor kedua, disebabkan DAP menghantar wakil keturunan Melayu, ia menyebabkan UMNO amat menitik berat pertarungan ini. Jentera Teluk Intan diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan beliau sanggup menjelajah jauh ke perkampungan Orang Asli yang hanya mempunyai 200 undi. Mengukuhkan undi Melayu dan menarik undi India, UMNO menjadi penyumbang kepada kejayaan di Teluk Intan.Faktor ketiga, Siew Keong 'menyerang' isu tempatan dan jarang menyentuh isu nasional. Isu seperti lebuh raya, kemudahan pengkebumian, tambak sungai dan pendidikan Cina telah dibangkitkan. Beliau mendapat sokongan pemimpin pertubuhan Cina.Kempen orang Teluk Intan mengundi orang Teluk Intan juga berjaya menarik sebahagian undi Cina. Keputusan PRK Teluk Intan membawa tiga mesej penting. Pertama, undi Cina bukan deposit untuk DAP. Mereka wajar mendengar suara pengundi sebelum menetapkan calon.Kedua, sebahagian pengundi Cina mula mempertimbangkan semula BN. Mereka berpendapat emosi tinggi sebelum ini sudah berlalu, kini ialah masa untuk menilai pendekatan politilk yang baharu.Ketiga, walaupun penyokong pembangkang berjerit-jerit dalam alam maya, namun 'kesunyian majoriti' telah menjadi kekuatan dalam dunia realiti.Mereka mungkin berdiam diri dan tidak meluahkan perasaan di Internet, namun bersenyap tidak bermakna mereka tidak berpendirian. Mereka menggunakan undi untuk sampaikan mesej kepada Pakatan Rakyat. Dyana Sofya Mohd Daud tidak memenangi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan malam tadi, tetapi dia masih mengikuti jejak langkah pemimpin partinya dengan turut memecahkan tradisi DAP.Seperti ketuanya, Lim Kit Siang, Dyana Sofya cuba menjadi wakil rakyat ketika berusia awal 20-an.Lim yang kini berusia 73, terpilih menjadi wakil rakyat ketika berusia 28 tahun pada 1969 untuk kerusi Parlimen Bandar Melaka. Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akhirya memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang selama ini menyifatkan dirinya sebagai calon underdog.Keputusan tersebut sebenarnya mengejutkan banyak pihak yang tidak pernah menduga calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud akan tewas, sekali gus mengembalikan kerusi Parlimen tersebut ke pangkuan BN.Sejak nama Dyana Sofya dicalonkan sebagai wakil DAP, popularitinya melonjak naik dari sehari ke sehari. Dia tak ubah seperti selebriti yang baru menjadi juara program realiti televisyen.Ke mana sahaja Dyana Sofya pergi berkempen, dia akan dikerumuni ramai baik yang tua mahu pun yang muda tidak kira Cina, Melayu mahupun India.Malah, pada setiap siri ceramah yang diadakan, sambutan yang diterima amat memberangsangkan berbanding ceramah BN yang jauh ketinggalan dari sudut kehadiran pengunjung.Lebih menarik lagi, gadis berusia 28 tahun ini yang merupakan seorang peguam tidak ada cacat celanya untuk berdiri sebagai ahli politik. Namanya bersih daripada sebarang isu seperti rasuah atau yang melibatkan mahkamah.Dari segi perawakan, Dyana Sofya boleh dikategorikan sebagai wanita cantik dan mempunyai personaliti yang cukup menarik. Pendek kata, Dyana Sofya mempunyai pakej menarik yang ada segala-galanya.Apa lagi yang kurang menyebabkan Dyana Sofya boleh kalah sedangkan ramai berkeyakinan tinggi dia akan menang? Walaupun majoriti yang memisahkan dia dengan Siew Keong cuma 238 tetapi dia tetap kalah.Tidak mengenepikan takdir Tuhan, sebenarnya bukan rezeki Dyana Sofya untuk bergelar Ahli Parlimen pada usia muda. Itulah hakikatnya. Ketika dia diulit perasaan kecewa yang pasti ada dalam dirinya, penyokong-penyokong BN kini berpesta ria setelah berjaya menundukkan seorang anak Melayu yang dikatakan bersekutu dengan parti Cina.

            Melihatkan beberapa komen yang tersiar di alam maya, ramai yang mengatakan kekalahan Dyana Sofya adalah bukti kebangkitan semula semangat BN yang sebelum ini dilihat semakin kelam, apa lagi dengan kekalahan beberapa siri PRK lalu.Apakah benar kemenangan Siew Keong itu membuktikan kebangkitan semangat BN telah mula menular di hati rakyat? Apakah dengan majoriti yang mengharapkan ihsan undi pos untuk menang itu telah boleh dikatakan rakyat menolak parti pembangkang?Bagaimana pula dengan peratusan keluar mengundi yang sangat berkurang berbanding kemenangan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu? Tidakkah ini menggambarkan kemerosotan pengundi yang belum tentu memihak kepada BN?Senario ini memperlihatkan betapa BN sebagai parti kerajaan yang menang tipis dengan calon 'mentah' sebenarnya tidak oleh berbangga dengan keputusan di Teluk Intan yang pada hakikatnya bukanlah cermin kepada kehendak rakyat.Ini bukanlah masanya untuk BN dan penyokongnya bersuka ria kerana kemenangan yang diiktiraf sebagai penawar segala kekalahan lalu itu tidak langsung mencerminkan kekuatan BN. Malah banyak kelemahan yang wajib melalui beberapa siri post mortem walaupun menang.Antaranya, BN perlu menkaji mengapa kemenangan itu terpaksa dibantu oleh undi pos yang memang sangat diharapkan untuk membantu calon BN. Walhal, undi pos lebih layak dikategorikan sebagai penambah jumlah undi majoriti!Begitu juga dengan janji-janji yang ditabur sepanjang kempen PRK, apakah itu sudah menjadi satu kewajipan BN bagi mendapatkan sokongan undi? Cuba bayangkan apakah boleh BN berdiri sendiri tanpa perlu berjanji jika mahukan simpati rakyat?Seterusnya, di mana kekuatan BN jika tidak dibantu oleh semua media arus perdana yang dilihat sebagai peluru terbaik untuk meletakkan pengundi dalam keadaan serba payah untuk membuat keputusan.Post mortem bukan sekadar untuk mencari penyebab kekalahan tetapi apabila BN mendapat kemenangan yang hanya di hujung nyawa seperti di Teluk Intan, buatlah kajian menyeluruh.Bila hendak dimulakan post mortem, hanya BN sahaja yang boleh tentukan tetapi pada masa sama, jika post mortem bermula, jangan lupa untuk siasat sepenuhnya bagaimana Dyana Sofya mampu mendapat undi sebanyak itu sedangkan Siew Keong bukannya calon kecil-kecil anak.