Friday, 14 June 2013

~ Lafaz CINTA pada sama jantina .. GAY ? JAWAPNYA TIDAK ~

Hari ini, kalau seorang lelaki menyatakan cinta kepada sahabatnya (yang lelaki juga) di jalan Allah, nanti akan dipandang pelik oleh orang.

"Eewwww, gay."

"Apasal pelik sangat kau? Cinta kat lelaki?"

Itulah sengetnya pemikiran segelintir orang pada hari ini.

Meletakkan nilaian cinta hanya pada hubungan antara lelaki dan perempuan yang berbeza jantina sahaja.

Padahal kalau lafaz cinta itu disebutkan pada pasangan yang berbeza jantina antara lelaki dan perempuan sebelum mempunyai hubungan pernikahan yang sah, keluar couple sebelum ada hubungan yang sah, tergedik-gedik chat di FB sampai tengah-tengah malam, bermesej-mesej rinduan sebelum bernikah, itu tidak menjadi masalah pula dalam masyarakat kita.

Itulah canggungnya ukhuwah dalam masyarakat kita.

Melihat lafaz cinta itu hanya dalam batasan lelaki wanita sahaja.

Sedangkan cinta itu luas manifestasinya.

Dan dalam satu hadis, kita dianjurkan untuk mengkhabarkan rasa cinta kita kepada saudara kita (yang sama jantina) sekiranya kita mencintainya kerana Allah.

"Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya." [HR Tirmizi]

Cinta antara kita dengan sahabat kita di jalan Allah adalah dengan saling mengingatkan dan saling menguatkan di atas jalan menuju Allah. Cinta antara kita dengan sahabat kita di jalan Allah adalah dengan saling menjauhkan diri dari kemungkaran.

Maka, apakah yang salah pada cinta sebegini berbanding cinta lelaki wanita yang belum mempunyai hubungan pernikahan yang sah yang sepatutnya dilihat lebih pelik dalam masyarakat kita?

Kalau anda punya sahabat atau sahabiah yang soleh, yang mencintai anda di jalan Allah pada hari ini, janganlah lepaskannya. Lafazkanlah cinta padanya hari ini dan hargailah dia sebelum anda tidak sempat nanti.

Lafazkanlah pada dia, "Uhibbuka fillah." - Aku cintakan kamu kerana Allah.

--------------------


Catatan cinta di jalan juang.

No comments:

Post a Comment