Salam...
Ini hasil perkongsian daripada seorang sahabat...
Mari kita sebagai ISLAM... renungkan dan FIKIRKAN...
Orang Yahudi menolak Nabi Isa sebagai Al Masih mereka ,maka Nabi Isa diangkat ke langit. Baginda diturunkan ke bumi membantu umat Muhammad menentang Dajjal bersama imam Mahdi.
Apabila Nabi Isa AS turun semula ke bumi ini, selepas menumpaskan Dajjal. Tiga perkara akan dilakukan baginda iaitu mematahkan salib, menghapuskan cukai jizyah dan membunuh babi. [ HR. Al-Bukhari kitab Ahaadiitsul Anbiyaa’ bab Nuzuul ‘Isa Ibni Maryam (no. 3448), Fat-hul Baari (VI/490-494)]
Kenapa nabi Isa mematahkan salib?
Baginda menghapuskan fitnah bahawa beliau adalah anak tuhan seperti yang diwar-warkan oleh orang Nasrani. Ramai orang Nasrani waktu itu setelah baginda memperbetulkan tuduhan bahawa beliau bukan anak Tuhan, ramai orang Nasrani memeluk Islam secara beramai-ramai.
Kenapa baginda menghapuskan jizyah?
Sejurus pengislaman orang nasrani beramai-ramai, seluruh dunia waktu itu tiada cukai jizyah. Cukai jizyah digunakan untuk orang bukan Islam mendiami negara Islam.
Kenapa baginda menghapuskan babi?
Babi dihapuskan kerana binatang itu membawa penyakit dan wabak. Banyak penyakit akubat dari babi ini. Penghapusan babi mungkin dapat mengurangkan epedermik wabak tersebut.
Setelah melakukan itu baginda menjadi raja dan Pemerintah yang adil, seluruh dunia merasakan keadilan setelah berlaku banyak anarki di dunia ini.
Dikabarkan nabi Isa juga akan berkahwin dan akan wafat dan jasad baginda akan disolatkan serta dikebumikan.
Doa baginda Isa AS supaya beliau dijadikan umat Muhammad terkabul.
Dulu semasa menjadi rasul, beliau menemukan banyak keistimewaan umat Muhammad. Antara Permintaan Nabi Musa dan Nabi Isa pada Allah untuk menjadi umat Muhammad. Permintaan nabi Isa di makbulkan Allah.
Subhanallah.
Sunday, 16 June 2013
Friday, 14 June 2013
~ Lafaz CINTA pada sama jantina .. GAY ? JAWAPNYA TIDAK ~
Hari ini, kalau seorang lelaki menyatakan cinta kepada
sahabatnya (yang lelaki juga) di jalan Allah, nanti akan dipandang pelik oleh
orang.
"Eewwww, gay."
"Apasal pelik sangat kau? Cinta kat lelaki?"
Itulah sengetnya pemikiran segelintir orang pada hari ini.
Meletakkan nilaian cinta hanya pada hubungan antara lelaki
dan perempuan yang berbeza jantina sahaja.
Padahal kalau lafaz cinta itu disebutkan pada pasangan yang
berbeza jantina antara lelaki dan perempuan sebelum mempunyai hubungan
pernikahan yang sah, keluar couple sebelum ada hubungan yang sah,
tergedik-gedik chat di FB sampai tengah-tengah malam, bermesej-mesej rinduan
sebelum bernikah, itu tidak menjadi masalah pula dalam masyarakat kita.
Itulah canggungnya ukhuwah dalam masyarakat kita.
Melihat lafaz cinta itu hanya dalam batasan lelaki wanita
sahaja.
Sedangkan cinta itu luas manifestasinya.
Dan dalam satu hadis, kita dianjurkan untuk mengkhabarkan
rasa cinta kita kepada saudara kita (yang sama jantina) sekiranya kita
mencintainya kerana Allah.
"Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah,
maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya." [HR Tirmizi]
Cinta antara kita dengan sahabat kita di jalan Allah adalah
dengan saling mengingatkan dan saling menguatkan di atas jalan menuju Allah. Cinta
antara kita dengan sahabat kita di jalan Allah adalah dengan saling menjauhkan
diri dari kemungkaran.
Maka, apakah yang salah pada cinta sebegini berbanding
cinta lelaki wanita yang belum mempunyai hubungan pernikahan yang sah yang
sepatutnya dilihat lebih pelik dalam masyarakat kita?
Kalau anda punya sahabat atau sahabiah yang soleh, yang
mencintai anda di jalan Allah pada hari ini, janganlah lepaskannya. Lafazkanlah
cinta padanya hari ini dan hargailah dia sebelum anda tidak sempat nanti.
Lafazkanlah pada dia, "Uhibbuka fillah." - Aku
cintakan kamu kerana Allah.
--------------------
Catatan cinta di jalan juang.
Wednesday, 12 June 2013
~ Muhasabah ~
~SeANGKUH
dan SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,
~SeCANTIK
dan SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut
Tubuh Kita,
~SeKaya
dan SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap
ILAHI,
~SeGAGAH
dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung
Juga,
~SeRAMAI
dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita, Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1
Hari Nanti~
Friday, 7 June 2013
~ Saya Tak Nak Yang Bertudung ~
“ Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang
bertudung !”
“ Haa? Kenapa?”
“ Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup
aurat.”
Alhamdulillah.. Tersenyum hati mendengar
jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga
diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah,
pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup
aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah
perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang
terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang
berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung?
Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak
semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata
kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada.
Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya,
mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.
Wahai Nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan
diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[33:59]
Faktor inilah yang menyebabkan
lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri.
Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima
enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang ‘bertudung tapi
mendedahkan aurat’. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau
tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung
tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan
menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan
yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang
langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
“ Cerewet sungguh orang-orang mukmin!”
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana
satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus
separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang
berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin.
Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga
diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di
dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka
akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan
kepada kita semua ;
“Wanita dinikahi kerana empat perkara;
kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan
kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para
sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah
menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika
dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak
mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya
pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan
aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan
kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara
keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup
diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan
diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu
beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
“ Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia
ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara
sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna.”
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh
Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia
yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu
dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan
menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan
berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak
beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah
perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya
akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat
dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan
RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang
bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa
diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan
sikap pasangan kita kemudian hari.
~WASALAM~
~tunMUJA~
Monday, 3 June 2013
~ Saya NO to RASIS ~
Assalamualaikum... hari ni post tentang
somthing yg berlaku di sekeliling sy.. it about RASIS... and benda ni sentiasa berlaku ke mana saja sy pergi ...Kalau sy nk RASIS macam korang . YUPP.. sy boleh .. banyak point i can blame this people..
BUt i dont want coz i know in Islam xde ajar kita nak rasis-rasis macam that sekelompok people...
RASIS ni ade macam-macam..
Ade Rasis perkauman.. Rasis negeri and so
on..
Seriusly not really like this type of
people..
Come on lh saudara-saudaraku..Allah tak
pernah nak dahulukan bangsa dalam agama... in Islam we are in ONE UNITY .. and
we call it MUSLIM.. get it ?? .
Menyalahkan golongan-golongan tertentu di negara ini dengan dakwaan yang bersifat perkauman ini adalah bahaya.
Nabi s.a.w. sendiri datang menentang semangat kepuakan melampau ini.
1) Nabi menamakan kaum Muslimin yang berhijrah ke Madinah dengan nama Muhajirin dan kaum Muslimin yang menetap di Madinah sebagai Ansor. Tidak dipanggil dengan nama asal kaum mereka supaya izzah mereka dengan Islam mengatasi semangat kekabilahan yang lama bertapak di dalam diri mereka sejak zaman jahiliah lagi.
2) Bilal bukan daripada penduduk asal Makkah, tetapi telah diberikan keistimewaan di sisi Rasul s.a.w. Orang berkulit hitam, tidak sama seperti penduduk asal Makkah, tetapi Rasul s.a.w. sangat sayang kepadanya bahkan mengangkat kedudukannya di sisi baginda dengan menjadikannya sebagai muazzin pertama dalam Islam.
3) Salman Al-Farisi, juga bukanlah penduduk asal di Makkah apalagi Madinah, berasal dari Parsi, namun begitu disayangi Rasul s.a.w. sehingga diangkat kedudukannya sebagai salah seorang dari ahlul bait Rasul s.a.w. padahal beliau tidaklah mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Rasul s.a.w.
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan kabilah adalah supaya kamu SALING MENGENALI. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti." [Al-Hujurat : 13]
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” [HR Ahmad]
Say no to racisme !
Menyalahkan golongan-golongan tertentu di negara ini dengan dakwaan yang bersifat perkauman ini adalah bahaya.
Nabi s.a.w. sendiri datang menentang semangat kepuakan melampau ini.
1) Nabi menamakan kaum Muslimin yang berhijrah ke Madinah dengan nama Muhajirin dan kaum Muslimin yang menetap di Madinah sebagai Ansor. Tidak dipanggil dengan nama asal kaum mereka supaya izzah mereka dengan Islam mengatasi semangat kekabilahan yang lama bertapak di dalam diri mereka sejak zaman jahiliah lagi.
2) Bilal bukan daripada penduduk asal Makkah, tetapi telah diberikan keistimewaan di sisi Rasul s.a.w. Orang berkulit hitam, tidak sama seperti penduduk asal Makkah, tetapi Rasul s.a.w. sangat sayang kepadanya bahkan mengangkat kedudukannya di sisi baginda dengan menjadikannya sebagai muazzin pertama dalam Islam.
3) Salman Al-Farisi, juga bukanlah penduduk asal di Makkah apalagi Madinah, berasal dari Parsi, namun begitu disayangi Rasul s.a.w. sehingga diangkat kedudukannya sebagai salah seorang dari ahlul bait Rasul s.a.w. padahal beliau tidaklah mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Rasul s.a.w.
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan kabilah adalah supaya kamu SALING MENGENALI. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti." [Al-Hujurat : 13]
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” [HR Ahmad]
Say no to racisme !
Subscribe to:
Posts (Atom)