Tuesday, 28 May 2013

~ Pasca PRU 13 Part 1 ~

Salam sahabat sekalian ..
Alhamdulilah ... PRU 13 telah pun berlalu ... rasanya belum terlambat kot saya nak mengulas tentang PRU 13...pasti YB-YB yang menang boleh menarik nafas lega terutama bagi yang menang ,.. Bagi yang kalah .. try lagi dalam PRU 14 . Insya Allah .. hehe ..
Acually to be honest .. Banyak keputusan - keputusan dalam PRU 13 hari tu tersasar dari analisis saya dengan team saya dari seluruh pelusuk Malaysia ... Ada yang mengejutkan sangat .. ada yang terkejut sikit .. ada yang memang sudah dijangka .. hehe ... 
            Kita mula dari Perlis ... Perlis sebenarnya nampak je aman dari segi zahir namun ada sedikit bergolak sebab masih ada perpecahan dalam kalangan ahli-ahli UMNO .. sebenarnya analisis awal kami menunjukkan dari segi kerusi Parlimen ... Arau kami jangka akan terlepas ke tangan PAS melalui Dato Haron Din but tersasar apabila dimenangi oleh mantan Menteri Besar Perlis dengan majoriti lebih 1000 undi ...  namun untuk kerusi Kangar dan Padang Besar seperti dijangka memang dalam gengaman BN.. dari segi kerusi DUN pula .... analisis awal kami menunjukkan bagi DUN Sanglang .. jangkaan Ust Fathul Bari akan menang dengan majoriti tipis namun bila menjelang hari pengundian jangkaan meleset bila Ust Fathul Bari tewas tipis kepada calon PAS iaitu Mohd Shukri dengan majoriti 121 undi ..Jumlah DUN Perlis berjumlah 15 kerusi ... jangkaan awal ... kemungkinan BN tidak akan mendapat majoriti 2/3 namun menjelang hari pengundian dan kami tidak terkejut andai Perlis jatuh ke tangan PR ketika itu namun BN  berjaya mendapat 13 kerusi DUN dan menyapu bersih 3 kerusi parlimen ..... faktor penyebab kejayaan BN bagi negeri Perlis mungkin disebabkan kejituan kempen yang ditunjukkan oleh Dato Seri Shahidan Kasim dan kini diketuai oleh Menteri Besar baharu iaitu YAB Tuan Azlan Man .
           Masih di utara ... kita menjelajah ke Kedah seperti yang dijangka ramai penganalisis politik Kedah yang ditunjangi oleh Ust Azizan Razak yang sehingga kini masih di Hospital tapi alhamdulilah beransur pulih dan tidak bergantung pada mesin penafasan lagi .. mungkin inilah hikmah kenapa Allah mentakdirkan PAS kalah di Kedah agak tidak berlaku perpecahan dalam kalangan PR Kedah merebut jawatan Menteri Besar dan seterusnya tertulis sebagai takdir BN menang di Kedah dengan 21 kerusi daripada 36 DUN ... dan seterusnya mengangkat Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah yang baru .. mengikut analisis awal ... ada beberapa kerusi yang kami tak jangka akan dirampas oleh BN antaranya Parlimen Pendang dan Parlimen Kulim-Bandar Baharu ..yang kedua-duanya ditandingi oleh dua nama besar dalam PR iaitu Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu dan Setiausaha Agung Saifudin Nasution .. apatah lagi dengan kemenangan 2000 lebih undi dan 1000 lebih undi .. namun sebagai muslim kita menerima sebagai qada dan qadar Allah ......  Selain itu bagi kerusi Sik , Baling dan Merbok yang berjaya kembali ke gengaman BN juga antara kerusi 50-50 sebelum hari pengundian .. dan sudah pasti Datuk Mukhriz menang bergaya di kubu kuat PAS dengan majoriti 2000 lebih undi ..... semoga Kedah terus maju dan sudah pasti Tun Dr Mahathir akan menyumbang sikit idea kepada anak beliau untuk memastikan Kedah terus membangun dan ke arah negeri maju kelak ..
        Seterusnya kita ke Pulau Pinang .. antara negeri terkaya di Malaysia after Selangor .. nampaknya BN masih lagi gagal mengekang kemaraan DAP di Pulau Pinang dan saya secara peribadi merasakan even dalam PRU 14 dan PRU 15 Pulau Pinang .. dan saya rasa bukan sahaja kami malah penganalisis politik profesional pun meramalkan Pulau Pinang pasti tetap dalam gengaman PR ketika itu dan apabila keputusan diketahui .. dan BN hanya menang di kerusi majoriti Melayu sahaja iaitu Kepala Batas, Balik Pulau , Tasek Gelugor sahaja dan begitu juga dengan kerusi DUN .... majoriti yang diperoleh oleh DAP juga berpuluh - puluh ribu dan meningkat berganda-ganda dalam PRU13 berbanding PRU12 .. saya rasa tak perlu saya mengulas panjang tentang P.Pinang ... 
      Alhamdulilah .. edisi pertama pasca PRU 13 usai sudah ....  seterusnya saya akan mengulas negeri pantai timur pulak .. yang agak menarik untuk diulas .. hehe .. iaitu Kelantan , Terengganu dan Pahang ... 

Assalamualaikum ..^__^

No comments:

Post a Comment