Wednesday, 1 May 2013

~ Debar PRU 13 Part 12 ( Kerusi Panas)~


Salam warga maya ....
Alhamdulilah ..Liga PRU 13 kini memasuki pusingan terakhir yakni tinggal 4 hari lagi menjelang pengundian ..
PRU 13 saya kira akan menjadi pertandingan yg paling hebat dalam sejarah Malaysia antara parti politik dalam Malaysia . Pada masa yang sama , PRU 13 juga merupakan "HIDUP MATI " bagi beberapa orang tokoh politik tanah air serta memastikan kesinambungan beberapa buah parti politik amnya . 

Menjadi tumpuan dalam PRU 13 kali ini ialah banyaknya kerusi- kerusi panas yang meyaksikan pertandingan antara HEAVY WEIGHT dengan bakal-bakal GIANT KILLER or SILENT KILENT ...

Kali ini saya ingin mengajak sahabat sekalian menjenguk ke beberapa kerusi panas namun tidak semua ..
saya membawa kalian menjenguk  GELANG PATAH , PASIR MAS , LEMBAH PANTAI dan MIRI .
Kerusi-kerusi ini menjadi perhatian kerana adanya calon baru dan calon lama yang bertanding sesama mereka .

Pertama sekali saya ingin mengajak sahabat sekalian ke Johor ..
Kita singgah sebentar di Gelang Patah ..
Pertandingan sengit antara Penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang dan Mantan Menteri Besar Johor iaitu Datuk Ghani Othman .....
Kerusi ini adalah kubu kuat Barisan Nasional di mana dalam PRU 12 BN mennag bergaya dengan majoriti lebih 9000 undi melalui calon MCA . Namun senario ini mungkin berubah kerana Lim Kit Siang yang dibawa masuk ke sini dan majoriti pengundi di sini adalah Cina dan sentimen pengundi Cina belum lagi berubah meskipun Tsunami 2008 sudah berlalu meski Datuk Ghani yang diletak di sini dan kempen BN kelihatan lebih mengingatkan  penduduk di situ akan jasa Datuk Ghani selama beliau menjadi Menteri Besar di Johor  .
Menurut perkiraan , Lim mungkin akan meraih 90% undi Cina sebagaimana yang diidamkan oleh beliau sendiri dan jika ini berlaku ia tidak dapat diimbangi oleh undi Melayu dan India sekaligus membolehkan DAP memecah tembok penguasaan BN selama ini .Walau bagaimanapun , kempen saat akhir memainkan peranan dan tidak mustahil juga Datuk Ghani mampu mengekalkan penguasaan BN di kerusi ini yang turut menarik perhatian apabila baru-baru ini apabila Dato Sri Najib mengumumkan kerusi Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA dalam PRU14 kelak .Tuntasnya , DAP mendahului dalam persaingan di sini dan  keputusan rasmi kita tunggu pada 5 Mei 2013 nanti .

            Seterusnya , kita ke pantai timur pula... tidak lain tidak bukan kita ke Kelantan .kita pergi ke Pasir Mas . Kerusi yang agak panas di Kelantan ialah Pasir Mas .Kejutan berlaku apabila calon BN tiba-tiba menarik diri pada hari penamaan calon menjadikan kerusi ini satu-satunya kerusi yang tidak ditandingi oleh BN dalam PRU13 kali ini . Sekaligus memberi laluan kepada pertandingan antara Nik Abduh dari PAS dan Tok Him calon BEBAS . Kerusi ini tradisinya kubu PAS dan Tok Him menang pada PRU12 pun sebab PAS memberi laluan kepada beliau . Perkiraan saya senang , Nik Abduh merupakan anak kpd Nik Aziz secara tidak langsung aura ayah serba sedikit terpalit pada Nik Abduh dan beliau merupakan calon yang agak populis di peringkat nasional dan sudah pasti popular di kalangan rakyat Pasir Mas sendiri . Mengikut model simulasi model perkiraan yang dibuat  kerusi Pasir Mas memihak kepada PAS .. pertandingan sengit berlaku di sini di antara dua calon ini namun .. situasi tetap lebih memihak kepada calon PAS dan peluang PAS menang di sini amat baik sekali yakni dalam 75% .

         Kita kembali ke Kuala Lumpur dan singgah di Lembah Pantai ...
kerusi campuran di kawasan bandar dan kerusi ini menyaksikan pertandingan antara heavy weight antara dua parti iaitu Nurul Izzah Anwar dan Raja Nong Chik ..Peluang Nurul Izzah sudah pasti luas kerana beliau adalah penyandang dan kedudukan beliau sebagai anak Dato Seri Anwar dan kedudukan beliau sebagai Naib Presiden PKR .. namun kita jangan lupa Raja Nong Chik adalah Ketua UMNO bahagian dan Menteri Wilayah Persekutuan yang saya kira beliau kerap turun padang ke segenap Kuala Lumpur dan fokus beliau di Lembah Pantai memang amat menyeluruh sekali dan tak mustahil beliau mampu mencipta kejutan di Lembah Pantai andai beliau berterusan kempen dari rumah ke rumah. Percaturan BN meletakkan beliau di Lembah Pantai amat bijak sekali dan setidak-tidaknya ia mampu mengugat aura "Puteri Reformasi " di kerusi ini simulasi model menunjukkan kedua-dua pihak mempunyai peluang sama rata untuk memenangi kerusi ini dan kita tunggu 5 Mei 2013 bagi mengetahui jawapannya .

         Mari kita singgah di Miri , Sarawak ... kerusi ini adalah milik BN sebelum ini yang disandang oleh Presiden SUPP iaitu salah satu Presiden parti komponen dalam BN yang tidak bertanding dalam PRU 13 kali ini .Beliau memberi laluan kepada seorang calon muda yang merupakan setiausaha politik beliau sendiri dan bakal ditentang oleh calon PKR namun harus diingat kawasan parlimen ini majoriti adalah orang Cina dan sentimen orang Cina di Sarawak masih memihak kepada PR. Kerusi ini berdasarkan model simulasi akan terlepas dari BN dan mungkin akan diambil oleh PKR kerana undi Bumiputra sekali lagi tidak dapat mengimbangi undi Cina pada 5 Mei kelak ... 

         Walau bagaimanapun , analisis yang saya buat ini bukanlah 100% tepat dan menggunakan model regression analysis dan terpulang kepada pembaca untuk menilai dan pengundi untuk menentukan pada 5 Mei kelak .. 

     Dan sekali lagi saya tegaskan saya bukanlah ahli pada mana-mana parti politik dan saya tidak rela menjadi bahan politik selagi saya belum bersedia sepenuhnya menjadi orang politik kerana bila berpolitik biarlah menjadi orang politik yang berprinsip yakni tidak dipergunakan dan mempergunakan orang lain .
Wallahualam ...



No comments:

Post a Comment