Sunday, 14 April 2013

~ Debar PRU13 PART 11 (SENARIO POLITIK LAGI-LAGI ?) ~

SALAM sahabat sekalian ..
Dalam demam PRU 13 yang kian mendidih ini .. pasti semua duk fikir siapa yang akan kita pangkah dalam PRU 13 lebih-lebih lagi pegundi "First Timmer" yang pastinya excited untuk mengundi apatah lagi dalam keadaan politik negara melaungkan "Reformasi" dan "Transformasi" .... Dua perkataan keramat bagi PR dan BN .... dan dua perkataan ini juga yang bakal mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia kelak ...

Saya agak kurang gemar dengan gaya politik di Malaysia yang melebihkan politik kepartian dan politik berketuanan yakni melebih-lebihkan parti yang mereka sokong dan ketua yang merek sokong ..
YA .. ia tidak salah cuma budaya sebegini mewujudkan fenomena OBSESI yang tidak baik ...
kita boleh lihat apabila ketua mereka dikritik maka berduyun-duyunlah mereka berhimpun mempertahankan ketua mereka .. meski ia memang SALAH ... kita sebagai manusia yang bertauhidkan Allah sebagai Rabb kita mesti yakin bahawa takkan ada manusia yang maksum melainkan Nabi ...
Jadi , secara peribadi saya menolak politik kepartian dan obesisi terhadap ketua .....

Pada masa yang sama pentas politik Malaysia juga saya lihat kerap kali label-melabel ...
Tak kisah pembangkang or kerajaan sekalipun ..
politik melabel adalah politik kurang matang bagi saya walhal .. kita sudah 56 tahun merdeka ..
jika ia tempoh hayat seorang manusia .. 56 tahun hampir kepada tahap "TUA" kerana ia lebih separuh abad dah .. jadi seharusnya parti-parti politik haruslah matang dalam politik ...

Di Malaysia juga saya lihat banyak sangat parti politik picisan ..
hanya mengaum tatkala pilihanraya menjelma sahaja ...
buka menidakkan hak mereka dalam berparti ...
tapi lihat kembali motif perjuangan mereka .. kebanyakkan parti-parti tersebut ditubuhkan selepas mereka dipecat dari parti .. dan ia sekadar menegakkan benang yang basah sahaja ....

pada masa yang sama juga elakkan menjadi anjing yang mengigit tuannya ..
kenapa saya berkata begitu ???
YUPP.. memang hak kita untuk memilih dan menyokong siapa yang kita inginkan ..
Saya bagi anda satu analogi ...
SETIAP HARI BANGUN PAGI . IBU KITA MEMBERI KITA MAKAN ..
AYAH KITA MEMBERI SEKEPING WANG ...
MEMBELI RUMAH UNTUK KITA ..
TAPI KITA ???
BILA DI TEMPAT LAIN MENGATAKAN MASAKAN IBU TIDAK SEDAP ..
AYAH KITA KEDEKUT KERANA DUIT YANG DIBERI SEDIKIT ...
KITA MENGADU RUMAH KITA USANG SEHINGGA KITA SANGGUP MENGHINA IBU AYAH KITA .... 
TAK DERHAKA KE MACAM TU ???
Kalau saya .. saya akan menjadi seorang yang berprinsip ..
SAYA TAKKAN BERKHIDMAT DENGAN INDIVIDU YANG SAYA BANGKANG DAN TENTANG....
KERANA IA SEPERTI BERKEBUN TAPI KITA SENDIRI MEMBAKAR KEUB TERSEBUT..
AT LAST , HASILNYA SAYA TAK DAPAT ..
SAYA TAK NAK MACAM TU ...

Politik Malaysia juga makin kotor bila video lucah disebar berleluasa untuk mengaibkan individu-individu tertentu .. dan ia amat jijik dan tidak matang sekalipun ...
Kalau pun ia BENAR .. SIMPAN ia sekadar di MULUT ..
TUTUPLAH AIB mereka kerana mereka tetap saudara kita juga .. kerana kita seakidah ..

Demam PRU 13 kian memuncak ...
saya harap fitnah dapat dikurangkan..
supaya BERSIH bukan sahaja dapat menjadi pendinding TRANSFORMASI ..
Bahkan HARAPAN RAKYAT dapat menjadi aspirasi SATU MALAYSIA ..
Wasalam..

# Selesakah anda membaca post ini dalam susunan ayat yang tidak tersusun dan kemas ??
# Pasti tak kan ??
# Begitulah ibaratnya situasi politik di Malaysia sekarang ..
# KELAM KABUT ...

No comments:

Post a Comment