Monday, 8 April 2013

~ DEBAR PRU13 PART 10 ~

Akhirnya Dewan Rakyat telah dibubarkan dengan rasmi pada 3 April 2013 yang lalu ..
Satu pengumuman keramat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia semenjak Dato Sri Najib mengambil alih pentadbiran negara 4 tahun yang lalu dan pada hari yang sama Dato Sri Najib menyambut ulang tahun keempat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia Keenam ...
    


      Mungkin di situlah sinifikannya Dato Sri Najib agak lewat mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat sehingga membiarkan DUN Negeri Sembilan  terbubar sendirinya .Setakat ini semua DUN di seluruh Malaysia telah dibubarkan secara rasmi seteleh mendapat perkenan Sultan dan Yang dipertua Negeri masing-masing .... sekarang terserahlah pada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentapkan hari penamaan calon dan hari pilihan raya ... PRU13 pasti akan mencatat sejarah yang tersendiri kerana buat pertama kali BN bakal berdepan dengan pakatan pembangkang yang paling tersusun sekali dalam sejarah negara dan kemungkinan wujudnya kuasa ketiga juga mungkin berlaku andai tiada parti  yang mendapat majoriti mudah di Parlimen . Selain itu , dalam PRU 13 juga dakwat kekal bakal digunakan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia .

        Setakat ini , hanya Pakatan Rakyat sahaja yang telah mengumumkan sebahagian dari calon-calonnya dan terdapat sedikit kontroversi berlaku bila terdapat pertindihan kerusi berlaku antara komponen Pakatan Rakyat . Namun ia dapat diselesaikan sebelum PRU 13 dijalankan , Barisan Nasional pula telah mengumumkan manifesto Barisan Nasional pusat  , di mana Dato Sri Najib ketika mebuat pengumuman di Stadium Putra Bukit Jalil persis Barack Obama pendekatan beliau . Dalam tawaran "AkuJanji " Barisan Nasional itu terdapat tawaran yang pada pandangan banyak pihak merupakan manidesto terbaik Barisan Nasional setakat ini dan mungkin terdapat sedikit persamaan dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat tetapi ia bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam politik bila sesuatu kebetulan itu berlaku dan dalam mencapai tahap kematangan politik tidak wajar ia dipolitikkan dan dipolimikkan .. kalau ia berjaya dielakkan maka Malaysia telah masuk ke alam politik matang tetapi jika sebaliknya tepuk dada tanya selera .

      Setakat ini , calon bagi BN belum lagi diumumkan namun kemungkinan besar dari ia akan diumumkan dalam seminggu dua ni ... dan kemungkinan besar kejutan akan berlaku berdasarkan formula 60:40 calon lama dan calon baru dalam PRU 13 kali ini . dan ia wajar andai "Transformasi" yang dilaungkan oleh Dato Sri Najib dan begitu juga dengan calon-calon dari Pakatan Rakyat seiring dengan laungan "Reformasi" yang dilaungkan oleh Dato Seri ANwar .

      TintaMuja dan letih untuk bertinta untuk entry kali ini ... 
      TintaMuja akan bertinta lagi dalam suasana yang sama iaitu berkaitan dengan PRU 13 yang gegarannya    sudah semakin dirasai saya pasti bukan saja saya bahkan seluruh rakyat Malaysia .


     " SAYA BUKAN ORANG POLITIK TAPI SAYA SEORANG PEMERHATI POLITIK DARI PERSPEKTIF RAKYAT MALAYSIA YANG MENJULANG HARAPAN BERGELUMANG DALAM TRANSFORMASI DIULIT REFORMASI "
WASALAM ..




No comments:

Post a Comment