Salam warga maya ... esok perhimpunan agung UMNO akan mula but saya bukan nak menulis tentang tu sebab saya bukan ahli UMNO .. sekali lagi saya tegaskan saya hanyalah pemerhati politik seperti rakyat biasa yang lain .. baru-baru ni telah berlansung Muktamar PAS di Kota Bahru , Kelantan .. Apa yang menarik ketika muktamar berlansung ... Laungan " Hadi sebagai PERDANA MENTERI " amat menarik perhatian saya andai ditakdirkan Pakatan Rakyat berlansung namun bukan hal itu yang akan saya ulas kali ini . Saya akan mengulas tentang itu pada entry akan datang .. kali ni saya ingin menyambung ulasan saya tentang siapa bakal menang dan bakal kalah di 14 negeri di Malaysia tapi INGAT saya bukan tukang tilik .. SYIRIK menilik .. hehe .. sebab semu yang bakal berlaku adalah dengan izin Allah .. jadi sebagai seorang Muslim walau siapapun kita baik BN mahupun PR kena redha walau siapa menang nanti kerana ia adalah kuasa Allah yang mentakdirkan segalanya .. Wallahualam ...
Terlebih dahulu kita pergi ke Sabah .. Sabah negeri di bawah bayu .... sesejuk-sejuk Kundasang belum tentu gelora politiknya tidak panas .. hehe .. lebih-lebih lagi dengan berita keluarnya Dato Seri Lajim Ukin iaitu MP Beaufort dan Datuk Seri Wilfred Bumburing iaitu wakil BN di Tuaran ..kedua-dua tempat ni pernah saya lawati ... Beaufort sangat indah dengan suasana kampungnya manakala Tuaran yang terletak di Kota Kinabalu sangat pesat dengan kilang-kilangnya ... saya kira negeri Sabah yang selama ini yang dikatakan simpanan tetap BN berada dalam kedudukan agak bahaya kerana terlampau banyak isu yang melanda .. mana dengan pendatang asing yang melambak sana sini , dengan isu pemberian IC pada pendatang asing lagi ... dan pemerintahan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan mula merundum memontemnya meskipun dari mata kasar Sabah memang semakin membangun di era beliau . Namun hakikat banyak khabar-khabar angin yang didengar agak kurang enak untuk didengar .. namun perlu diingat ramai tokoh yang ada dalam kabinet sekarang banyak dari Sabah sudah pasti Datuk Seri Shafie Afdal yang ada isu nya tersendiri .. Datuk Rosnah yang saya kira agak populis sedikit sebab selalu turun ke Papar .... dan saya amat berharap beliau dapat diangkat sebagai menteri penuh selepas PRU13 sendiri andai BN masih memerintah kerana komitmen beliau yang tinggi dan antara ahli parlimen muda yang mungkin boleh berdiri sama tinggi dengan YB Nurul Izzah Anwar .. tapi harap YB Rosnah tak mengabaikan pergerakan Puteri yang sedikit lesu berbanding era Datuk Seri Azalina dan Datuk Noraini dulu ... secara total saya kira dari segi kerusi Parlimen inshaAllah Sabah akan menyumbang kepada kemenangan BN pada PRU13 nanti tapi dari segi DUN saya kira peluang di pihak BN 65% namun segala kemungkinan boleh berlaku andai kempen secara agresif dilakukan PR lebih-lebih lagi PAS yang mula diterima baik di Sabah sekarang dan saya tidak terkejut andai ada wakil BN yang mempunyai nama yang agak besar boleh tumbang jua di PRU13 andai sesuatu tidak dilakukan .. tidak perlu saya sebutkan nama tokoh-tokoh tersebut ..
Seterusnya jom kita terbang bersama Burung Kenyalang ke Sarawak Bumi Kenyalang ... Kalau sudah Sarawak siapa tidak kenal dengan Bujang Senang nya... hehe .. kan ? Sarawak baru lepas mengadakan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri pada tahun lepas iaitu 2011 di mana menyaksikan penguasaan BN meski menyaksikan sedikit penguasan di DUN walau diasak dengan pelbagai spekulasi ..Tapi BN Sarawak yang diketuai Tan Seri Taib Mahmud sejak 1981 lagi dan beliau telah berjanji akan berundur 2 tahun dari 2011 .. sekarang 2012 ....ermm... saya no komen .... namun secara total saya menjangkakan BN negei boleh kehilangan kerusi majoriti Cina seperti Miri , Bintulu dan sudah pasti Kuching akan terlepas lagi andai sesuatu tidak dilakukan oelh kompenan iaitu SUPP yang kini berpecah dua antara Presiden iaitu Datuk Seri Chin dan calon Presiden pada pemilhan lepas iaitu Datuk Seri Wong yang masih berkrisis sehingga kini ... namun di kerusi majoriti Bumiputera saya kira masih teguh belakang BN namun untuk undi popular mungkin akan berkurang .... sebab banyak isu seperti isu Tanah NCR yang tak sudah sudah sampai sekarang dan isu penduduk Sarawak yang inginkan seorang Ketua Menteri baru yang sudah pasti akan mempengaruhi pola undian andai PRU13 diadakan kelak.. samapai sini je lah ulasan saya kali ni .. sekali lagi saya tegaskan saya bukan orang POLITIK tapi saya seorang rakyat biasa yang tidak dapat LARI dari terkena bau politik .. mean that saya hanya pemerhati je lah ...hehe ...
No comments:
Post a Comment