Debar PRU13 Part 3 (Hadi VS Najib )
Salam.. post sy kali ni menyentuh kembali tentang politik .. tak suka takpe.. yang penting sy sendiri suke ..hahhaha... Tiba-tiba ombak politik tanah air bertambah ganas bila dikejutkan dengan pengumuman Presiden PAS iaitu YB Dato Seri Hadi Awang ingin bertanding di Parlimen Pekan pada PRU yang akan datang ... paling lewat akan diadakan 6 bulan dari sekarang kerana mandat Parlimen akan habis pada April 2013 ... jadi nak tak nak pada waktu itu YAB Dato Seri Najib kena mengadap Yang dipertuan Agong untuk mohon perkenan bubarkan parlimen juga ... kenapa saya cakap ombak politik tanahair bertambah ganas dengan pengumuman Dato Seti Hadi Awang ?? Kerana Pekan adalah kampung halaman 2 orang Perdana Menteri Malaysia termasuk PM yang keenam sekarang iaitu Najib Razak ... kawasan parlimen tersebut hanya pernah diwakili oleh keluarga Razak sahaja iaitu Allayarham Tun Abdul Razak dan sekarang disandang oleh anakandanya iaitu Dato Seri Najib .... dan belum pernah lagi dalam sejarah Pekan jatuh ke tangan pembangkang cuma PRU 10 sedikit mencelakan prestasi Najib waktu itu apabila majoriti yang diperoleh sangat tipis iaitu kurang dari 300 undi sahaja ...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWiqZezQ52P7ApI5Vz6SdnpQopUXwkGdGIaiCeKIcSz3i_8zyN7AliqdDMZBldNhkw66v_U5p4vtFqrhAkkrvUiOkQm2jbDNSoGVpWDGQuFXbN5DsOQCepn0HD9LXjwM-THODfr3wU73QC/s1600/abd_hadi%25252Bawang.jpg)
Siapa Hadi Awang di PEKAN ?? Sebenarnya di persada politik tanah air siapa tidak kenal Dato Seri Hadi Awang .. salah seorang pemimpin pembangkang yang amat disegani malah pernah menjadi ketua pembangkang sebelum ini dan merupakan mantan menteri besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 ... gah di seluruh negara bukan bermakna gah di sebuah pekan kecil bernama PEKAN ... PEKAN ialah kampung kelahiran Najib dan di situ merupakan kubu kuat BN sejak dari PRU yang pertama lagi berdasarkan rekod tanpa kalah BN di kawasan tersebut namun apa-apa pun semua yang berlaku selepas ini terletak pad akuasa Allah .. kalau Allah menhendaki BN menang maka menanglah BN di Pekan pada PRU13 begitu juga kalau Allah mentakdirkan BN kalah di tangan PAS waima bukan di tangan Hadi Awang sekalipun maka kalahlah BN dan sudah pasti tamatlah riwayat politik Najib seandainya PR menang di Pekan kelak .. namun ia bukan usaha mudah bagi pihak pembangkang untuk menawan Pekan kerana Pekan sudah sinonim dengan Najib ... rakyat Pekan sayang dengan Najib walau dikaitkan dengan pelbagai isu dan ia lebih kepada undi kepada Tun Abdul Razak sendiri .. kerana rakyat Pekan masih terkenang dengan jasa Tun Abdul Razak sendiri dan saya kira peluang pembangkang untuk menawan Pekan agak tipis buat masa sekarang walaupun mereka menurunkan Hadi Awang menentang Najib kelak ... peluang itu hanya sekitar 20% melainkan kalau ada pecutan momentum di saat akhir sebelum hari pengundian .... malahan belum pernah lagi dalam sejarah tanah air seorang Perdana Menteri berkhidmat kalah dalam PRU .Kalau PAS menurunkan Hadi Awang juga ia adalah percaturan berani mati PAS kerana menurunkan Presiden untuk bertanding di lubuk UMNO sendiri .. dan andai ditakdirkan Hadi Awang kalah maka tamatlah riwat politik beliau tapi andai beliau menang maka beliau mungkin jaguh Pakatan Rakyat kerana menewaskan seorang PM berkhidmat walaupun BN menang tanpa Najib kelak dan ia tidak mustahil berlaku juga andai ada sabotaj di pihak musuh dalam selimut yang ingin menjatuhkan Najib sendiri .. Politik memang penuh dengan persepsi .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE8j_MFPQpUL-m2eBC8EYUvPSJdsrOIp2V-zJ2m395kPpiToTW3FpHVVg-i-LGpWiwDlfpRCkI663mDXuyNqHxK4RrczlICc5x39vDfWYbl-ouIS_aWqNKyV906RWKI1cFCCNXyhoPpQnw/s320/Najib-Razak-rl.jpg)
Siapa pulak Najib di Pekan ?? Sudah pasti beliaulah anak Pekan yang sangat disayangi oleh rakyat Pekan bahkan Sultan Pahang sendiri amat menyenangi Najib sehinggakan beliau dianugerahkan gelaran Bangsawan Pahang .. saya lupa nama khusus bagi gelaran bangsawan tersebut ... Najib tidak asing lagi di Pekan .. beliau mula menjadi ahli parlimen Pekan selepas kematian ayahanda beliau pad atahun 1976 di mana pada waktu itu beliau hanya berusia 23 tahun dan beliaulah ahli parlimen termuda dalam sejarah , Menteri Besar termuda dalam sejarah dan Timbalan Menteri termuda sekali dalam sejarah tanah air .. dan rekod beliau agak baik dalam setiap kementerian yang diterajui oleh beliau .. walaupun dicanang dengan pelbagai tuduhan namun beliau tetap memecut sehingga ke garisan "Perdana Menteri " . dan saya kira agak mustahil beliau kalah di tempat sendiri ... walaupun kemungkinan kalah itu tetap ada berdasarkan catatan PRU10 yang lalu . Pada waktu itu beliau hanya menang kurang dari 300 undi majoriti dan ia hampir-hampir memadamkan karier politik beliau dan pada waktu itu juga berlaku gelombang Reformasi dari penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim dan ia merupakans alah satu faktor kenapa beliau hampir tewas di Pekan .. begitu juga sekarang dalam keadaan kemaraan Pakatan Rakyat tidak mustahil juga sejarah berulang dan mungkin sejarah baru tercipta andai Hadi Awang berjaya menewaskan beliau dan saya kira kalau calon lain dari PAS mungkin mustahil untuk menang selain Hadi Awang andai benar beliau bertanding di situ .
Jadi sama-samalah kita tunggu debar PRU13 ini dengan penuh debaran .. adakah benar Hadi Awang akan bertanding di Pekan menentang Najib atau ia hanya gimik politik semata ? sekali lagi saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai membuat ada pihak yang terguris dengan tulisan saya ini .. saya menulis bukan kerana saya orang politik.. bukan bermakna saya menyokong mana-mana pihak tapi saya menulis hanyalah dari lensa saya sebagai rakyat biasa yang mengikuti perkembangan politik tanah air.. wasalam ...
No comments:
Post a Comment