Thursday, 29 November 2012

UKHUWAH FILLAH, MAHABBAH LILLAH


"sahabat, teman, kawan...ape bezanya eh?" seorang kenalan aku bertanya....

Disebabkan soalan itulah maka aku menulis post ni. Mungkin ketiga-tiga perkataan tu membawa maksud sama menurut kamus dewan (tak tau lah sebab aku tak belek kamus pon) tapi bagi aku SAHABAT, TEMAN dan KAWAN membawa maksud yang berbeza.
KAWAN itu ibarat pasir-pasir di tepian pantai...
Bagi aku, kawan bermaksud kenalan umum. Dalam ayat yang lebih mudah kawan ni adalah sesiapa yang kita jumpe dan tegur die walau kat mane pun sama ada di alam realiti atau alam maya. Kawan ni sangat mudah dicari semudah menekan butang 'Add Friend' jika di pesbuk dan butang "Follow' jika di twitter. Tapi kena berhati-hati sebab kawan ni ada bermacam jenis. Ada yang jenis kawan mengata kawan dan ada juga kawan yang suka mengampu untuk kepentigan diri dan macam-macam lagi lah. Senang cite 'kawan' paling mudah nak dapat.
Sebaik-baik TEMAN adalah yang mampu memimpin temannya ke arah kebaikan..
Teman ni lak bagi aku macam seorang kawan jugak tapi lebih rapat dengan kita. Dalam bahasa mudahnye kawan yang sekepala. Seorang yang mudah berdampingan dengan kita kerana dia telah betul-betul faham dengan sikap kita contohnya tahu apa yang kita suka dan apa yang kita benci. Ada yang memimpin kita ke arah kebaikan dan ada jugak jenis yang mempengaruhi kita untuk terjebak ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Namun tak semua teman yang sanggup susah dan senang bersama. Dan teman ni jugak tak semestinya di alam realiti sahaja.
SAHABAT itu adalah TEMAN dan dia jugalah KAWAN...
Nilai seribu orang kawan takkan sama dengan nilai seorang sahabat. Sebab ape aku cakap camtuh? Bagi aku sahabatlah individu yang paling sukar untuk ditemui sebab tu teramatsangat bernilai. Sahabat merupakan seorang yang amat faham tentang diri kita dan sanggup berkongsi apa sahaja dengan kita sama ada ketika susah mahupun senang. Sahabat ni kebiasaannya individu yang kita memang dah kenal lama dan sekepala. Die lah guru, die lah motivator dan die lah segalanya dan mampu membimbing kita ke arah kebaikan. Di saat kita jatuh tersungkur die masih sudi berada di sisi dan memimpin kita untuk kembali berada di landasan yang betul. Itulah yang dinamakan sahabat :)
"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)"(HR Ahmad)
Jika anda mempunyai ketiga-tiganya maka beruntunglah anda. Cintailah mereka kerana Allah nescaya anda akan dapat merasai kemanisan iman. Wallahua'lam.

Wednesday, 28 November 2012

HADI AWANG bakal PM ?

Salam warga maya ... Ramai tanya pada saya , kenapa lately nie banyak post pasal politik .. kurang pulak pasal benda lain .. hehe .. saya jawab : why not ? sekarang semua dah demam PRU .. lagipun kita sebagai rakyat biasa ada hak untuk tau pasal perkembangan politik negara... Entry kali ni sya nak ulas tentang muktamar PAS yang lepas .... isu paling HOTTT ialah mengangkat Tok Guru Hadi Awang sebagai Perdana Menteri andai Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah ... inshaAllah ..
                Saya kira antara tokoh-tokoh ISLAM yang ada selain YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ... Hadi Awang antara layak untuk dikentengahkan sebagai Perdana Menteri Malaysia andai PRU13 nanti Pakatan Rakyat memerintah kelak ...
kerana apa ??
1) Beliau ISLAM ...
2)Beliau pernah jadi Menteri Besar Terengganu , jadi ketokohan beliau pernah teruji masa jadi MB Terengganu dulu ..
Jadi why not kan ? bukan menidakkan Datuk Seri Anwar tapi beliau memang sudah teruji ketokohan beliau dan saya kira beliau memang layak lah .. Insha Allah ...
Ada yang cakap ekonomi beliau kurang banding Datuk Seri Anwar ... Ya , mungkin ...
tapi kita nak pemimpin yang mcm mana ? kita nak pemimpin yg islamik sempurna kan jadi beliau mungkin boleh lantik penasihat ekonomi yang cerdik atau menteri kewangan yg cerdik dalam kabinet beliau nanti ..
sekali lagi nak tegaskan .. saya bukan orang politik , tapi saya menulis tentang politik ...

~ Doa ~

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu, Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.

Monday, 26 November 2012

Tinta untuk ANTUM yang bergelar SAHABAT..



Akhi, sebutir airmata yang jatuh kerana

keinsafan adalah 1000x lebih baik 

daripada sejuta mutiara dilautan. Sesaat

bersedih kerana redha Allah adalah lebih

 mulia dari seharian bersedih kerana cinta

 manusia. Sejernih wajah kerana wudhuk 

yang sempurna adalah lebih bercahaya

daripada kilauan segunung permata.

 Sesuci hati hanya kerana Ilahi itulah

 hakikat cinta abadi. Uhibbuki fillah ya

 AKhi, Semoga ikatan ini membawa pada

 satu perjuangan hakiki.

Debar PRU13 Part 4

Salam warga maya ... esok perhimpunan agung UMNO akan mula but saya bukan nak menulis tentang tu sebab saya bukan ahli UMNO .. sekali lagi saya tegaskan saya hanyalah pemerhati politik seperti rakyat biasa yang lain .. baru-baru ni telah berlansung Muktamar PAS di Kota Bahru , Kelantan .. Apa yang menarik ketika muktamar berlansung ... Laungan " Hadi sebagai PERDANA MENTERI "  amat menarik perhatian saya andai ditakdirkan Pakatan Rakyat berlansung namun bukan hal itu yang akan saya ulas kali ini . Saya akan mengulas tentang itu pada entry akan datang .. kali ni saya ingin menyambung ulasan saya tentang siapa bakal menang dan bakal kalah di 14 negeri di Malaysia tapi INGAT saya  bukan tukang tilik .. SYIRIK menilik .. hehe .. sebab semu yang bakal berlaku adalah dengan izin Allah .. jadi sebagai seorang Muslim walau siapapun kita baik BN mahupun PR kena redha walau siapa menang nanti kerana ia adalah kuasa Allah yang mentakdirkan segalanya .. Wallahualam ...
               Terlebih dahulu kita pergi ke Sabah .. Sabah negeri di bawah bayu .... sesejuk-sejuk Kundasang belum tentu gelora politiknya tidak panas .. hehe .. lebih-lebih lagi dengan berita keluarnya Dato Seri Lajim Ukin iaitu MP Beaufort dan Datuk Seri Wilfred Bumburing iaitu wakil BN di Tuaran ..kedua-dua tempat ni pernah saya lawati ... Beaufort sangat indah dengan suasana kampungnya manakala Tuaran yang terletak di Kota Kinabalu sangat pesat dengan kilang-kilangnya ... saya kira negeri Sabah yang selama ini yang dikatakan simpanan tetap BN berada dalam kedudukan agak bahaya kerana terlampau banyak isu yang melanda .. mana dengan pendatang asing yang melambak sana sini , dengan isu pemberian IC pada pendatang asing lagi ... dan pemerintahan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan mula merundum memontemnya meskipun dari mata kasar Sabah memang semakin membangun di era beliau . Namun hakikat banyak khabar-khabar angin yang didengar agak kurang enak untuk didengar .. namun perlu diingat ramai tokoh yang ada dalam kabinet sekarang banyak dari Sabah sudah pasti Datuk Seri Shafie Afdal yang ada isu nya tersendiri .. Datuk Rosnah yang saya kira agak populis sedikit sebab selalu turun ke Papar .... dan saya amat berharap beliau dapat diangkat sebagai menteri penuh selepas PRU13 sendiri andai BN masih memerintah kerana komitmen beliau yang tinggi dan antara ahli parlimen muda yang mungkin boleh berdiri sama tinggi dengan YB Nurul Izzah Anwar .. tapi harap YB Rosnah tak mengabaikan pergerakan Puteri yang sedikit lesu berbanding era Datuk Seri Azalina dan Datuk Noraini dulu ... secara total saya kira dari segi kerusi Parlimen inshaAllah Sabah akan menyumbang kepada kemenangan BN pada PRU13 nanti tapi dari segi DUN saya kira peluang di pihak BN 65% namun segala kemungkinan boleh berlaku andai kempen secara agresif dilakukan PR lebih-lebih lagi PAS yang mula diterima baik di Sabah sekarang dan saya tidak terkejut andai ada wakil BN yang mempunyai nama yang agak besar boleh tumbang jua di PRU13 andai sesuatu tidak dilakukan .. tidak perlu saya sebutkan nama tokoh-tokoh tersebut ..
           Seterusnya jom kita terbang bersama Burung Kenyalang ke Sarawak Bumi Kenyalang ... Kalau sudah Sarawak siapa tidak kenal dengan Bujang Senang nya... hehe .. kan ? Sarawak baru lepas mengadakan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri pada tahun lepas iaitu 2011 di mana menyaksikan penguasaan BN meski menyaksikan sedikit penguasan di DUN walau diasak dengan pelbagai spekulasi ..Tapi BN Sarawak yang diketuai Tan Seri Taib Mahmud sejak 1981 lagi dan beliau telah berjanji akan berundur 2 tahun dari 2011 .. sekarang 2012 ....ermm... saya no komen .... namun secara total saya menjangkakan BN negei boleh kehilangan kerusi majoriti Cina seperti Miri , Bintulu dan sudah pasti Kuching akan terlepas lagi andai sesuatu tidak dilakukan oelh kompenan iaitu SUPP yang kini berpecah dua antara Presiden iaitu Datuk Seri Chin dan  calon Presiden pada pemilhan lepas iaitu Datuk Seri Wong yang masih berkrisis sehingga kini ... namun di kerusi majoriti Bumiputera saya kira masih teguh belakang BN namun untuk undi popular mungkin akan berkurang .... sebab banyak isu seperti isu Tanah NCR yang tak sudah sudah sampai sekarang dan isu penduduk Sarawak yang inginkan seorang Ketua Menteri baru yang sudah pasti akan mempengaruhi pola undian andai PRU13 diadakan kelak.. samapai sini je lah ulasan saya kali ni .. sekali lagi saya tegaskan saya bukan orang POLITIK tapi saya seorang rakyat biasa yang tidak dapat LARI dari terkena bau politik .. mean that saya hanya pemerhati je lah ...hehe ...

Friday, 23 November 2012

YES !! Syukur dapat buka BLOG balik..

Alhamdulilah syukur saya dapat buka blog saya balik lepas 2 minggu tak dapat buka blog sebab now dah guna laptop baru and lupa pulak password blog nie... hehehhee ... so , kena buka guna laptop lama untuk detect email lama and password blog nie .. satu lagi benda paling malang terjadi bila broadband saya tercicir dalam flight .. huhu .. so sad , now kena terpaksa cari tempat yang ada wifi untuk online .. maybe nextweek baru beli broadband baru ... Akhirnya dapat bertinta kembali .. hehe ... Okeylah , salam warga maya .... Jaga diri , hiasi peribadi ...

Wednesday, 7 November 2012

Tuanku Hajah Haminah berhijab ...



Alhamdulilah .. tiada kata syukur yg cukup indah untuk saya lafazkan apabila Raja Permaisuri Agong kita iaitu Tuanku Hajah Haminah mengenakan tudung selepas kembali dari menunaikan fardhu haji minggu lepas .Ini dibuktikan apabila baginda meghadiri majlis santapan Majilis Raja-Raja semalam di mana baginda telah bertudung litup dan menjadikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong yang ketiga mengenakan hijab menyusul selepas YAM Permaisuri Siti Aishah dan DYMM Sultanah Nur Zahirah dan paling unik sekali mungkin ia nya kebetulan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ketiga-tiga Raja Permaisuri Agong yang berhijab itu dari kalangan rakyat biasa . Alhamdulilah , hidayah itu dari Allah dan terpulang dengan kita untuk mencarinya ... Wasalam ..

Sunday, 4 November 2012

Debar PRU13 Part 3 (Hadi VS Najib )

Salam.. post sy kali ni menyentuh kembali tentang politik .. tak suka takpe.. yang penting sy sendiri suke ..hahhaha... Tiba-tiba ombak politik tanah air bertambah ganas bila dikejutkan dengan pengumuman Presiden PAS iaitu YB Dato Seri Hadi Awang ingin bertanding di Parlimen Pekan pada PRU yang akan datang ... paling lewat akan diadakan 6 bulan dari sekarang kerana mandat Parlimen akan habis pada April 2013 ... jadi nak tak nak pada waktu itu YAB Dato Seri Najib kena mengadap Yang dipertuan Agong untuk mohon perkenan bubarkan parlimen juga ... kenapa saya cakap ombak politik tanahair bertambah ganas dengan pengumuman Dato Seti Hadi Awang ?? Kerana Pekan adalah kampung halaman 2 orang Perdana Menteri Malaysia termasuk PM yang keenam sekarang iaitu Najib Razak ... kawasan parlimen tersebut hanya pernah diwakili oleh keluarga Razak sahaja iaitu Allayarham Tun Abdul Razak dan sekarang disandang oleh anakandanya iaitu Dato Seri Najib .... dan belum pernah lagi dalam sejarah Pekan jatuh ke tangan pembangkang cuma PRU 10 sedikit mencelakan prestasi Najib waktu itu apabila majoriti yang diperoleh sangat tipis iaitu kurang dari 300 undi sahaja ...
                        Siapa Hadi Awang di PEKAN ?? Sebenarnya di persada politik tanah air siapa tidak kenal Dato Seri Hadi Awang .. salah seorang pemimpin pembangkang yang amat disegani malah pernah menjadi ketua pembangkang sebelum ini dan merupakan mantan menteri besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 ... gah di seluruh negara bukan bermakna gah di sebuah pekan kecil bernama PEKAN ... PEKAN ialah kampung kelahiran Najib dan di situ merupakan kubu kuat BN sejak dari PRU yang pertama lagi berdasarkan rekod tanpa kalah BN di kawasan tersebut namun apa-apa pun semua yang berlaku selepas ini terletak pad akuasa Allah .. kalau Allah menhendaki BN menang maka menanglah BN di Pekan pada PRU13 begitu juga kalau Allah mentakdirkan BN kalah di tangan PAS waima bukan di tangan Hadi Awang sekalipun maka kalahlah BN dan sudah pasti tamatlah riwayat politik Najib seandainya PR menang di Pekan kelak .. namun ia bukan usaha mudah bagi pihak pembangkang untuk menawan Pekan kerana Pekan sudah sinonim dengan Najib ... rakyat Pekan sayang dengan Najib walau dikaitkan dengan pelbagai isu dan ia lebih kepada undi kepada Tun Abdul Razak sendiri .. kerana rakyat Pekan masih terkenang dengan jasa Tun Abdul Razak sendiri dan saya kira peluang pembangkang untuk menawan Pekan agak tipis buat masa sekarang walaupun mereka menurunkan Hadi Awang menentang Najib kelak ... peluang itu hanya sekitar 20% melainkan kalau ada pecutan momentum di saat akhir sebelum hari pengundian .... malahan belum pernah lagi dalam sejarah tanah air seorang Perdana Menteri berkhidmat kalah dalam PRU .Kalau PAS menurunkan Hadi Awang juga ia adalah  percaturan berani mati PAS kerana menurunkan Presiden untuk bertanding di lubuk UMNO sendiri .. dan andai ditakdirkan Hadi Awang kalah maka tamatlah riwat politik beliau  tapi andai beliau menang maka beliau mungkin jaguh Pakatan Rakyat kerana menewaskan seorang PM berkhidmat walaupun BN menang tanpa Najib kelak dan ia tidak mustahil berlaku juga andai ada sabotaj di pihak musuh dalam selimut yang ingin menjatuhkan Najib sendiri .. Politik memang penuh dengan persepsi .

 Siapa pulak Najib di Pekan ?? Sudah pasti beliaulah anak Pekan yang sangat disayangi oleh rakyat Pekan bahkan Sultan Pahang sendiri amat menyenangi Najib sehinggakan beliau dianugerahkan gelaran Bangsawan Pahang .. saya lupa nama khusus bagi gelaran bangsawan tersebut ... Najib tidak asing lagi di Pekan .. beliau mula menjadi ahli parlimen Pekan selepas kematian ayahanda beliau pad atahun 1976 di mana pada waktu itu beliau hanya berusia 23 tahun dan beliaulah ahli parlimen termuda dalam sejarah , Menteri Besar termuda dalam sejarah dan Timbalan Menteri termuda sekali dalam sejarah tanah air .. dan rekod beliau agak baik dalam setiap kementerian yang diterajui oleh beliau .. walaupun dicanang dengan pelbagai tuduhan namun beliau tetap memecut sehingga ke garisan "Perdana Menteri " . dan saya kira agak mustahil beliau kalah di tempat sendiri ... walaupun kemungkinan kalah itu tetap ada berdasarkan catatan PRU10 yang lalu . Pada waktu itu beliau hanya menang kurang dari 300 undi majoriti dan ia hampir-hampir memadamkan karier politik beliau dan pada waktu itu juga berlaku gelombang Reformasi dari penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim dan ia merupakans alah satu faktor kenapa beliau hampir tewas di Pekan .. begitu juga sekarang dalam keadaan kemaraan Pakatan Rakyat tidak mustahil juga sejarah berulang dan mungkin sejarah baru tercipta andai Hadi Awang berjaya menewaskan beliau dan saya kira kalau calon lain dari PAS mungkin mustahil untuk menang selain Hadi Awang andai benar beliau bertanding di situ .
Jadi sama-samalah kita tunggu debar PRU13 ini dengan penuh debaran .. adakah benar Hadi Awang akan bertanding di Pekan menentang Najib atau ia hanya gimik politik semata ? sekali lagi saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai membuat ada pihak yang terguris dengan tulisan saya ini .. saya menulis bukan kerana saya orang politik.. bukan bermakna saya menyokong mana-mana pihak tapi saya menulis hanyalah dari lensa saya sebagai rakyat biasa yang mengikuti perkembangan politik tanah air.. wasalam ...

Friday, 2 November 2012

~Warkah untuk AYAH ~

Salam.. pagi ni bangun ingatkan hari Ahad , rupanye hari Sabtu .. hehe .. bangun je terus teringin bonda tercinta kat kampung halaman .. baru je nak kol tiba-tiba mak telefon ... ya Allah .. rindunya .. alhamdulilah terlepas cikit kerinduan .. sabarlah wahai hati .. ada 7 hari lagi untuk bertemu keluarga tersayang .. semoga Allah permudahkan urusan saya untuk kembali ke kampung .. tiba-tiba teringat pulak kt ayah tersayang yang berada di rantau juga ... nun jauh di sana di Afrika untuk mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga ... last contact 2 minggu lepas .. nak telefon line selalu jadi masalah .. selalunya ayah yang selalu menghubungi kami .. ehhehe .. sayangnya kat ayah yang sentiasa sabar melayan kerenah anak-anak dia ini ... untuk ayah saya tintakan secebis warkah yang penuh dengan harga kasih sayang ....


Ayah..
 Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu..
 Rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian ..
Keras suaramu memberi ku kekuatan ..
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi...
 Kemarahanmu adalah jiwaku..
 Petuahmu adalah jalan lurusku..
 Kau adalah ilham dalam hidupku ..
Kau adalah pembimbing spiritualku..
 Jika mungkin ku terlahir kembali...
 Ku ingin kau jadi ayahku lagi..

Thursday, 1 November 2012

~ Sayang kerana Allah ~

Salam warga maya .. 2 hari dah tak update blog .. rasa rindu plak . kih3... ade ke camtu ? Di sini saya nak mentintakan satu cerita .. kalau ada yang tersalah masuk dalil-dalil sila perbetulkan saya sebab saya pun tengah belajar juga sebagaimana orang lain .. namun renungkanlah disebalik kisah yang saya tintakan ini.. akan hikmah di sebalik satu kisah .... wallahualam ...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Di dalam kotak gerai itu, kelihatan dua wanita sedang berbual. Kelihatan asyik perbincangannya. Lama berbual. "Jadi, maksud sayang sahabat kita kerana Allah ini bukan sebab kita ikhlas sahaja, lebih luas lagi" Adik di hadapan terkebil-kebil. "Macam mana tuh, kak?" Tersenyum........
 Segala puji dan puja, hanyalah kepadaNYA kerana DIA lah yang memiliki segala-galanya dan dipinjamkan kepada kita, hambaNYA untuk kita membina saham akhirat. Maha Suci Allah, betapa Maha Pengasih lagi Maha Penyayangnya DIA kerana sudi meminjamkan kepada kita tanpa kita minta, semata-mata agak kita semua selamat di sana. Maka raihlah seberapa banyak saham akhirat dengan menggunakan segala pinjaman dariNYA. Selawat dan salam buat penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah s.a.w, kerana atas telah berusaha sedaya upaya untuk membawa kita semua ke jalan yang diredhaiNYA. Sallallahu alayhi wa sallam .Ditanyakan kepada saya, apa makna sayang kerana Allah, lalu saya terdiam, dan lama berfikir, analogi yang sesuai untuk memberikan kefahaman yang jelas. "Kita sayangkan sahabat kita kerana Allah ini apabila kita sudah mengenali Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, tetapi di samping itu, azabNYA juga pedih, lebih pedih apabila kita berada di dunia ini" Mengenali Allah ini bukanlah dengan hanya membaca al-Quran, dan membanyakkan zikir serta bersolat sunat dan berpuasa sunat, tetapi memahami mengapa kita perlukan Allah di dalam hidup kita. Melihat seorang lelaki menangis kerana putus cinta, tiba-tiba seorang sahabatnya berkata, "Mana al-Quran yang kau baca tuh, mana zikir yang kau ratib hari-hari tu, mana semua tu sampai kau lupa semua tu bila semua ni terjadi" [Ketepek, betul-betul tepat kene kat hati. Tersenyum melihatnya] Inilah salah satu dari contoh manusia yang beramal kerana ingin mengaut keuntungan tanpa mengenali siapa pemberi keuntungan itu. Kita beramal bukan untuk bercita-cita semata-mata mengaut pahala, tetapi kita beramal untuk kita mengenali Allah. Itulah kerana Allah. "Habis tu, kak. Maksud sayang kerana Allah tu, macam mana?" Tersenyum........................
Maksud sayang kerana Allah itu seperti kita menerima sesuatu hadiah yang sangat kita idam-idamkan, dan diberi oleh ayah kita. Maka, sudah tentulah kita sayangkan hadiah itu, ditambah lagi ayah yang sedia kita sayang yang berikan kepada kita. Jadi, apabila kita sudah kenal Allah, dan Allah memberikan sesuatu yang benar kita perlukan, bukankah kita sayangkan hadiah itu kerana Allah yang beri? Dan bukankah sepatutnya kita akan lebih beramal untuk lebih kuat mencari keredhaanNYA? Sama juga dengan analogi hadiah dan ayah di atas, selepas menerima hadiah itu, pastilah kita akan cuba untuk mencari jalan menyenangkan hati ayah kita, kan? "Jadi, jangan sama sekali menggunakan perkataan "Kerana Allah" untuk main-main jika kita sendiri belum kenal Allah" Terkedu.............................
 "Sama juga dengan sahabat. Maksud sayang sahabat kerana Allah itu adalah kita sayangkan sahabat kerana Allah yang sedia kita sayang, berikan seorang sahabat pada saat kita memerlukannya." "Tapi, kak, masa kita perlu je, kita hargai dia, bila kita dah tak perlukan, takkan kita nak biarkan. Bukan ke itu namanya mempergunakan, dan bukan ke kita kene ikhlas bersahabat tanpa mengharapkan apa-apa?" Tersenyum....................................
 "Cuba bagitahu akak, berapa lama je kita boleh bertahan tanpa meminta pertolongan dari dia. Meminta nasihat dari dia, itu pun kita minta tolong juga tau. Jadi, mana yang dikatakan kita tak mengharapkan apa-apa dari dia?" Terkedu..........................
 "Dik, dalam hidup ini, hakikatnya kita sendiri-sendiri.Dalam surah al-an'am, ayat 94, Allah sudah berfirman yang kita hidup sendiri, awalnya sendiri, menghadap DIA pun sendiri. Sahabat, keluarga, suami, ilmu semuanya Allah pinjam untuk kita mencari saham akhirat menggunakannya. Kita adalah punca saham akhirat mereka, dan mereka juga adalah punca saham akhirat kita. Bila sahabat susah, kita tolong. Bila keluarga kita ada masalah, kita tolong, semuanya ini bukan bermaksud kita nakkan nama kita disebut-sebut tetapi kita nak cari perhatian Allah. Pandangan Allah itulah yang patut kita lihat. Bukan pandangan manusia. Kita pergunakan mereka ini untuk dapatkan saham akhirat. Sama ada mereka nak tikam kita ke, nak buat jahat ke, biarkan selagi mana kita sedar yang Allah itu ada. Berbahagialah dengan Allah, bukan berbahagia kerana dapat habiskan masa dengan kawan ke, dengan keluarga ke, dengan suami ke. Berbahagialah ada DIA di dalam hidup kita" 

Firman Allah, surah al-An'am ayat 94 : 

Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami karuniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat besertamu pemberi syafa'at yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah). 

"Sahabat ke, keluarga ke, anak-anak ke, suami ke, atau apa je, kita tak selamanya memilikinya, tapi setiap kenangan yang kita hadapi bersamanya, hargai. Jangan sampai lupa apa tujuan kita hidup di dunia ini. Bukan untuk mencari sahabat, bukan untuk mencari suami, bukan nak membentuk keluarga bahagia, tapi untuk mencari Allah, meraih keredhaanNYA, dan bahagia menjadi hambaNYA. Allah bagi sahabat yang baik itu memang adalah untuk kita saling mempergunakannya, tapi tujuannya apa? Tujuannya satu sahaja, untuk kita kenal Allah. Kerana itu Nabi kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang soleh dan solehah. Cari sahabat yang macam ni, bukan sahabat yang nak menyebabkan kita mensia-siakan masa kita di dunia. Kalau sahabat yang merugikan kita di akhirat, tinggalkan. Rugi kat dunia takpe lagi, tapi kalau rugi kat akhirat, kita dah tak boleh berpatah balik" Tersenyum. Melihat ke luar, memerhatikan manusia yang lalu-lalang di sekeliling kami. "Berkawanlah dengan sesiapa, jangan kita menspesifikasikan siapa yang paling istimewa, tapi pada setiap sahabat, kita buatlah yang terbaik, berikan yang terbaik bukan untuk dia menganggap kita sahabatnya yang terbaik, tetapi kerana kita ingin membuat amal kebaikan melalui makhlukNYA untuk mencari saham akhirat. Dik, sampai bila sahaja kita akan bersama dengan sahabat tuh. Kalau tak kerana kita berpisah di sebabkan keadaan, kita tetap akan berpisah bila Allah mengambil sama ada kita atau dia untuk menghadapNYA. Jadi, wahai adikku, mana sebenarnya yang dikatakan sahabat ini paling istimewa, sahabat itu paling istimewa? Cara ini akan menyukarkan kita untuk memperbaiki diri, sedangkan luasnya alam ini samalah dengan luasnya peluang untuk kita mencari bekalan, bukan hanya dari seorang sahaja." Terdiam..................
 "Adik nak tahu tak, sahabat nabi, pernah berkata, apabila dia bersama-sama dengan Nabi, setiap darinya selalu merasakan bahawa dia lah yang paling istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. Tengok adab bersahabat yang Nabi tunjukkan. Apabila bersama dengan setiapnya, Nabi selalu memberi nasihat sesuai untuk setiapnya dengan penuh kasih sayang. Kita? Yang kawan ni kita tunjuk sayang lebih, yang kawan ni pulak, kita biasa-biasa je. Sebenarnya tiada pengkhususan sahabat baik atau kawan biasa, semuanya adalah hambaNYA yang Allah hadir untuk mengajarkan kita sesuatu, tak kiralah benda tu menyakitkan hati ke, menyenangkan hati ke, semua itu ujian, yang mana setiapnya ada ganjaran yang akan Allah berikan jika kita laluinya dengan cara yang DIA kehendaki. Bukankah ujian itu tujuannya untuk kita kembali kepadaNYA semula?" Maha suci Allah, segala-gala yang diberikan kepada kita itu adalah untuk kita kenal Allah dengan sebaiknya. Maha Suci Allah, dunia yang luas ini adalah untuk kita memikirkan semula asma'ul husna, sifat-sifatNYA yang tidak dimiliki oleh sesiapa, tetapi dipinjamkan sebentar kepada hamba-hambaNYA untuk kita merasainya. "Kalau seorang ibu itu pengasih kepada anaknya, maka Allah itu berkali ganda pengasihnya. Kalau kita rasa tenang dan damainya dalam pelukan seorang ibu yang pengasih, maka berkali ganda juga lah ketenangan yang kita perolehi apabila kita mengenali Maha Pengasihnya Allah" Pergunakanlah apa-apa sahaja di dalam dunia ini untuk kita mengenali Allah, mencari keredhaanNYA, dan seterusnya menjadi hambaNYA yang baik. Maha Suci Allah. Kerana DIA lah juga, segala yang saya taipkan ini dibaca oleh anda, dan maha suci Allah, dan kefahamannya itu juga dariNYA. Maka, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah.


Di sini saja saya memberikan watak seorang perempuan dengan seorang perempuan untuk memudahkan kefahaman dan sebagaimana yang kita maklum perempuan itu sendiri lembut sifatnya dan penyayang sifatnya..sebelum mengakhiri tinta ini suka untuk saya kita renungkan kata di bawah : 

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari silap saya sendiri , saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali saya , kepada keluarga dan sahabat handai sekalian .. saya ingin meminta maaf andai ada terkasar bahasa , terlebih gurau dari saya selama anda mengenali saya .. kepada ibu dan ayah halalkan semua pemberian yang telah diberikan kepada anakanda ini ... andai saya tiada nanti di dunia ini ingatlah saya atas kebaikan saya meski kebaikan yang saya lakukan hanyalah setitik air di lautan dan abaikanlah segala keburukan saya kerana saya tahu saya bukanlah insan yang sempurna sifatnya .. doakan saya mendapat redha Allah .....Amin ...