Monday, 17 September 2012

Debar PRU13 Part 1 ...

Salam warga maya .. hari ini saya suka untuk menyentuh tentang situasi politik semasa tanah air kita yang boleh dikatakan ada pusaran di dasar meski di atas air nampak tenang je ... semuanya bermula pasca PRU12 2008 bila BN yang menjadi kerajaan pada waktu itu dinafikan majoritinya .. lebih hot lagi bila 16 SEPT tahun yang sama dikatakan hampir 30 MP BN akan melompat ke PR untuk menubuhkan kerajaan alternatif ...
               Lupakan seketika detik-detik itu , sekarang kita pandang ke hadapan ke arah PRU13 , yang mungkin diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang sehingga tarikh luput parlimen iaitu April 2013 ... saya merasakan lebih eloklah parlimen dibubarkan sekarang sebab hampir setiap hari kita disogokkan dengan pelibagai isu yang membawa kepada perbalahan politik sehingga kadang-kadang rakyat agak muak dengan pihak-pihak yang berlaga itu .. sebab benda-benda yang kecil pun boleh dipolitikkan sehingga dinampakkan seolah-olah takde langsung jalan penyelesaian.. benda-benda macam ni membuatkan masyrakat muak dengan politik ... walhal politik itu sangat indah susunannya kalau disulam dengan cara yang betul .
                Disebabkan terlampau cenderung berpolitik juga lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 yang semakin hampir ... baik BN mahupun PR sentiasa ingin menjuarai isu-isu nasional yang timbul sehingga isu-isu akar umbi .. isu di kawasan MP itu sendiri dilupakan .. benda-benda macam ini tidak mustahil bakal mewujudkan "KUASA KETIGA "  dalam PRU13 nanti iaitu kecederungan pengundi untuk memilih calon-calon bebas atau calon yang tidak memihak kepada BN mahupun PR dan tidak mustahil KUASA KETIGA ini mampu mecorakan landskap politik baru pasca PRU13 kelak ...
               Dalam post ini saya rasa lebih baik saya lebih menyentuh tentang MP-MP kita di parlimen yang lebih suka nampak NASIONAL berbanding SETEMPAT sehinggakan banyak koyak robak di atas bumbung rumah sendiri ... keadaan pasca PRU12 sangat-sangat berbeza berbanding pra PRU12 ... di mana kalau kita dapat tengok kedua-dua pihak berusaha memenangi hati rakyat .. kadang-kadang bila kita fikir balik keputusan mengejut dalam PRU12 ada pro dan kontra yang tersendiri sama ada kita sedar atau tidak ..dan penilaian dapat dibuat oleh rakyat terhadap BN mahupun PR... dan keputusan penilaian itu boleh diterjemahkan dalam PRU 13 kelak .
               Pada masa yang sama , dalam kita berdebar menanti PRU13  keadaan di tanah air sentiasa cemas tak kisahlah berpunca dari pihak mana pun ... cemas sehinggakan index keamanan negara merosot kian tahun... saya tidak meyalahkan mana-mana pihak tapi sama-sama muhasabah dan merenung sejenak dahulu sebelum berbuat sesuatu perkara sebab kadang-kadang apa yang kita lakukan merupakan kehendak dan keperluan .. ingat kembali pada konsep MUSYAWARAH ... MUZAKARAH ...WASATIYAH.. selagi kita berpegang pada konsep ini dan Insha Allah keadaan boleh dikawal .. jangan sampai MALAYSIA BARU pula wujud dek ketidak seimbangan politik yang wujud ...
            Pokok pangkalnya , sebagai ahli MP yang telah dipilih tak kisah di pihak BN mahupun PR selagi parlimen belum dibubar.. tugas anda tetap berjalan .. anda adalah wakil yang dipilih .. AMANAH tetap AMANAH ... dan segala yang dilakukan akan dibalas di akhirat kelak... sama ada baik mahupun buruk ... Jangan jadi MP yang hanya pandai berpolitik tapi jauh dari hati rakyat.. jauh maknanya di sini bukan bermakana jarak antara kawasan parlimen itu dengan Putrajaya tapi kekerapan pemimpin itu turun padang mendengar nadi rakyat.. itu paling mustahak lebih-lebih lagi menjelang PRU13 nanti ..
Seterusnya nantikan Tinta Muja bercoret lagi dalam entry akan datang..
Bukan sekadar coretan emosi penuh madah tapi wacana penuh hikmah juga bertinta di Tinta Muja-Muja..
Insha Allah berjumpa lagi pada Tinta akan datang .. Insha Allah .. ^_^

No comments:

Post a Comment