Sunday, 4 November 2012

Debar PRU13 Part 3 (Hadi VS Najib )

Salam.. post sy kali ni menyentuh kembali tentang politik .. tak suka takpe.. yang penting sy sendiri suke ..hahhaha... Tiba-tiba ombak politik tanah air bertambah ganas bila dikejutkan dengan pengumuman Presiden PAS iaitu YB Dato Seri Hadi Awang ingin bertanding di Parlimen Pekan pada PRU yang akan datang ... paling lewat akan diadakan 6 bulan dari sekarang kerana mandat Parlimen akan habis pada April 2013 ... jadi nak tak nak pada waktu itu YAB Dato Seri Najib kena mengadap Yang dipertuan Agong untuk mohon perkenan bubarkan parlimen juga ... kenapa saya cakap ombak politik tanahair bertambah ganas dengan pengumuman Dato Seti Hadi Awang ?? Kerana Pekan adalah kampung halaman 2 orang Perdana Menteri Malaysia termasuk PM yang keenam sekarang iaitu Najib Razak ... kawasan parlimen tersebut hanya pernah diwakili oleh keluarga Razak sahaja iaitu Allayarham Tun Abdul Razak dan sekarang disandang oleh anakandanya iaitu Dato Seri Najib .... dan belum pernah lagi dalam sejarah Pekan jatuh ke tangan pembangkang cuma PRU 10 sedikit mencelakan prestasi Najib waktu itu apabila majoriti yang diperoleh sangat tipis iaitu kurang dari 300 undi sahaja ...
                        Siapa Hadi Awang di PEKAN ?? Sebenarnya di persada politik tanah air siapa tidak kenal Dato Seri Hadi Awang .. salah seorang pemimpin pembangkang yang amat disegani malah pernah menjadi ketua pembangkang sebelum ini dan merupakan mantan menteri besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 ... gah di seluruh negara bukan bermakna gah di sebuah pekan kecil bernama PEKAN ... PEKAN ialah kampung kelahiran Najib dan di situ merupakan kubu kuat BN sejak dari PRU yang pertama lagi berdasarkan rekod tanpa kalah BN di kawasan tersebut namun apa-apa pun semua yang berlaku selepas ini terletak pad akuasa Allah .. kalau Allah menhendaki BN menang maka menanglah BN di Pekan pada PRU13 begitu juga kalau Allah mentakdirkan BN kalah di tangan PAS waima bukan di tangan Hadi Awang sekalipun maka kalahlah BN dan sudah pasti tamatlah riwayat politik Najib seandainya PR menang di Pekan kelak .. namun ia bukan usaha mudah bagi pihak pembangkang untuk menawan Pekan kerana Pekan sudah sinonim dengan Najib ... rakyat Pekan sayang dengan Najib walau dikaitkan dengan pelbagai isu dan ia lebih kepada undi kepada Tun Abdul Razak sendiri .. kerana rakyat Pekan masih terkenang dengan jasa Tun Abdul Razak sendiri dan saya kira peluang pembangkang untuk menawan Pekan agak tipis buat masa sekarang walaupun mereka menurunkan Hadi Awang menentang Najib kelak ... peluang itu hanya sekitar 20% melainkan kalau ada pecutan momentum di saat akhir sebelum hari pengundian .... malahan belum pernah lagi dalam sejarah tanah air seorang Perdana Menteri berkhidmat kalah dalam PRU .Kalau PAS menurunkan Hadi Awang juga ia adalah  percaturan berani mati PAS kerana menurunkan Presiden untuk bertanding di lubuk UMNO sendiri .. dan andai ditakdirkan Hadi Awang kalah maka tamatlah riwat politik beliau  tapi andai beliau menang maka beliau mungkin jaguh Pakatan Rakyat kerana menewaskan seorang PM berkhidmat walaupun BN menang tanpa Najib kelak dan ia tidak mustahil berlaku juga andai ada sabotaj di pihak musuh dalam selimut yang ingin menjatuhkan Najib sendiri .. Politik memang penuh dengan persepsi .

 Siapa pulak Najib di Pekan ?? Sudah pasti beliaulah anak Pekan yang sangat disayangi oleh rakyat Pekan bahkan Sultan Pahang sendiri amat menyenangi Najib sehinggakan beliau dianugerahkan gelaran Bangsawan Pahang .. saya lupa nama khusus bagi gelaran bangsawan tersebut ... Najib tidak asing lagi di Pekan .. beliau mula menjadi ahli parlimen Pekan selepas kematian ayahanda beliau pad atahun 1976 di mana pada waktu itu beliau hanya berusia 23 tahun dan beliaulah ahli parlimen termuda dalam sejarah , Menteri Besar termuda dalam sejarah dan Timbalan Menteri termuda sekali dalam sejarah tanah air .. dan rekod beliau agak baik dalam setiap kementerian yang diterajui oleh beliau .. walaupun dicanang dengan pelbagai tuduhan namun beliau tetap memecut sehingga ke garisan "Perdana Menteri " . dan saya kira agak mustahil beliau kalah di tempat sendiri ... walaupun kemungkinan kalah itu tetap ada berdasarkan catatan PRU10 yang lalu . Pada waktu itu beliau hanya menang kurang dari 300 undi majoriti dan ia hampir-hampir memadamkan karier politik beliau dan pada waktu itu juga berlaku gelombang Reformasi dari penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim dan ia merupakans alah satu faktor kenapa beliau hampir tewas di Pekan .. begitu juga sekarang dalam keadaan kemaraan Pakatan Rakyat tidak mustahil juga sejarah berulang dan mungkin sejarah baru tercipta andai Hadi Awang berjaya menewaskan beliau dan saya kira kalau calon lain dari PAS mungkin mustahil untuk menang selain Hadi Awang andai benar beliau bertanding di situ .
Jadi sama-samalah kita tunggu debar PRU13 ini dengan penuh debaran .. adakah benar Hadi Awang akan bertanding di Pekan menentang Najib atau ia hanya gimik politik semata ? sekali lagi saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai membuat ada pihak yang terguris dengan tulisan saya ini .. saya menulis bukan kerana saya orang politik.. bukan bermakna saya menyokong mana-mana pihak tapi saya menulis hanyalah dari lensa saya sebagai rakyat biasa yang mengikuti perkembangan politik tanah air.. wasalam ...

Friday, 2 November 2012

~Warkah untuk AYAH ~

Salam.. pagi ni bangun ingatkan hari Ahad , rupanye hari Sabtu .. hehe .. bangun je terus teringin bonda tercinta kat kampung halaman .. baru je nak kol tiba-tiba mak telefon ... ya Allah .. rindunya .. alhamdulilah terlepas cikit kerinduan .. sabarlah wahai hati .. ada 7 hari lagi untuk bertemu keluarga tersayang .. semoga Allah permudahkan urusan saya untuk kembali ke kampung .. tiba-tiba teringat pulak kt ayah tersayang yang berada di rantau juga ... nun jauh di sana di Afrika untuk mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga ... last contact 2 minggu lepas .. nak telefon line selalu jadi masalah .. selalunya ayah yang selalu menghubungi kami .. ehhehe .. sayangnya kat ayah yang sentiasa sabar melayan kerenah anak-anak dia ini ... untuk ayah saya tintakan secebis warkah yang penuh dengan harga kasih sayang ....


Ayah..
 Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu..
 Rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian ..
Keras suaramu memberi ku kekuatan ..
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi...
 Kemarahanmu adalah jiwaku..
 Petuahmu adalah jalan lurusku..
 Kau adalah ilham dalam hidupku ..
Kau adalah pembimbing spiritualku..
 Jika mungkin ku terlahir kembali...
 Ku ingin kau jadi ayahku lagi..

Thursday, 1 November 2012

~ Sayang kerana Allah ~

Salam warga maya .. 2 hari dah tak update blog .. rasa rindu plak . kih3... ade ke camtu ? Di sini saya nak mentintakan satu cerita .. kalau ada yang tersalah masuk dalil-dalil sila perbetulkan saya sebab saya pun tengah belajar juga sebagaimana orang lain .. namun renungkanlah disebalik kisah yang saya tintakan ini.. akan hikmah di sebalik satu kisah .... wallahualam ...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Di dalam kotak gerai itu, kelihatan dua wanita sedang berbual. Kelihatan asyik perbincangannya. Lama berbual. "Jadi, maksud sayang sahabat kita kerana Allah ini bukan sebab kita ikhlas sahaja, lebih luas lagi" Adik di hadapan terkebil-kebil. "Macam mana tuh, kak?" Tersenyum........
 Segala puji dan puja, hanyalah kepadaNYA kerana DIA lah yang memiliki segala-galanya dan dipinjamkan kepada kita, hambaNYA untuk kita membina saham akhirat. Maha Suci Allah, betapa Maha Pengasih lagi Maha Penyayangnya DIA kerana sudi meminjamkan kepada kita tanpa kita minta, semata-mata agak kita semua selamat di sana. Maka raihlah seberapa banyak saham akhirat dengan menggunakan segala pinjaman dariNYA. Selawat dan salam buat penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah s.a.w, kerana atas telah berusaha sedaya upaya untuk membawa kita semua ke jalan yang diredhaiNYA. Sallallahu alayhi wa sallam .Ditanyakan kepada saya, apa makna sayang kerana Allah, lalu saya terdiam, dan lama berfikir, analogi yang sesuai untuk memberikan kefahaman yang jelas. "Kita sayangkan sahabat kita kerana Allah ini apabila kita sudah mengenali Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, tetapi di samping itu, azabNYA juga pedih, lebih pedih apabila kita berada di dunia ini" Mengenali Allah ini bukanlah dengan hanya membaca al-Quran, dan membanyakkan zikir serta bersolat sunat dan berpuasa sunat, tetapi memahami mengapa kita perlukan Allah di dalam hidup kita. Melihat seorang lelaki menangis kerana putus cinta, tiba-tiba seorang sahabatnya berkata, "Mana al-Quran yang kau baca tuh, mana zikir yang kau ratib hari-hari tu, mana semua tu sampai kau lupa semua tu bila semua ni terjadi" [Ketepek, betul-betul tepat kene kat hati. Tersenyum melihatnya] Inilah salah satu dari contoh manusia yang beramal kerana ingin mengaut keuntungan tanpa mengenali siapa pemberi keuntungan itu. Kita beramal bukan untuk bercita-cita semata-mata mengaut pahala, tetapi kita beramal untuk kita mengenali Allah. Itulah kerana Allah. "Habis tu, kak. Maksud sayang kerana Allah tu, macam mana?" Tersenyum........................
Maksud sayang kerana Allah itu seperti kita menerima sesuatu hadiah yang sangat kita idam-idamkan, dan diberi oleh ayah kita. Maka, sudah tentulah kita sayangkan hadiah itu, ditambah lagi ayah yang sedia kita sayang yang berikan kepada kita. Jadi, apabila kita sudah kenal Allah, dan Allah memberikan sesuatu yang benar kita perlukan, bukankah kita sayangkan hadiah itu kerana Allah yang beri? Dan bukankah sepatutnya kita akan lebih beramal untuk lebih kuat mencari keredhaanNYA? Sama juga dengan analogi hadiah dan ayah di atas, selepas menerima hadiah itu, pastilah kita akan cuba untuk mencari jalan menyenangkan hati ayah kita, kan? "Jadi, jangan sama sekali menggunakan perkataan "Kerana Allah" untuk main-main jika kita sendiri belum kenal Allah" Terkedu.............................
 "Sama juga dengan sahabat. Maksud sayang sahabat kerana Allah itu adalah kita sayangkan sahabat kerana Allah yang sedia kita sayang, berikan seorang sahabat pada saat kita memerlukannya." "Tapi, kak, masa kita perlu je, kita hargai dia, bila kita dah tak perlukan, takkan kita nak biarkan. Bukan ke itu namanya mempergunakan, dan bukan ke kita kene ikhlas bersahabat tanpa mengharapkan apa-apa?" Tersenyum....................................
 "Cuba bagitahu akak, berapa lama je kita boleh bertahan tanpa meminta pertolongan dari dia. Meminta nasihat dari dia, itu pun kita minta tolong juga tau. Jadi, mana yang dikatakan kita tak mengharapkan apa-apa dari dia?" Terkedu..........................
 "Dik, dalam hidup ini, hakikatnya kita sendiri-sendiri.Dalam surah al-an'am, ayat 94, Allah sudah berfirman yang kita hidup sendiri, awalnya sendiri, menghadap DIA pun sendiri. Sahabat, keluarga, suami, ilmu semuanya Allah pinjam untuk kita mencari saham akhirat menggunakannya. Kita adalah punca saham akhirat mereka, dan mereka juga adalah punca saham akhirat kita. Bila sahabat susah, kita tolong. Bila keluarga kita ada masalah, kita tolong, semuanya ini bukan bermaksud kita nakkan nama kita disebut-sebut tetapi kita nak cari perhatian Allah. Pandangan Allah itulah yang patut kita lihat. Bukan pandangan manusia. Kita pergunakan mereka ini untuk dapatkan saham akhirat. Sama ada mereka nak tikam kita ke, nak buat jahat ke, biarkan selagi mana kita sedar yang Allah itu ada. Berbahagialah dengan Allah, bukan berbahagia kerana dapat habiskan masa dengan kawan ke, dengan keluarga ke, dengan suami ke. Berbahagialah ada DIA di dalam hidup kita" 

Firman Allah, surah al-An'am ayat 94 : 

Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami karuniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat besertamu pemberi syafa'at yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah). 

"Sahabat ke, keluarga ke, anak-anak ke, suami ke, atau apa je, kita tak selamanya memilikinya, tapi setiap kenangan yang kita hadapi bersamanya, hargai. Jangan sampai lupa apa tujuan kita hidup di dunia ini. Bukan untuk mencari sahabat, bukan untuk mencari suami, bukan nak membentuk keluarga bahagia, tapi untuk mencari Allah, meraih keredhaanNYA, dan bahagia menjadi hambaNYA. Allah bagi sahabat yang baik itu memang adalah untuk kita saling mempergunakannya, tapi tujuannya apa? Tujuannya satu sahaja, untuk kita kenal Allah. Kerana itu Nabi kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang soleh dan solehah. Cari sahabat yang macam ni, bukan sahabat yang nak menyebabkan kita mensia-siakan masa kita di dunia. Kalau sahabat yang merugikan kita di akhirat, tinggalkan. Rugi kat dunia takpe lagi, tapi kalau rugi kat akhirat, kita dah tak boleh berpatah balik" Tersenyum. Melihat ke luar, memerhatikan manusia yang lalu-lalang di sekeliling kami. "Berkawanlah dengan sesiapa, jangan kita menspesifikasikan siapa yang paling istimewa, tapi pada setiap sahabat, kita buatlah yang terbaik, berikan yang terbaik bukan untuk dia menganggap kita sahabatnya yang terbaik, tetapi kerana kita ingin membuat amal kebaikan melalui makhlukNYA untuk mencari saham akhirat. Dik, sampai bila sahaja kita akan bersama dengan sahabat tuh. Kalau tak kerana kita berpisah di sebabkan keadaan, kita tetap akan berpisah bila Allah mengambil sama ada kita atau dia untuk menghadapNYA. Jadi, wahai adikku, mana sebenarnya yang dikatakan sahabat ini paling istimewa, sahabat itu paling istimewa? Cara ini akan menyukarkan kita untuk memperbaiki diri, sedangkan luasnya alam ini samalah dengan luasnya peluang untuk kita mencari bekalan, bukan hanya dari seorang sahaja." Terdiam..................
 "Adik nak tahu tak, sahabat nabi, pernah berkata, apabila dia bersama-sama dengan Nabi, setiap darinya selalu merasakan bahawa dia lah yang paling istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. Tengok adab bersahabat yang Nabi tunjukkan. Apabila bersama dengan setiapnya, Nabi selalu memberi nasihat sesuai untuk setiapnya dengan penuh kasih sayang. Kita? Yang kawan ni kita tunjuk sayang lebih, yang kawan ni pulak, kita biasa-biasa je. Sebenarnya tiada pengkhususan sahabat baik atau kawan biasa, semuanya adalah hambaNYA yang Allah hadir untuk mengajarkan kita sesuatu, tak kiralah benda tu menyakitkan hati ke, menyenangkan hati ke, semua itu ujian, yang mana setiapnya ada ganjaran yang akan Allah berikan jika kita laluinya dengan cara yang DIA kehendaki. Bukankah ujian itu tujuannya untuk kita kembali kepadaNYA semula?" Maha suci Allah, segala-gala yang diberikan kepada kita itu adalah untuk kita kenal Allah dengan sebaiknya. Maha Suci Allah, dunia yang luas ini adalah untuk kita memikirkan semula asma'ul husna, sifat-sifatNYA yang tidak dimiliki oleh sesiapa, tetapi dipinjamkan sebentar kepada hamba-hambaNYA untuk kita merasainya. "Kalau seorang ibu itu pengasih kepada anaknya, maka Allah itu berkali ganda pengasihnya. Kalau kita rasa tenang dan damainya dalam pelukan seorang ibu yang pengasih, maka berkali ganda juga lah ketenangan yang kita perolehi apabila kita mengenali Maha Pengasihnya Allah" Pergunakanlah apa-apa sahaja di dalam dunia ini untuk kita mengenali Allah, mencari keredhaanNYA, dan seterusnya menjadi hambaNYA yang baik. Maha Suci Allah. Kerana DIA lah juga, segala yang saya taipkan ini dibaca oleh anda, dan maha suci Allah, dan kefahamannya itu juga dariNYA. Maka, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah.


Di sini saja saya memberikan watak seorang perempuan dengan seorang perempuan untuk memudahkan kefahaman dan sebagaimana yang kita maklum perempuan itu sendiri lembut sifatnya dan penyayang sifatnya..sebelum mengakhiri tinta ini suka untuk saya kita renungkan kata di bawah : 

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari silap saya sendiri , saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali saya , kepada keluarga dan sahabat handai sekalian .. saya ingin meminta maaf andai ada terkasar bahasa , terlebih gurau dari saya selama anda mengenali saya .. kepada ibu dan ayah halalkan semua pemberian yang telah diberikan kepada anakanda ini ... andai saya tiada nanti di dunia ini ingatlah saya atas kebaikan saya meski kebaikan yang saya lakukan hanyalah setitik air di lautan dan abaikanlah segala keburukan saya kerana saya tahu saya bukanlah insan yang sempurna sifatnya .. doakan saya mendapat redha Allah .....Amin ...

Sunday, 28 October 2012

~ MAHLIGAI KASIH ~

Duhai kasih cuba kau dengarkan 
Bisik hati penuh kejujuran 
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian 
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata 
Menghancurkan kesucian 
Jalinan kebahagiaan 
Sebenarnya aku merasa 
Sinar cahaya yang gemilang 
Ketika kau beriku harapan 
Dan sering aku harapkan 
Cinta berlandas keimanan 
Dan kasih suci kita kan diberkati 
Ku cuba sedaya 
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina 
Kerna pasti aku 
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu 
Tuhan berikanlah 
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan 
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.. 

Lagu & Lirik : Mustaqim & Putra Aiman Hijjaz Records Sdn. Bhd.

# Seriusly suke kt lagu ni sebab lirik dia yg byk memberi kesan dan mendalam sekali .... ^_^

Saturday, 27 October 2012

" Belajarlah "


Kita pernah “DILUKAI”

dan mungkin pernah “MELUKAI”

tapi kerana itu kita BELAJAR

tentang bagaimana cara menghargai, menerima & 

berkorban..

Kita pernah “DIBOHONGI”

dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”

tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi

juga tentang KEJUJURAN...


Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam
 
hidup ini, 

mungkin kita tidak pernah belajar erti dari MEMINTA MAAF
 
dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,
 
tidak akan terulang kembali....

Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan, 

iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih 

baik..

InsyaAllah... ♥

Friday, 26 October 2012

~Jawapan Fitrah ~

Berbahagialah manusia ,
Kepada yang sudah menemukan fitrahnya ,
Bagi membentuk keluarga yang sakinah ,
Bernikahlah engkau segera ,
Apabila saatnya sudah tiba ,
Jangan jadikan alasan bagi menunda ,

Bernikahlah ,
Sudah diciptakan dua insan yang hidup di dunia ,
Takdir Allah yang menyatukan jodoh manusia , 
Mengingatkan hati yang hidup ini hanya sementara ,
Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata .

Thursday, 25 October 2012

Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban..

Alhamdulilah kerana dilanjutkan usia dapat menunaikan solat sunat aidiladha pagi tadi ... dan bersua lagi dengan Hari Raya Haji atau banyak orang panggil hari raya qurban juga ... tahun ni beraya di rantau .. huhu.sedih juga bila dengar takbir raya .. sayu je rasa hati tapi nak buat camne kan .. inilah pengorbanan seorang pendidik .. apa2 pun nak ucap selamat hari raya qurban kt semua umat Islam dan pada umat Islam yang berada kt Tanah suci Mekkah.. semoga mendapat haji yang mabrur.. Insha Allah .. Tak dapat nak bertinta panjang-panjang hari ni sebab Bz cikit .. nak gi masjid pasni .. nak tolong kawan-kawan lain yang duk potong-potong lembu .. hehehhe ... ^_^ Wasalam ..