Sunday, 28 October 2012

~ MAHLIGAI KASIH ~

Duhai kasih cuba kau dengarkan 
Bisik hati penuh kejujuran 
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian 
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata 
Menghancurkan kesucian 
Jalinan kebahagiaan 
Sebenarnya aku merasa 
Sinar cahaya yang gemilang 
Ketika kau beriku harapan 
Dan sering aku harapkan 
Cinta berlandas keimanan 
Dan kasih suci kita kan diberkati 
Ku cuba sedaya 
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina 
Kerna pasti aku 
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu 
Tuhan berikanlah 
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan 
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.. 

Lagu & Lirik : Mustaqim & Putra Aiman Hijjaz Records Sdn. Bhd.

# Seriusly suke kt lagu ni sebab lirik dia yg byk memberi kesan dan mendalam sekali .... ^_^

Saturday, 27 October 2012

" Belajarlah "


Kita pernah “DILUKAI”

dan mungkin pernah “MELUKAI”

tapi kerana itu kita BELAJAR

tentang bagaimana cara menghargai, menerima & 

berkorban..

Kita pernah “DIBOHONGI”

dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”

tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi

juga tentang KEJUJURAN...


Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam
 
hidup ini, 

mungkin kita tidak pernah belajar erti dari MEMINTA MAAF
 
dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,
 
tidak akan terulang kembali....

Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan, 

iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih 

baik..

InsyaAllah... ♥

Friday, 26 October 2012

~Jawapan Fitrah ~

Berbahagialah manusia ,
Kepada yang sudah menemukan fitrahnya ,
Bagi membentuk keluarga yang sakinah ,
Bernikahlah engkau segera ,
Apabila saatnya sudah tiba ,
Jangan jadikan alasan bagi menunda ,

Bernikahlah ,
Sudah diciptakan dua insan yang hidup di dunia ,
Takdir Allah yang menyatukan jodoh manusia , 
Mengingatkan hati yang hidup ini hanya sementara ,
Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata .

Thursday, 25 October 2012

Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban..

Alhamdulilah kerana dilanjutkan usia dapat menunaikan solat sunat aidiladha pagi tadi ... dan bersua lagi dengan Hari Raya Haji atau banyak orang panggil hari raya qurban juga ... tahun ni beraya di rantau .. huhu.sedih juga bila dengar takbir raya .. sayu je rasa hati tapi nak buat camne kan .. inilah pengorbanan seorang pendidik .. apa2 pun nak ucap selamat hari raya qurban kt semua umat Islam dan pada umat Islam yang berada kt Tanah suci Mekkah.. semoga mendapat haji yang mabrur.. Insha Allah .. Tak dapat nak bertinta panjang-panjang hari ni sebab Bz cikit .. nak gi masjid pasni .. nak tolong kawan-kawan lain yang duk potong-potong lembu .. hehehhe ... ^_^ Wasalam ..

Tuesday, 23 October 2012

Debar PRU13 Part 2..

Salam warga maya .. kali ni saya ingin menyambung ulasan politik saya walaupun saya bukanlah penganalisis politi profesional ... tapi ini dari sudut pandang orang yang berada di luar gelanggang politik itu sendiri .. bila sampai musim pilihan raya .. sudah pasti peranan Ketua Menteri mahupun Menteri Besar baik negeri yang dikuasai BN mahupun Pakata Rakyat memainkan peranan penting sebagai WOW faktor membantu kemenangan sesuatu parti tersebut di samping peranan Perdana Menteri dan " orang-orang" beliau dan Ketua Pembangkang serta "orang-orang " beliau juga ...
             Kita mulakan jelajah kita di utara Semenanjung iaitu Perlis , Perlis ni boleh digambarkan negeri kecil yang sunyi dari arena politik negara .. nampak tenang di permukaan sungai tapi di dasarnya belum tentu takde gelora .. selepas krisis pemilihan Menteri Besar pada PRU12 yang lalu di mana Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menjadi pilihan istana ketika itu dan wujudlah kem-kem tertentu antara Datuk Seri Md Isa Sabu ...perpecahan yang berlaku dalam negeri Perlis serba sedikit akan menyebabkan pengaruh BN terjejas apatah lagi dengan kekuatan PAS yang semakin terselah dan mungkin di sini peluang BN akan sedikit terjejas namun besar kemungkinan BN akan kekal menguasai Perlis baik di peringkat DUN dan Parlimen sama ada majoriti kerusi kekal seperti sekarang atau berkurang sedikit ...
            Seterusnya kita melangkah ke Kedah , negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ... antara negeri yang ekonominya semakin berkembang semenjak PR memerintah .. bukan bermakna saya pro PR tapi itu hakikat ... tapi krisis antara Menteri Besar dengan beberapa Exconya membuatkan politik negeri itu sedikit bergolak lebih-lebih lagi ada ura-ura mengatakan ada usaha untuk mengantikan Menteri Besar sedia ada dan krisis melanda sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini serba sedikit menjejaskan krerdibiliti kerajaan negeri .. dan ini mungkin memberi kelebihan kepada pihak BN untuk merampas kembali Kedah dari PR ... namun ia buka semudah yang disangka kerana di pihak BN sendiri pun belum lagi menamakan calon menteri besar mereka dan antara yang dijangka akan dinaikkan sebagai Menteri Besar ialah Datuk Mukhriz Tun Mahathir , Datuk Md Bashah Hanipah dan mungkin Mantan Menteri Besar sebelum ini iaitu Datuk Seri Mahadzir Khalid dan sedikit perpecahan berlaku antara ketiga-tiga kem ini dan ia mungkin menjejaskan peluang BN tapi baik di pihak BN mahupun PR kedua-duanya mempunyai peluang 50-50 .. pihak yang berusaha lebih akan dapat menjadi " Mahsuri " yang menawan Jelapang Padi Malaysia ini .
          Kita berjalan menuju ke Pulau Pinang , negeri yang dikuasai oleh PR yang ditunjangi oleh DAP . Ketua Menterinya ialah YAB Tuan Lim Guan Eng ... Pulau Pinang adalah negeri perindustrian yang ke hadapan sedikit berbanding negeri lain di Malaysia . Kalau kita lihat apa yang rakyat negeri ini perlukan sekarang bukanlah 100% pembangunan tapi lebih kepada isu pendidikan dan pekerjaan .. dan ini yang harus diambik serius oleh pihak BN  mahupun PR ... kalau kita lihat bukan mudah untuk BN menawan kembali Pulau Pinang sebab penduduk Pulau Pinang sangat selesa dengan DAP meskipun terdapat isu-isu berkaitan Melayu yang ditiupkan oleh sesetengah pihak namun ia mungkin menjejaskan sedikit sahaja peluang PR untuk mengekalkan penguasaan mereka .. seandainya PRU diadakan sekarang dan DUN turut dibubarkan oleh pimpinan negeri kemungkinan besar PR bakal mengekalkan pemerintahannya untuk sepenggal lagi dan agak mustahil untuk BN merampas kembali dan peluang BN hanyalah sekitar 35% sahaja untuk mengambil Pulau Pinang dari PR .. 
           Sebelum saya berhenti menganalisis saya ingin melangkah ke negeri Perak Darul Ridzuan yang sangat-sangat panas ketika ini lebih-lebih lagi selepas peralihan kuasa antara PR ke BN selepas 3 orang ADUN  mereka berpaling tadah dan seorang kembali ke pangkuan BN selepas sehari keluar BN ... sehingga menyebabkan kerajaan BN terbentuk dengan majoriti mudah . Sebenarnya Menteri Besar yang ada sekarang iaitu YAB Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mempunyai pendekatan yang sangat mesra rakyat dan disenangi oleh rakyat-rakyat Perak dan beliau bukan sahaja turun ke kubu-kubu BN bahkan berani berkunjung ke kubu-kubu kuat PAS di sesetengah tempat dan ramai yang mula selesa dengan pentadbiran beliau dan kesediaan beliau untuk bertukar kerusi dengan beberapa parti komponen merupakan elemen utama yang menjadi kekuatan BN untuk mengekalkan penguasaannya .. di pihak PR pula isu " mohon derhaka" oleh bekas Menteri Besar masih berbekas di minda rakyat perak khusunya orang Melayu ,mungkin di negeri Perak peluang BN sekitar 65% dan momentum rakyat yang ada sekarang perlu dikekalkan seandainya ingin kekal memerintah ...
            Saya akan menyambung tinta saya berkenaan dengan isu yang sama lagi selepas ni kerana TintaMuja  ingin berehat seketika .. dan ingin saya tegaskan sekali lagi tulisan saya berkenaan politik ini bukan bermakna saya pro pada mana-mana pihak cuma sekadar permehatian dan sudut pandang seorang rakyat biasa sahaja .. yang baik dari Allah , yang buruk dari saya sendiri .. segala salah silap saya mohon 1000 kemaafan andai yang terasa ..tidak terniat sekalipun.. assalamualaikum ...

Sunday, 21 October 2012

♥ BUAT AKU JATUH CINTA PADAMU



Buat aku jatuh cinta padamu
Wahai kau yang kan menjadi
pasangan tulang rusukku….
Dengan sebuah cinta tulus kerana
Illahi robbi
bukan dengan harta atau
parasmu
bukan dengan buaian untaian
kata-kata manismu
bukan dengan perhatianmu
padaku
karena kau belum halal bagiku

Buat aku jatuh cinta padamu
Dengan indahnya akhlak dan budi
pekertimu
Melabuhkan cintamu pada Allah
melebihi cintamu padaku
Buat aku jatuh cinta padamu
Dengan ajak aku berlumba dalam
sebuah kebaikan
teguh dengan jihad yang kau
tegakkan
berikan semangat berjuang
menegakkan islam

Buat aku jatuh cinta padamu
Dengan Menjadi susuk pribadi
tegar menghadapi ujian
kehidupan
Ikhlas dan sabar atas teguran yang
Allah berikan
Selalu ingatkan aku jika niat tulus
mulai pudar
agar semakin menguatkan aku
pada jalan istiqomah

Buat aku jatuh cinta padamu
Dengan sikapmu yg Selalu
merindui syahid di jalan Illahi
Pantang bagimu berpaling dari
hati Ya Robbul Izzati
tunjukkan bahwa dirimu
menautkan hatimu pada Illahi
agar tidak terjatuh dalam jurang
cinta nafsu duniawi

Buat aku jatuh cinta padamu
Dengan cintaimu kepada Allah
kerana dia adalah segalannya
Kau buat dirimu mampu
korbankanlah apa saja kerananya
Kau jadikan kecintaan pada tuhan
adalah yang utama
Kau mampu menderita demi
kecintaanmu padaNya

Ketika kecintaan itu hadir sebuah
kurnia indah bisa
mendapatkannya… kecintaan
kepada Allah adalah sebenar
benarnya cinta… yang tulus ikhlas
memberikan cinta tanpa berharap
ia akan terbalaskan… jika sebuah
hubungan didasari kecintaan
karena Allah maka ia akan
senantiasa indah…

Allah Berfirman Dalam Al-Quran:
“…Allah mencintai mereka dan
mereka pun mencintai-Nya
…”(Q.s. Al-Maidah 5:54).

Ya Allah, yang membolakbalikan
hati kami selama ini aku memang
pernah tau bagaimana rasanya
mencinta.Namun, aku berharap
bila cinta hadir menyapaku lagi
aku tidak akan kehilangan
engkau.

Ya Allah, selama ini aku hanya
berharap semoga bisa mencintai
orang yang memiliki cinta yang
luar biasa kepada- MU.

Ya Allah, selama ini aku juga
berharap semoga bisa di cintai
oleh orang yang bisa
mengarahkanku menuju
keredhaan-MU.
Pintaku ya Allah izinkan aku
memiliki rasa ini hingga ia menjadi
indah di dada kami tanpa
mengurangi rasa cinta kami
kepada-MU


~ Tun Muja-Muja ~

Thursday, 18 October 2012

Cinta ?? ( Manusia , Rasul , Allah )


Assalamualaikum warga maya , alhamdulilah kita dapat berjumpa dengan penghulu segala hari yakni hari Jumaat . Semoga kita sentiasa sihat sejahtera dan diberi ketetapan iman . Insha Allah . Kali ini suka untuk saya bercerita tentang cinta . Cinta ni skop dia luas sangat . ada cinta pada Allah , pada Rasul , pada ibu ayah , pada sahabat , pada adik beradik . Setiap cinta itu ada tahap dia yang tersendiri .Bagi seorang muslim dan beriman, cnta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan kerana menggapai redha-Nya.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)
Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR. At Tirmidzi)
Kata-kata mutiara tentang cinta
Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Hamka
Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)
Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengejarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya.

Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirehat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.

Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)
Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

Ali bin Abi Thalib
Engkau berbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

A’idh Al-Qorni
Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga bisa kita ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada anda selaku pembacanya.Insha Allah . Sampai di sini sahaja TinTa Muja bertinta , andai ada tersalah kata , saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kerana yan buruk dari saya dan yang baik itu dari Allah .. Wallahualam .