Salam warga maya .. kali ni saya ingin menyambung ulasan politik saya walaupun saya bukanlah penganalisis politi profesional ... tapi ini dari sudut pandang orang yang berada di luar gelanggang politik itu sendiri .. bila sampai musim pilihan raya .. sudah pasti peranan Ketua Menteri mahupun Menteri Besar baik negeri yang dikuasai BN mahupun Pakata Rakyat memainkan peranan penting sebagai WOW faktor membantu kemenangan sesuatu parti tersebut di samping peranan Perdana Menteri dan " orang-orang" beliau dan Ketua Pembangkang serta "orang-orang " beliau juga ...
Kita mulakan jelajah kita di utara Semenanjung iaitu Perlis , Perlis ni boleh digambarkan negeri kecil yang sunyi dari arena politik negara .. nampak tenang di permukaan sungai tapi di dasarnya belum tentu takde gelora .. selepas krisis pemilihan Menteri Besar pada PRU12 yang lalu di mana Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menjadi pilihan istana ketika itu dan wujudlah kem-kem tertentu antara Datuk Seri Md Isa Sabu ...perpecahan yang berlaku dalam negeri Perlis serba sedikit akan menyebabkan pengaruh BN terjejas apatah lagi dengan kekuatan PAS yang semakin terselah dan mungkin di sini peluang BN akan sedikit terjejas namun besar kemungkinan BN akan kekal menguasai Perlis baik di peringkat DUN dan Parlimen sama ada majoriti kerusi kekal seperti sekarang atau berkurang sedikit ...
Seterusnya kita melangkah ke Kedah , negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ... antara negeri yang ekonominya semakin berkembang semenjak PR memerintah .. bukan bermakna saya pro PR tapi itu hakikat ... tapi krisis antara Menteri Besar dengan beberapa Exconya membuatkan politik negeri itu sedikit bergolak lebih-lebih lagi ada ura-ura mengatakan ada usaha untuk mengantikan Menteri Besar sedia ada dan krisis melanda sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini serba sedikit menjejaskan krerdibiliti kerajaan negeri .. dan ini mungkin memberi kelebihan kepada pihak BN untuk merampas kembali Kedah dari PR ... namun ia buka semudah yang disangka kerana di pihak BN sendiri pun belum lagi menamakan calon menteri besar mereka dan antara yang dijangka akan dinaikkan sebagai Menteri Besar ialah Datuk Mukhriz Tun Mahathir , Datuk Md Bashah Hanipah dan mungkin Mantan Menteri Besar sebelum ini iaitu Datuk Seri Mahadzir Khalid dan sedikit perpecahan berlaku antara ketiga-tiga kem ini dan ia mungkin menjejaskan peluang BN tapi baik di pihak BN mahupun PR kedua-duanya mempunyai peluang 50-50 .. pihak yang berusaha lebih akan dapat menjadi " Mahsuri " yang menawan Jelapang Padi Malaysia ini .
Kita berjalan menuju ke Pulau Pinang , negeri yang dikuasai oleh PR yang ditunjangi oleh DAP . Ketua Menterinya ialah YAB Tuan Lim Guan Eng ... Pulau Pinang adalah negeri perindustrian yang ke hadapan sedikit berbanding negeri lain di Malaysia . Kalau kita lihat apa yang rakyat negeri ini perlukan sekarang bukanlah 100% pembangunan tapi lebih kepada isu pendidikan dan pekerjaan .. dan ini yang harus diambik serius oleh pihak BN mahupun PR ... kalau kita lihat bukan mudah untuk BN menawan kembali Pulau Pinang sebab penduduk Pulau Pinang sangat selesa dengan DAP meskipun terdapat isu-isu berkaitan Melayu yang ditiupkan oleh sesetengah pihak namun ia mungkin menjejaskan sedikit sahaja peluang PR untuk mengekalkan penguasaan mereka .. seandainya PRU diadakan sekarang dan DUN turut dibubarkan oleh pimpinan negeri kemungkinan besar PR bakal mengekalkan pemerintahannya untuk sepenggal lagi dan agak mustahil untuk BN merampas kembali dan peluang BN hanyalah sekitar 35% sahaja untuk mengambil Pulau Pinang dari PR ..
Sebelum saya berhenti menganalisis saya ingin melangkah ke negeri Perak Darul Ridzuan yang sangat-sangat panas ketika ini lebih-lebih lagi selepas peralihan kuasa antara PR ke BN selepas 3 orang ADUN mereka berpaling tadah dan seorang kembali ke pangkuan BN selepas sehari keluar BN ... sehingga menyebabkan kerajaan BN terbentuk dengan majoriti mudah . Sebenarnya Menteri Besar yang ada sekarang iaitu YAB Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mempunyai pendekatan yang sangat mesra rakyat dan disenangi oleh rakyat-rakyat Perak dan beliau bukan sahaja turun ke kubu-kubu BN bahkan berani berkunjung ke kubu-kubu kuat PAS di sesetengah tempat dan ramai yang mula selesa dengan pentadbiran beliau dan kesediaan beliau untuk bertukar kerusi dengan beberapa parti komponen merupakan elemen utama yang menjadi kekuatan BN untuk mengekalkan penguasaannya .. di pihak PR pula isu " mohon derhaka" oleh bekas Menteri Besar masih berbekas di minda rakyat perak khusunya orang Melayu ,mungkin di negeri Perak peluang BN sekitar 65% dan momentum rakyat yang ada sekarang perlu dikekalkan seandainya ingin kekal memerintah ...
Saya akan menyambung tinta saya berkenaan dengan isu yang sama lagi selepas ni kerana TintaMuja ingin berehat seketika .. dan ingin saya tegaskan sekali lagi tulisan saya berkenaan politik ini bukan bermakna saya pro pada mana-mana pihak cuma sekadar permehatian dan sudut pandang seorang rakyat biasa sahaja .. yang baik dari Allah , yang buruk dari saya sendiri .. segala salah silap saya mohon 1000 kemaafan andai yang terasa ..tidak terniat sekalipun.. assalamualaikum ...
No comments:
Post a Comment