Tuesday, 15 January 2013

~ DEBAR PRU 13 PART 6 (Orang Muda)~

Assalamualaikum ... 
Alhamdulilah dapat lagi bertinta di tintamujamuja ni ...
Kali ni saya nak cerita pasal PRU 13 yang ditunggu-tunggu ramai dan mengikut suhu bacaan politik mungkin selewat-lewatnya sebelum March melabuhkan tirai sebab DUN Negeri Sembilan paling lewat perlu dibubarkan selewat-lewatnya 26 March nanti .. kemungkinan Parlimen menunggu DUN Negeri Sembilan tamat tempoh untuk membubarkan Dewan Rakyat dan mengikut kiraan ramai penganalisis politik PRU 13 akan diadakan pada pertengahan March yang kebetulan cuti pertengahan semester sekolah pada waktu itu dan amat sesuai diadakan PRU kerana lazimnya banyak menggunakan sekolah-sekolah untuk diletakkan peti undi dan pengiraan undi .
Kali ni saya ingin sentuh tentang calon-calon yang bakal diketengahkan oleh BN dan PR ...
baik PR mahupun BN kedua-dua pasti cuba menonjolkan calon-calon terbaik dan pastinya calon-calon muda pasti akan mendominasi senarai calon PRU 13 nanti .. sebab hampir 40% daripada pengundi pada PRU13 nanti adalah pengundi muda ... jadi wajarlah calon-calon muda diketengah nanti sama ada dari BN mahupun PR .... pasti calon-calon baik BN mahupun PR punya pakej yang tersendiri nanti ...
Kalau kita teliti sekarang di Parlimen ramai YB-YB muda seperti YB Nurul Izzah Anwar , YB Yusmadi Yusuf , YB Khairy Jamaluddin , YB Dato Rosnah .... ini ada  juga antaranya yang telah lama digilap dari zaman muda lagi sehingga ada yang mula masuk penggal kedua sebagai YB seperti YB Dato Noraini Ahmad dari BN .. tapi secara keseluruhannya saya lihat dari mata kasar Pakatan Rakyat lebih banyak menonjolkan calon-calon muda berbanding Barisan Nasional yang saya rasa ramai sedia maklum agak lebih selesa mengekalkan calon-calon veteran .. bukan kita hendak menafikan kewibawaan YB-YB veteran cuma sekarang adalah masa orang muda untuk memimpin kerana orang-orang muda ni banyak idea-idea yang bernas dan lebih memahami inspirasi orang muda yang lain ... kalau dalam Pakatan Rakyat saya kira ramai yang boleh diketengahkan dan PR sangat-sangat berjaya melahirkan produk-produk orang mudanya dan ramai golongan artis yang menyertai PR dan saya  rasa PR wajar ketengahkan mereka sebagai calon untuk "test market" golongan ini .... di pihak BN pula sepatutnta menjadi plaform terbaik untuk melahirkan pemimpin muda apatah lagi dengan adanya sayap Puteri dan Pemuda dalam parti-parti komponen ... tapi peluang yang diberikan sangat-sangat nipis ... sebagai contoh Naik Ketua Puteri iaitu Puan Shanhahim sewajarnya diberikan peluang untuk bertanding dalam PRU13 nanti dan diharap tidak ada musuh-musuh politik yang mensabotaj beliau lebih-lebih lagi beliau boleh dikatakan antara "Ketua Puteri In Making " dan ramai ahli Puteri yang boleh diketengahkan dan saya kira UMNO sebagai parti dominan harus berani menongkah arus dengan mengentahkan calon-calon muda... jangan hanya luaran sahaja ditranformasikan tapi dalaman itu plaing penting ... kalau UMNO berani memulakan saya rasa parti-parti komponen lain pasti akan ikut jejak UMNO ... sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dalam PRN Sarawak yang lalu hampir 60% calonnya orang baru dan muda dan banyak yang menang ... bukan saya pro DAP tapi ini hakikat yang perlu kita hadapi dan harus wajar dicontohi oleh BN  kalau ingin menang besar dalam PRU13 nanti.. InshaAllah ..
Jadi , sebagai pemerhati dan rakyat Malaysia dan ORANG MUDA sudah pasti saya mengharapkan satu transformasi politik bukan sahaja dari UMNO tapi MCA , MIC , GERAKAN , SUPP , PAS , PKR , DAP dan andai ia berlaku sudah pasti satu persaingan politik yang paling cantik dalam sejarah negara dan saya harap semua pihak mencapai tahap politik yang matang apatah lagi negara masuk tahun ke - 56 merdeka dan sepatutnya tiada lagi sekatan-sekatan media berlaku dan tiada lagi politik fitnah berlaku dan paling penting sekarang adalah zaman orang muda biarlah orang muda yang memimpin .... yang veteran kita dengar nasihat tapi yang menjalankan tugas biarlah orang muda .... InshaAllah pasti Malaysia akan lebih jaya dari sebelumnya ..jadi baik BN mahupun PR berusaha sehingga garis terakhir selagi wisel penamat belum ditiup meski semboyan perang masih sayu-sayu kedengaran ...
Sekali lagi saya tegaskan saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik tapi hanya pemerhati dan seorang rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia .. sampai sini je lah kali ni .
Assalamualaikum .... yang betul kita ikut , yang salah kita tegur , yang berusaha membaiki kelemahan kita lihat kemudian turuti ...Wallahualam ...

Monday, 14 January 2013

~ Sayang IBU , Sayang AYAH ~


Salam warga maya .. kali ni nak citer tentang mak dan ayah sebab dah rindu sangat kat bonda tersayang ...Menjadi perkara biasa jika yang biasa kita dengar, kisah anak-anak yang menderhaka terhadap ibubapa. Tetapi yang mungkin berbeza suasananya kisah ibubapa yang menderhaka terhadap anak-anak. Mungkin ada yang pernah dengar, atau terbaca di mana-mana artikel. Apapun kisah yang saya dengar ini benar-benar memberi impak dan membuat aku berfikir sejenak.
Dalam satu kisah yang masyhur di zaman Saidina Umar al-Khattab, seorang khalifah yang terkenal dengan ketegasan dan keadilan di dalam pemerintahannya, beliau telah didatangi oleh seorang lelaki tua yang mengadu tentang anaknya yang dikatakan menderhaka kepadanya. Bagi mendapatkan keadilan kedua-dua belah pihak, Umar al-Khattab lantas memanggil anak kepada lelaki tersebut bagi mendapatkan kebenaran tentang 'tuduhan' bapa kepada anak muda itu.
Lantas, Syaidina Umar pun bertemu dengan anak lelaki tua tersebut. Dan, ketika Umar al-Khattab menemui anak muda itu, pemuda itu melontarkan suatu pertanyaan kepada khalifah setelah di'brainwash' oleh khalifah yang bijaksana itu tentang anak derhaka. Pemuda itupun mengaku memang dia derhaka.
Apakah pula soalan pemuda terhadap Saidina Umar al-Khattab? Permuda itu bertanya;
"Apakah ada ibubapa yang melakukan penderhakaan terhadap anak-anak mereka?"
Umar al-Khattab berfikir sejenak dan menjawab: "Ya, memang ada dalam tiga keadaan ini iaitu..."
1) Lelaki yang memilih isteri di kalangan wanita yang fasik dan tidak berusaha mengubahnya menjadi baik setelah mengahwininya.
2) Lelaki yang tidak memberi nama yang baik kepada anak-anaknya, yang mana nama tersebut akan dipanggil bersama-sama namanya di akhirat kelak.
3) Lelaki yang tidak berusaha mengajar anak-anaknya al-Quran.
Sebagai seorang anak, kita mungkin berhadapan dengan salah-satu daripada keadaan yang diceritakan oleh Saidina Umar al-Khattab dalam kisah yang masyhur itu. Tetapi, adilkah menyalahkan ibubapa yang telah melahirkan kita ke dunia ini 100%?
Benar, ibu ataupun bapa kita mungkin bukan para asatizah mahupun seorang hafiz atau hafizah. Namun, kita masih mampu mengubahnya. 
Mungkin ada antara kita yang akan bertanya:
"Tapi aku bukan graduan sekolah agama, bagaimana? "
Tapi keluarga aku bukan di kalangan ustaz mahupun ustazah, bagaimana?"
Saya juga pernah bertanya sedemikian soalan kepada diri saya sendiri. Seperti saya, mungkin juga ada antara kalian yang tidak mendapat pendidikan secara formal tentang Islam mahupun bertuah dilahirkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan Islam.
Kalian mungkin seorang jurutera, pereka, peguam mahupun pegawai sesebuah organisasi, tetapi tidak dapat tidak, mungkin juga kalian seperti saya yang selalu membayangkan diri kalian sebagai seorang yang ahli dalam beberapa perkara mengenai Islam.
Di saat itu, mulalah keluar segala 'begini, begitu asbab dari diri merasa serba tahu tentang Islam. Jika seorang ayah atau ibu memberi nasihat, cukuplah kita mendengarnya dan mematuhinya selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Meskipun mungkin ilmu dan kelulusan kita lebih tinggi daripada ibu bapa kita, jangan kita meng 'counter' setiap pesanan orang tua kita. Walau mereka mungkin tidak sekolah setinggi langit seperti kita, namun hakikatnya pengalaman mereka melebihi kita. Bukankah pengalaman itu adalah sebaik-baik guru?
Kita belajar lebih cenderung kepada 'teori' semata. Membaca, berbincang, menjawab peperiksaan dan segala macam 'teori' kita teroka. Satu buku tebal kita khatam hingga lumat di memori kita. Wal hal antara teori dan praktikal, bukankah ilmu 'praktikal' itu lebih tinggi 'nilai'nya dalam menjalani kehidupan? Maka, ikhlaskanlah hati kita mendengar setiap butir bicara ibu kita.. Dengarkan dahulu apa yang hendak diperkatakan oleh ayah kita. Semuanya insyaAllah demi kebaikan kita semata-mata.
Namun, jika jelas ibu bapa kita kurang 'agama' nya, maka sebagai anak juga bertanggungjawab ke atas keluarganya. Berusaha mencari ilmu agama dan praktikkan bersama-sama keluarga. Jika ibu ayah seakan ego untuk menerima, usah putus asa dalam mengajak kebaikan. Berusaha dan teruskan berusaha. Gunakanlah pendekatan yang paling lembut dalam ajakan dakwah. Serta doakanlah sentiasa, semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu hati ibu ayah kita untuk menerima. Sesungguhnya doa itu senjata umat islam yang paling ampuh. Maka berdoalah selalu.
Insya-Allah, kita masih mampu mengubahnya! Mulakan langkah! Ini yang patut kita, saya dan pembaca lakukan. Marilah sama-sama menjadikan diri kita lebih baik dari semalam dan istiqomah dalam setiap perkara baik yang kita lakukan.
Jadilah 'trendsetter' di dalam keluarga bagi mengubah keadaan kepada apa yang kita mahu. Kalaupun kita bukan seorang da'ie, sekurang-kurangnya kita tidak menjadi seperti lelaki tua yang diceritakan di dalam kisah di zaman Saidina Umar al-Khattab itu.
sampai sini je lah tintamujamuja bertinta , jaga diri semua , pelihara iman ... inshaAllah ada hikmah ..
Assalamualaikum ...
"Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today." - (Shaykh Abdul Nasir Jangda)

Saturday, 12 January 2013

~ HASAD DENGKI ~

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”

~Hantaran Tinggi bukan ukuran nilainya ~


Kekadang bila saya duk baca statement dari mana2 pihak yang condemn pihak perempuan yang menetapkan hantaran tinggi mengalahkan artis, aku akan tersenyum sendiri. Jelas nampak ketidakcerdikan mereka yang mahu itu ini, hantaran serba satu seolah-olah mereka itu bidadari turun dari langit.

Walaupun aku seorang perempuan, aku sangat bersetuju dengan statement di atas. Wanita itu tidak ternilai. Walaupun hanya mahar seringgit, tetapi jika dia adalah bidadari dunia yang bakal menghuni syurga, dia adalah semahal-mahal wanita. 

Tingginya martabat wanita itu bukan dinilai pada hantarannya yang bernilai ribuan serba satu, tapi pada akhlaknya dan kedudukannya yang dia letakkan dirinya disisi Allah.

Walaupun ramai yang menyangkal dan mengatakan zaman sekarang ni segalanya memerlukan duit.. Nak tahu lelaki itu mampu sara kita atau tidak, tengok pada harga hantaran yang diberinya...  YA! Sangat betul. Tapi perlu ke berlebih-lebihan?

Aku tak kata nak kahwin lelaki perlu bagi mas kahwin hanya RM10 dan segalanya selesai. Nikahnya sah tapi tanggungjawabnya selepas itu lagi besar. Berilah dengan berpada-pada, sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Jangan diikut sangat uruf dan adat negara kita yang sangat suka meletakkan hantaran serba satu  yang jumlahnya pun dah melangkaui jumlah kos kahwin. Sampai bajet semua lari sebab duk ikut sangat adat yang entah apa-apa itu.

Contohnya, kalau nak berkahwin dengan pemegang Ijazah, hantarannya harusss RM12K-RM15K. Derrr, perlu ke macam tu? Takkan nak tunggu lelaki tu sampai beruban baru boleh masuk meminang? Takkan nak tunggu sampai ada hubungan terlarang sampai baru kelam kabut nikah free. Tak perlu hantaran tinggi dah.

Jangan nanti ramai yang bergelar andartu sebab nak tunggu prince charming bagi hantaran RM15K keatas baru nak kahwin. Padahal masak pun tak reti, kemas rumah pun hancuss. What a shame!

Islam sebaik-baik agama yang menekankan kesederhanaan dalam pelbagai perkara. Yang boleh didahulukan, dahulukanlah. Tak perlu la nak tunggu yang grand dulu baru rasa puas hati yang teramat. Zaman sekarang, semuanya perlukan duit. Kalau urusan kahwin pun dah menelan belanja macam beli Toyota Vios, mana lagi baki yang tinggal?

Nasihat aku, ikutlah kemampuan. Kalau mampu bagi yang tinggi, bagi la. Kalau tak mampu, jangan paksa diri. Kalau si gadis menolak, apa susah, cari je la orang lain. Habis cerita. Biar padan muka gadis tu : p

Soal hantaran, bagi aku tak manis kalau pihak perempuan yang tetapkan. Dalam masyarakat kita, yang over tu biasanya datang dari ibu bapa si gadis, bukan dari gadis tu sendiri. Lepas tu timbul istilah jual anak la, anak tu cantik sangat sampai hantaran 20k, macam-macam la. Kan dah jadi spekulasi. Pakcik makcik nak tengok anak jadi andartu ke?



“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.
[An-Nisaa: 4]



Hantaran itu hanyalah adat warisan. Yang wajibnya mas kahwin. Yang duk sebut time akad tu. Hantaran yang ribu ribu ribu ribu tu takde pun dalam Islam. Tu cuma adat je. Ingat tu.


Aku petik kata2 ni dari sebuah blog. Kata2 nya lebih kurang begini:

''senangla korang cakap tak payah hantaran tinggi2 utk kitaorang. Nanti yang masak pagi2 buta sape? Yang bangun malam berjaga anak lapar nak minum susu, tukar pampers anak, jaga anak sampai diorang besar, masak lagi, basuh baju, kemas rumah bagai... sape??? Lelaki? Membuta la jawabnya. Takdenye nak bangun buat susu anak.. Kalau anak menangis buat dek je. Wajarla kalau kami dapat hantaran mahal2 pun.. Tu kira upah ape utk kitaorang. Sepatutnya lebih dari tu kami perlu dapat...''


Dear anda yang berbicara, (mengikut pendapat aku dari seorang perempuan itu sendiri),

Kalau bagi hantaran tinggi semata-mata untuk membalas kebaikan perempuan yang banyak berkorban dalam keluarga, termasuk terpaksa korbankan waktu tidur semata2 kerana tangisan anak2 yang banyak ragam, dengan stressnya kene kerja untuk support suami then balik rumah terpaksa bekejar ke sana ke mari semata-mata nak tunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, apala nilai sangat hantaran setakat belas-belas ribu. Hatta ratusan ribu pun tak mampu nak balas pengorbanan tu.

Analogi yang boleh diguna, boleh terbayarkah jasa ibu bapa kita yg membesarkan kita dengan memberi mereka duit RM10k sebulan? Mampukah membalas segala penat lelah mereka membesarkan kita selama ini?

Walaupun jutaan ringgit yang diberikan, tetap takkan mampu membayar harga sebuah pengorbanan yang tiada tara itu. Walau berduit mana pun seorang anak, tetap takkan mampu membayar balik sejumlah wang dengan setitik peluh yang keluar dari ibu bapa mereka demi menyara anak-anak mereka.

Jadi, samalah dengan hantaran itu. Walaupun berjuta-juta hantaran yang dibayar oleh pihak lelaki, tetap takkan mampu membayar pengorbanan seorang wanita dalam rumah tangga itu. Besarnya pengorbanan itu takkan mampu terbalas dengan material.

Hanya pahala yang berterusan dan keredhaan Allah yang mampu menebusnya. Ya, keredhaan Allah. Yang lebih penting dari segala. Bukan emas yang bergunung tinggi, bukan duit yang berbilion dolar, bukan segunung intan permata. Redha Allah adalah keutamaan kita.


Sabda Rasulullah Saw:
"Wanita yang paling agung kebarakahannya, adalah yang paling ringan maharnya."  (HR Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih).

Rasulullah juga mengingatkan,"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Namun sebaliknya,wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya."


Belajarlah untuk menjadi seorang yg bukan materialistik! 

Thursday, 10 January 2013

~Renungkan ~

Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya 

ucapan dibibir atau pada indahnya 

pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang

 kepada temannya dalam doanya 

(IMAM AL-GHAZALI) 

Tuesday, 8 January 2013

~ Berpisah dan Rindu ( SAHABAT )~

Setiap yang berjumpa pasti akan berpisah ..
setiap yang bermula pasti akan beraakhir...
bila semua awal menjadi akhir maka...
Rindukan para sahabat pasti terbit ....

rindu rasanya...berkOngsi kisah bahagia & duka..

bergelak ketawa bersama mereka..

ditarbiah..ditegur bila tersalah..
diingatkan bila terleka...dipujuk bila terluka...

rindu rasanya...ditanya..
bila ada yang tak kena...

rindu..
pada dia yang peduli....
dan bila cuba menyimpan rapi...
menyembunyikan luka dan segala calar dihati...
dia tahu, dan perasan, ada sesuatu sebenarnya yang ingin dikongsi..

rindu pada dia.. memberi semangat saat goyah...

rindu pada kata membina saat sebak menjengah...
rindu pada kata-kata semangatnya...

tak selamanya kita kuat,
dan tak selamanya kita boleh bersendiri...

dan kadang2, yang kita perlukan..
bukanlah hanya boleh memahami dan mengerti..
tapi seseorang yang boleh dipercayai, untuk berkongsi...

“Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

*SemOga kalian sentiasa dilindungi & disayangi Allah SWT... ;)

Monday, 7 January 2013

~Salman Al-Farisi pencari kebenaran ~


Salam warga maya , kali ni nak tulis tentang suatu kisah tentang Salman Al- Farisi kebetulan pula ada seorang sahabat yag menggunakan sahabat Nabi Muhammad SAW ini dalam laman sosial sebagaimana namanya , dia seorang sahabat yang sangat-sangat baik .Kissah Salman Al-Farisi ini diceritakan langsung kepada seorang sahabat dan keluarga dekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas:

Salman dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran.Ayahnya adalah seorang Dihqan (kepala) desa. Dia adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar.Ayahnya menyayangi dia,melebihi siapa pun. Seiring waktu berlalu, cintanya kepada Salman semakin kuat dan membuatnya semakin takut kehilangan Salman. Ayahnya
pun menjaga dia di rumah, seperti penjara.Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas. Suatu ketika ayahnya meminta dia mengerjakan sejumlah tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran."Ayahku memiliki kawasan tanah subur yang luas. Suatu
hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi
ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam
perjalanan ke tanah tersebut, saya melewati gereja Nasrani. Saya
mendengarkan suara orang-orang shalat di dalamnya. Saya tidak
mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, kerana ayahku
membatasiku di dalam rumahnya! Maka ketika saya melewati orang-orang
itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam
untuk melihat apa yang mereka lakukan." .... "Ketika saya melihat
mereka, saya menyukai salat mereka dan menjadi tertarik terhadapnya
(yakni agama). Saya berkata (kepada diriku), 'Sungguh, agama ini lebih
baik daripada agama kami'".Salman memiliki pemikiran yang
terbuka, bebas dari taklid buta. "Saya tidak meninggalkan mereka sampai
matahari terbenam. Saya tidak pergi ke tanah ayahku."Dan ketika
pulang, ayahnya bertanya. Salman pun menceritakan bertemu dengan
orang-orang Nasrani dan mengaku tertarik. Ayahnya terkejut dan berkata:
"Anakku, tidak ada kebaikan dalam agama itu. Agamamu dan agama nenek
moyangmu lebih baik."
"Tidak, agama itu lebih baik dari milik kita," tegas Salman.
Ayah Salman pun bersedih dan takut Salman akan meninggalkan agamanya. Jadi dia mengunci Salman di rumah dan merantai kakinya.Salman mengirimkan sebuah pesan kepada penganut
Nasrani, meminta mereka memaklumkan jika ada kafilah pedagang yang
pergi ke Suriah. Setelah informasi diperolehi, Salman pun membuka rantai
dan melarikan diri untuk bergabung dengan rombongan kafilah.
Ketika tiba di Suriah, dia meminta dikenalkan dengan seorang pendeta di gereja. Dia
berkata: "Saya ingin menjadi seorang Nasrani dan memberikan diri saya
untuk melayani, belajar dari anda, dan salat dengan anda."
Sang pendeta menyetujui dan Salman pun masuk ke dalam gereja. Namun tak lama
kemudian, Salman menemukan kenyataan bahawa sang pendeta adalah seorang
yang mengamalkan rasuah. Dia memerintahkan para jemaah untuk bersedekah, namun
ternyata hasil sedekah itu ditimbunnya untuk memperkaya diri sendiri.

Ketika pendeta itu meninggal dunia dan umat Nasrani berkumpul untuk
menguburkannya, Salman mengatakan bahwa pendeta itu perasuah dan
menunjukkan bukti-bukti timbunan emas dan perak pada tujuh guci yang
dikumpulkan dari sedekah para jemaah.
Setelah pendeta itu wafat, Salman pun pergi untuk mencari orang soleh lainnya, di Mosul, Nisibis, dan tempat lainnya.

Pendeta yang terakhir berkata kepadanya bahwa telah datang seorang nabi di
tanah Arab, yang memiliki kejujuran, yang tidak memakan sedekah untuk
dirinya sendiri.Salman pun pergi ke Arab mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan uang yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman. Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Suriah dan Madinah), para pedagang itu
mengingkari janji dan menjadikan Salman seorang seorang budak, lalu
menjual dia kepada seorang Yahudi.

Dipendekkan cerita, akhirnya Salman dapat sampai ke Yatsrib (Madinah) dan bertemu dengan rombongan yang baru hijrah dari Makkah. Salman dibebaskan dengan wang tebusan
yang dikumpulkan oleh Rasulullah SAW dan selanjutnya mendapat bimbingan
langsung dari beliau.Betapa gembira hatinya, kenyataan yang
diterimanya jauh melebihi apa yang dicita-citakannya, dari sekadar
ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah pengakuan sebagai muslimin
di tengah-tengah kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang disatukan sebagai
saudara.Kisah kepahlawanan Salman yang terkenal adalah kerana
ideanya membuat parit dalam upaya melindungi kota Madinah dalam Perang
Khandaq. Ketika itu Madinah akan diserang pasukan Quraisy yang mendapat
sokongan dari suku-suku Arab lainnya yang berjumlah 10.000 orang.
Pemimpin pasukan itu adalah Abu Sufyan. Ancaman juga datang dari dalam
Madinah, di mana penganut Yahudi dari Bani Quradhzah akan mengacau dari
dalam kota.

Rasulullah SAW pun meminta masukan dari sahabat-sahabatnya bagaimana strategi menghadapi mereka. Setelah bermusyawarah akhirnya saran Salman Al Farisi atau yang biasa dipanggil
Abu Abdillah diterima. Strategi Salman memang belum pernah dikenal oleh
bangsa Arab pada waktu itu. Namun atas ketajaman pertimbangan
Rasulullah SAW, saran tersebut diterima.Atas saran Salman itulah perang dengan jumlah pasukan yang tak seimbang dimenangkan kaum Muslimin.

Setelah meninggalnya Nabi Muhammad, Salman dikirim untuk menjadi ketua di daerah kelahirannya, hingga dia wafat. Wallahualam ..