Sunday, 6 January 2013
BUKU BUKU MENJAWAB TUDUHAN TERHADAP TABLIGH
Judul asli : Nadzrah Ilmiyah fi Ahlit Tabligh wad Da’wah
Pengarang : Syeikh Ayman Abu Syadi
Penerbit : Maktabah Al-Majallad Al-Araby Cairo
Jumlah siri : 5 buku
Jumlah hal : seri I (128 h) seri II (128 h) seri III (270 h) seri IV (285 h) seri V (319 h)
Buku ini terdiri dari 5 siri dengan jumlah halaman yang berlainan. Dikarang oleh Syeikh Ayman Abu Syadi. Beliau adalah bekas mahasiswa Universiti Al-Azhar dengan memperoleh ijazah ‘aliyah dari fakulti Syariah Islamiyah, sebagaimana tertulis pada sampul bukunya. Beliau juga memiliki sanad (rantai ilmu) dalam bidang aqidah, hadits, ushul fiqh, dan fiqh, bahkan telah diberi kebenaran (ijazah) oleh gurunya untuk menyampaikan ilmu yang telah dimilikinya.
Kelima-lima siri buku karya Syeikh Ayman Abu Syadi ini amat-amat sesuai dijadikan buku bacaan para pendakwah ( khusus : Jamaah Tabligh) agar tidak lemah oleh banyaknya tuduhan-tuduhan dari berbagai gerakan yang tidak menyukainya. Bahkan, perlu dibaca juga oleh mereka-mereka yang menganggap Jamaah Tabligh (yang sesetengah orang-orang menuduh) ini telah menyimpang dari ajaran Nabi SAW (bid’ah). Juga kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih jauh tentang Jamaah Tabligh itu sendiri.
Setiap siri dari kelima siri buku berkenaan menjawab satu tuduhan (syubuhat) yang dilontarkan oleh berbagai gerakan yang menuduh Jemaah Tabligh ini sesat, pengarang menjawab dengan dalil dari Quran, Sunnah, maupun perkataan ulama-ulama salaf dengan mengutipkannya dari rujukan-rujukan Kitab Klasik (turats).
Siri pertama membahaskan tentang penentuan nishab (tahdidul awqath) yang ada dalam aktiviti Jamaah Tabligh seperti 3 hari, 40 hari, 4 bulan, serta menjawab berbagai tuduhan yang berkaitan dengan hal tersebut. Pada siri pertama ini sebelum masuk pada jawapan atas tuduhan, pengarang menjelaskan terlebih dahulu tentang :
1 ) Pengertian bid’ah menurut berbagai pendapat ulama (Imam Az-Zarkasyi, Syaikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalany, dll),
2 ) Mengketogorikan bid’ah itu ke dalam bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah (Imam Syafi’i, Imam Syatiby, Al-’Allamah Al-Ainy, dll),
3 ) Juga memaparkan pendapat-pendapat ulama lain yang membahagikan bid’ah menjadi 5 bagian; wajibah, mandubah, mubahah, mamnu’ah, makruhah (Imam Al-Qarafy, Imam Nawawy, Imam Al-’Izz bin Abdus Salam, dll).
Siri pertama ini disudahi dengan lampiran fatwa-fatwa dan pandangan para ulama tentang Jamaah Tabligh. Di antaranya; Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abu Bakr Al-Jazairy, Dr. Muhammad Bakr Ismail, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, dll.
Siri kedua membahas tentang konsep jihad (mafhumul jihad), bagi menjawap atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh mengingkari adanya jihad dan menyempitkan makna jihad serta mengalih makna jihad pada makna ‘dakwah’. Siri kedua ini disudahi dengan fatwa dan pandangan beberapa Ulama Islam (Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi, dll)
Siri ketiga membahaskan tentang konsep’kesetiaan dalam Islam’ (al-wala’ wal bara’), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak memiliki ‘kesetiaan dalam Islam’ dan tidak memiliki ikatan keimanan yang teguh. Kemudian sebagaimana pada siri sebelumnya, disudahi dengan pandangan dan fatwa ulama (Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadwy, Prof. Dr. Wahidudin Khan, dll)
Siri keempat membahas tentang konsep keislaman cara Nabi SAW (manhaj nabawy), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak ingin menegakkan agama Islam di muka bumi dan tidak menginginkan masyarakat Islam itu terbentuk. Lalu disudahi dengan pandangan dan fatwa para ulama (Syeikh Sa’duddin Sayyid Shalih, dll)
Siri kelima membahas tentang konsep mencegah kemunkaran (taghyirul munkar), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak mempedulikan adanya kemunkaran dan tidak menganggap bahawa mencegah kemunkaran adalan sebahagian dari kewajipan seorang Muslim. Siri ini juga disudahi dengan fatwa dan pandangan para ulama (Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthy, dll)
Demikian ulasan singkat dari buku ini. Sebenarnya banyak pembahasan-pembahasan yang menarik terdapat di dalam setiap siri buku-buku ini, malah hampir semua tuduhan dijawab dengan jawaban yang dirujuk dari kitab Islam Klasik (turats) bahkan pengarang juga membahaskan dengan menggunakan kaedah ushul fiqh, namun apa yang dipaparkan di sini hanyalah gambaran singkat sahaja dari isi buku-buku berkenaan.
jADI pada yang ada kemusykilan inshaAllah akan terjawab lepas membaca buku ini ..
Wallahualam .... smpai sini je TINta Muja ..
Saturday, 5 January 2013
Manusia Bodoh .
Ada manusia bodoh sebab buta dek dunia ......
ada manusia bodoh dek nafsu ...
ada manusia bodoh dek perasaan ...
Mereka rasa mereka hebat ..
Mereka rasa mereka paling VOUGE .. paling KEMAH .. paling GOOD LOOKING ...
Mereka lupa mereka sudah terkeluar dari landasan .....
seperti gerabak kereta api yang terkeluar dari landasannya..
begitulah mereka ....
Lupa akan Tuhan mereka , Lupa akan hukum Tuhan , Lupa mana halal mana haram ..
Ada manusia bodoh bila mereka angkuh ...
mereka merasa pangkat mereka tinggi ... mereka leka dibuai wang dan pangkat ...
Bodohnya sebab tak thu Allah yang maha kaya ..
Ada manusia jadi bodoh dek mulut ...
Lafaz bicara lancang tak bertempat ... Mereka ingat mereka hebat bila butir bicara myakitkan hati ..
Tapi ia melihatkan keBODOHan mereka ... sebab lafaz tak setaraf dengan pendidikan yang ada ..
BODOH sangat BODOH kata Mak Timah dan Pak Abu .....
Mereka PERASAN merekalah yang paling LEGEND sebab tiada yang mampu menegur walhal dia tiada kawan .. tiada pendamping tetap .. yang ada hanyalah kaki ampu yang HIPOKRIT depan mereka demi menjaga hati mereka .. takut KECEWA sangat dek TIADA IMAN lalu membunuh diri ...
REZEKI lambat bila BODOH.. BODOH dek SOMBONG .. menderet-deret membawa SOMBONG dan BODOH ke hulu ke hilir .... yang melihat ketawa dalam diam , yang mendengar bersorak memperli ....
ada manusia bodoh tayang aurat ke sana sini ... pergi kerja pakai tudung .. pergi jalan di pasar tudung dicampak ke laut .... ada juga manusia bodoh berpegang-pegang bukan mahram .. jangan .. jangan ...
JANGAN BODOH DEK MULUT SEBAB SEMUA ADA OTAK UNTUK MENGAWAL LAFAZ...
JANGAN BODOH DEK PERASAAN SEBAB DENGKI ITU ADA PINTU PENUTUPNYA...
JANGAN BODOH DEK NAFSU SEBAB NAFSU ITU BUKAN RAJA ....BUKAN JUA TUHAN..
JANGAN BODOH DEK FACEBOOK DEK TWITTER BILA HATI TEWAS MELIHAT SUATU KEMENANGAN LALU DARJAT MARUAH DIJATUH BIAR PECAH ...
PEPATAH ADA CAKAP : ESOK LUSA GILIRAN AWAK PULA DIJATUHKAN ....
ISTIFAR ,,, ALHAMDULILAH ANA MUSLIM .. ADA GUIDELINE UNTUK MENJAGA DIRI DARI MANUSIA BODOH ... MASYAALLAH INDAHNYA ISLAM .... ANA TAKNAK TERIKUT RENTAK MANUSIA BODOH SEBAB ANA YAKIN ALLAH TENGAH MENDUGA ANA MENGIKUT KEMAMPUAN ANA ..... ANA REDHA AKAN CACIAN , ANA REDHA AKAN KEMARAHAN .... TAPI ADAKAH MANUSIA BODOH TENGAH BAHAGIA ??
JAWAPANNYA TIDAK SEBAB MANUSIA BODOH TIDAK HIDUP BERLANDASKAN SYARIAT ALLAH DIA SESAR DALAM LINGKARAN SEGI TIGA BERMUDA CIPTAANNYA SENDIRI .. DUNIA SENDIRI SEOLAH TIADA TUHAN ..
* Seronok pulak bertinta begini teringat blog seorang sahabat .. yang bahasanya agak kasar dan sinis tapi maksud mendalam dan sampai ... tapi tinta saya tak seindah kiasan sahabat saya itu ... sekadar kasar tanpa tapis dalam cuba menagih perhatian .. hehe .... Maaf sebab kasar tapi sastera itu tak kenal bahasa kan ? madah itu tak kenal pena kan ? jadi inilah PENA KASAR yang sedikit kotor tercalit DURI ..
Assalamualaikum ... ^_^

Friday, 4 January 2013
~ Aku Ingin Beubah (HIJRAH)~
~ Kisah Anak Seorang Tabligh ~
Assalamualaikum warga maya , kali ni TintaMujaMuja nak berkongsi satu kisah benar yang agak menarik untuk kita renungkan iaitu Kisah
Benar dari Anak Seorang Tabligh. Bacalah kisah yang dicoretkan anak si
mati ini. Agar kita dapat sesuatu yang bermanfaat dari kisahnya.
Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.
"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.
Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.
Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.
Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.
Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.
Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.
Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.
Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.
Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.
Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.
Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.
Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.
Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.
Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.
“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.
Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.
“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.
“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.
“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.
Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.
“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”
Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.
Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.
Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."
Renungkan wahai saudara seakidahku ..... InshaAllah ada hikmah ....

Sampai sini je TintaMujaMuja bertinta ... Wasalam ...
Thursday, 3 January 2013
~ Debar PRU13 Part 5 ( Menghitung Hari ) ~
Salam warga maya ,bila tirai 2013 mula menjenguk memang yang paling ditunggu-tunggu tahun ni sudah pasti ialah PRU13 even saya sendiri pun tak sabar-sabar menunggu semboyan PRU13 dibunyikan ... Paling lewat sekalipun PRU13 akan diadakan bulan Jun tahun depan dan ia tidak akan lebih dari itu kerana Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada April 2013 selepas genap lima tahun PRU12 diadakan . Kali ni saya nak cerita tentang suasana politik negeri Johor yang terletak di hujung Semenanjung Malaysia ...
Di negeri inilah UMNO ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1946 dan sehingga kini ia masih lagi kubu kuat UMNO dan hakikat tersebut tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun meski oleh puak pembangkang .. sekarang Menteri Besar Johor ialah Datuk Abdul Ghani Othman .. dan jawatan beliau sekarang didahului oleh Timbalan Perdana Menteri sekarang iaitu Tan Seri Muhyiddin Yassin .. di era pemerintahan beliaulah kita dapat melihat Johor seperti sekarang .. dengan pembukaan Iskandar Malaysia yang berjaya menarik minat banyak pelabur .. OKlah .. nak singkap dari sudut politik pulak ..
Di pihak Pakatan Rakyat mereka menamakan YB Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar mereka andai mereka berjaya menakluk Johor .. pada saya beliau merupakan calon yang tepat meski krebiliti beliau dinafikan oleh pihak BN tapi beliau telah membuktikan yang beliau mampu kerana sebelum ni beliau merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya menjadi Naib Presiden PAS .. beliau pemimpin pelapis yang saya fikir mampu menjadi Presiden PAS satu hari kelak .. InshaAllah ... dan tidak dapat dinafikan beliau antara WOW faktor PR untuk menawan Johor dalam PRU13 kelak .. satu lagi kelebihan beliau ialah beliau merupakan kacukan Melayu - Cina yang faktor tersebut dapat dijadikan alasan untuk pengundi Cina yang kita maklum memang menyokong PR untuk memilih PR sebagai kerajaan negeri yang baru kelak .
Tapi jangan lupa Menteri Besar Johor yang sekarang sudah pasti tidak akan mengalah meski sudah ada ura-ura yang beliau akan dibawa ke pusat dan mungkin Datuk Seri Khalid Nordin dinamakan sebagai Menteri Besar yang baru .... dan sudah pasti kedua-dua akan berjuang habisan memastikan Johor tetap milik BN .... meski Johor turut dilanda isu RAPID Pengerang kawasan Dato Seri Azalina Othman .. siapa tidak kenal .. mantan Ketua Puteri UMNO yang begitu lantang tatkala menjadi Menteri Belia dan Sukan dulu dan seterusnya menjadi Menteri Pelancongan yang saya kira sangat berjaya dalam porfolio beliau .. dan kenapa tidak BN menongkah arus menamakan beliau sebagai Menteri Besar Wanita yang pertama dan mungkin ia akan berjaya meraih undi pengundi Wanita Johor andai strategi ini diguna pakai .... dan jangan kita lupa BN ada YB Dato Seri Hishamudin Tun Hussein di Parlimen Sembrong .. meskipun hampir separuh pola pengundi dalam parlimen tersebut adalah kaum cina namun beliau tetap berjaya mempertahankan parlimen tersebut pada PRU12 .. walaupun imej beliau sedikit diduga sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri but kita tak dapat nafikan yang beliau antara produk pelapis UMNO dari Johor yang berjaya .. kita juga ada YB Dato Razali Ibrahim di parlimen Muar.. beliau juga antara yang boleh dinamakan sebagai Menteri Besar yang baru andai BN masih berkuasa di Johor kelak ....
Apa-apapun bagi saya suhu politik di Johor masih pada tahao sederhana dan ia belum panas lagi tapi BN harus berhati-hati juga kerana PR lebih-lebih lagi PAS sudah mula mendapat tempat di Johor .... dan saya kira peluang bagi BN mengekalkan kemenagan dalam 70% manakala PR dalam 30% namun tidak mustahil dari 30% boleh naik sedikit demi sedikit sbb politik it all about spekulasi .... sukar diramal namun bila dah terjadi sukar ditukar ...
Sampai sini je lah sebab tak banyak dapat saya ulas tentang Johor sebab ia tidak panas semakmur namanya di bawah teraju Sultan Johor yang ada sekarang . dan saya pun tidak sabar menunggu Istiadat Pertabalan Sultan Johor yang dijangka pada Mei 2014 nanti selepas Istana-istana yang digunakan untuk istiadat tersebut siap dibaikpulih..... pasti ia berbeza ....
OKLAH .. Assalamualaikum , jumpa lagi ..

Wednesday, 2 January 2013
~ Sesuap Hidayah ~
Hidayah ALLAH bukan di nanti tapi di cari....
jadi jangan sesekali guna ayat 'belum dapat hidayah lagi'
'ALLAH tak kan mengubah nasib hambaNYA kecuali mereka mengubahnya
sendiri'
Hidayah ALLAH bukan untuk di perlekeh.. Jika kita sendiri malas mencari
HidayahNYA jgn sesekali kita memperlekehkan orang yg sudah berjaya
memperolehnya ...
Jangan sesekali menyalahkan takdir jika kita menerima dugaan atas pilihan
kita sendiri.. ALLAH ade sebabNYA sendiri.. sentiasa lah bersangka baik
denganNYA.. KERANA SEGALA YANG TERJADI ADALAH DENGAN IZINNYA...
* Jadikanlah hidayah itu seperti makanan antum wahai sahabat sekalian,suapkan lah ke dalam diri , jangan menunggu ia datang sendiri .. kerana hidayah itu perlu dicari agar ia datang .....Wallahualam ...
~ Ahlan Wasahlan 2013~
Assalamualaikum sahabat-sahabat maya sekalian , alhamdulilah syukur ke hadrat Allh SWT kerana kita semua dilanjutkn usia dan dimurahkn rezeki utk bersua dgn tahun 2013 .. Tahun yg mungkin memberi kenangan manis ,pahit jua kepada kita .. siapa tahu kan ? "kun faya Kun " kalu Allah kata ya maka ya lah kalau tak maka tak lah .. siapalah kita untuk menafikan perancangan Allah yang maha pengasih lagi pemurah itu ..
2012 saya tinggalkan dengan satu perkataan i can say iaitu " ALHAMDULILAH " kerana 2012 banyak urusan saya telah dipemudahkn oleh Rabb tercinta .. dan di 2012 juga saya temui satu jalan .. jalan nan indah yang mungkin selama ini saya pandang enteng iaitu jalan dakwah yang baru .. WASILAH cinta ALLAH baru nan indah .. syukur .. pada yang belum temui carilah wasilah cinta Allah .. ia banyak cuma terpulang pada kita untuk mencari..
untuk tahun 2013 pula , saya mengharapkan semoga Allah pemudahkan urusan saya untuk menghabiskan 2013 dengan cemerlangnya sebagai hamba Allah yg istiqamah.. dan dipermudahkn urusa sebagai pendidik , mendidik dan terdidik .. semoga dikurniakn badan yg sihat dan dilanjutkan usia ..amin ..
Pada semua , inshaAllah kita semua pasti akan menghabiskan 2013 dengan ceria dan gembira seandainya Allah mengizikan . jadi usaha , tawakal dan redha pada apa-apa yg berlaku lepas nie ..
Subscribe to:
Posts (Atom)