SALAM warga maya ... alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk jari-jari ini mengetuk papan kekunci ini .hehe.. hari ni dah masuk puasa ke 25 .. masya Allah.. cepatnya masa berlalu ... tinggal 2 hari lagi nak balik .. Ya Allah.. tak sabarnya melepaskan kerinduan pada keluarga tersayang .. mesti masa sekarang dorang sibuk buat biskut dan kek ... tinta kali ni saya ingin mengajak kita semua merenung tajuk di atas . Panjangkan tajuk tu .. hehe. saje je nk bikin suspen .. walhal takde apa-apa pun ..
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
Dalam dunia ni selagi namanya kita bermasyarakat kita takkan terlepas dari saling memberi sesama kita dan sudah pasti ia amalan mulia yang amat dituntut selagi namanya kita orang mukmin dan sesungguhnya kita bersaudara jadi apa perasaan kita apabila saudara dilanda kesusahan??? sudah pasti kita akan merasa senang untuk menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita itu .
Tetapi isu yang di sini ialah adakah kita yang memberi itu dihargai ? diingati ? dan dikenang ? Inilah masalah apabila kita menolong orang lain dengan mengharapkan balasan . Kita tolak tepi dahulu ikhlas atau tidak sesuatu pemberian itu tapi kita fikir adakah yang menerima itu seorang yang mengenang budi atau sekadar kacang lupakan kulit ?? Kadang-kadang yang memberi sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari inginkan penghargaan meskipun tidak mengharap dan kita perlu beringat bahawa bumi ini bulat hari ini kita ditolong esok lusa tidak salah kita pulak yang menolong .
Orang selalu je gtau takut termakan budi walhal sepatutnya benda tu tak patut wujud pun sebab saling tolong menolong merupakan nilai murni yang spatutnya tersemai dalam diri seseorang itu . Jangan takut memberi budi mahupun menerima budi kerana semua itu adalah rezeki bagi yang diberi dan pahala bagi yang memberi . Insha Allah .
Bagi yang memberi ... berilah dengan 3 inti iaitu ukhuwah , kasih dan sayang nescaya yang menerima pasti akan merasa nikmat diberi itu dan akan selalu mengenang jasa yang memberi. bagi yang diberi sambutlah dengan redha , hati yang terbuka dan fikiran yang sihat seandainya ini dipraktikkan insha Allah yang menerima akan menjadi orang yang mengenang budi dan tidak lupa daratan walau setinggi mana dia berada dia pasti ingat siapa yang mengangkat dia setinggi itu dan walau dia terbang setinggi mana pun dia pasti akan ingat siapa yang mengajar dia mengibarkan sayap dia dahulu .
sampai sini je lah tinta berentak kali ni .. mata pun mengantuk pula bila menaip panjang-panjang camni .. Insha Allah bersua lagi di pena yang mendatang .. wasalam .. ^_^
No comments:
Post a Comment