Sunday, 1 June 2014

~ Hai DYANA SOFEA , majoriti 238 undi , undi rosak 500 undi , kelebihan 71 undi di Teluk Intan ~

Siapa Dyana Sofea ??Saya mula kenal akan beliau semasa beliau diumumkan menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang semasa kempen PRU13 tahun lepas .Siapa pula Datuk Mah ? Saya mula kenal personaliti ini ketika beliau memenangi jawatan Presiden Gerakan dalam tahun lepas .
            Walaupun tipis namun Barisan Nasional (BN) membuktikan kehebatannya ‘merampas’ semula kerusi Parlimen Teluk Intan dengan kemenangan Datuk Mah Siew Keong mengalahkan calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud malam tadi.Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat sebanyak 20,157 undi berbanding Dyana sebanyak 19, 909 undi.Undi rosak dilaporkan sebanyak 550 undi.Kejayaan Siew Keong lebih manis apabila undi meningkat berbanding 20,086 undi diperolehnya semasa PRU-13 dan kalah ditangan calon DAP, mendiang Seah Leong Peng.Siew Keong yang hadir semasa pengumuman keputusan undi hadir bersama beberapa pemimpin.Keputusan diumumkan secara rasmi pada pukul 9.41 malam selepas wakil Pakatan Rakyat meminta undi dikira semula.Apa pun,  penduduk Teluk Intan bertuah kerana menerima seorang menteri Kabinet mewakili mereka. WALAUPUN Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Dyana Sofya Mohd. Daud. berada dalam keadaan cemas, namun kebanyakan orang tetap berpendapat dia berpeluang besar untuk menang terutamanya kerana mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.Apa yang di luar jangkaan ialah lelaki matang berumur 53 tahun dari Gerakan akhirnya menewaskan calon jelita berumur 27 tahun dari DAP dengan majoriti 238 undi.Selepas berita kekalahan tersebar, lebih seribu orang penyokong yang berada di bilik gerakan DAP menitiskan air mata, ramai penyokong di luar Teluk Intan turut sebak. Ada yang berkali-kali tanya, "betul ke?"Punca kekalahan Dyana ada tiga, pertama ialah tahap penerimaan politik masyarakat majmuk belum matang terutamanya di kawasan seperti Teluk Intan yang merupakan campuran bandar dengan luar bandar.DAP dengan berani menghantar calon Melayu, namun tahap penerimaan di kalangan pengundi Melayu adalah tidak baik.Faktor kedua ialah sebahagian kecil pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi India telah kembali kepada Barisan Nasional (BN). Keadaan ini menghakis sokongan yang diterima DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Faktor ketiga, imej perpaduan DAP dalam PRU-13 telah hilang. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lagi, sudah tersebar mengenai konflik dalaman DAP.Isteri kepada mendiang Siah Leong Peng mendedahkan ada orang yang mendesak jawatan sebelum kematian wakil rakyat itu.Tambahan pula, isu keahlian ibu Dyana dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menunjukkan Dyana kekurangan integriti ketika mengurus isu ini.
            Kejayaan Datuk Mah Siew Keong juga ada tida faktor. Pertama sekali, PRK berlainan dengan PRU kerana PRK tidak boleh mengubah apa-apa.Jika Siew Keong menang pula, seorang menteri dari Teluk Intan akan diwujudkan dan bakal membawa pembangunan ke situ.Faktor kedua, disebabkan DAP menghantar wakil keturunan Melayu, ia menyebabkan UMNO amat menitik berat pertarungan ini. Jentera Teluk Intan diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan beliau sanggup menjelajah jauh ke perkampungan Orang Asli yang hanya mempunyai 200 undi. Mengukuhkan undi Melayu dan menarik undi India, UMNO menjadi penyumbang kepada kejayaan di Teluk Intan.Faktor ketiga, Siew Keong 'menyerang' isu tempatan dan jarang menyentuh isu nasional. Isu seperti lebuh raya, kemudahan pengkebumian, tambak sungai dan pendidikan Cina telah dibangkitkan. Beliau mendapat sokongan pemimpin pertubuhan Cina.Kempen orang Teluk Intan mengundi orang Teluk Intan juga berjaya menarik sebahagian undi Cina. Keputusan PRK Teluk Intan membawa tiga mesej penting. Pertama, undi Cina bukan deposit untuk DAP. Mereka wajar mendengar suara pengundi sebelum menetapkan calon.Kedua, sebahagian pengundi Cina mula mempertimbangkan semula BN. Mereka berpendapat emosi tinggi sebelum ini sudah berlalu, kini ialah masa untuk menilai pendekatan politilk yang baharu.Ketiga, walaupun penyokong pembangkang berjerit-jerit dalam alam maya, namun 'kesunyian majoriti' telah menjadi kekuatan dalam dunia realiti.Mereka mungkin berdiam diri dan tidak meluahkan perasaan di Internet, namun bersenyap tidak bermakna mereka tidak berpendirian. Mereka menggunakan undi untuk sampaikan mesej kepada Pakatan Rakyat. Dyana Sofya Mohd Daud tidak memenangi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan malam tadi, tetapi dia masih mengikuti jejak langkah pemimpin partinya dengan turut memecahkan tradisi DAP.Seperti ketuanya, Lim Kit Siang, Dyana Sofya cuba menjadi wakil rakyat ketika berusia awal 20-an.Lim yang kini berusia 73, terpilih menjadi wakil rakyat ketika berusia 28 tahun pada 1969 untuk kerusi Parlimen Bandar Melaka. Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akhirya memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang selama ini menyifatkan dirinya sebagai calon underdog.Keputusan tersebut sebenarnya mengejutkan banyak pihak yang tidak pernah menduga calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud akan tewas, sekali gus mengembalikan kerusi Parlimen tersebut ke pangkuan BN.Sejak nama Dyana Sofya dicalonkan sebagai wakil DAP, popularitinya melonjak naik dari sehari ke sehari. Dia tak ubah seperti selebriti yang baru menjadi juara program realiti televisyen.Ke mana sahaja Dyana Sofya pergi berkempen, dia akan dikerumuni ramai baik yang tua mahu pun yang muda tidak kira Cina, Melayu mahupun India.Malah, pada setiap siri ceramah yang diadakan, sambutan yang diterima amat memberangsangkan berbanding ceramah BN yang jauh ketinggalan dari sudut kehadiran pengunjung.Lebih menarik lagi, gadis berusia 28 tahun ini yang merupakan seorang peguam tidak ada cacat celanya untuk berdiri sebagai ahli politik. Namanya bersih daripada sebarang isu seperti rasuah atau yang melibatkan mahkamah.Dari segi perawakan, Dyana Sofya boleh dikategorikan sebagai wanita cantik dan mempunyai personaliti yang cukup menarik. Pendek kata, Dyana Sofya mempunyai pakej menarik yang ada segala-galanya.Apa lagi yang kurang menyebabkan Dyana Sofya boleh kalah sedangkan ramai berkeyakinan tinggi dia akan menang? Walaupun majoriti yang memisahkan dia dengan Siew Keong cuma 238 tetapi dia tetap kalah.Tidak mengenepikan takdir Tuhan, sebenarnya bukan rezeki Dyana Sofya untuk bergelar Ahli Parlimen pada usia muda. Itulah hakikatnya. Ketika dia diulit perasaan kecewa yang pasti ada dalam dirinya, penyokong-penyokong BN kini berpesta ria setelah berjaya menundukkan seorang anak Melayu yang dikatakan bersekutu dengan parti Cina.

            Melihatkan beberapa komen yang tersiar di alam maya, ramai yang mengatakan kekalahan Dyana Sofya adalah bukti kebangkitan semula semangat BN yang sebelum ini dilihat semakin kelam, apa lagi dengan kekalahan beberapa siri PRK lalu.Apakah benar kemenangan Siew Keong itu membuktikan kebangkitan semangat BN telah mula menular di hati rakyat? Apakah dengan majoriti yang mengharapkan ihsan undi pos untuk menang itu telah boleh dikatakan rakyat menolak parti pembangkang?Bagaimana pula dengan peratusan keluar mengundi yang sangat berkurang berbanding kemenangan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu? Tidakkah ini menggambarkan kemerosotan pengundi yang belum tentu memihak kepada BN?Senario ini memperlihatkan betapa BN sebagai parti kerajaan yang menang tipis dengan calon 'mentah' sebenarnya tidak oleh berbangga dengan keputusan di Teluk Intan yang pada hakikatnya bukanlah cermin kepada kehendak rakyat.Ini bukanlah masanya untuk BN dan penyokongnya bersuka ria kerana kemenangan yang diiktiraf sebagai penawar segala kekalahan lalu itu tidak langsung mencerminkan kekuatan BN. Malah banyak kelemahan yang wajib melalui beberapa siri post mortem walaupun menang.Antaranya, BN perlu menkaji mengapa kemenangan itu terpaksa dibantu oleh undi pos yang memang sangat diharapkan untuk membantu calon BN. Walhal, undi pos lebih layak dikategorikan sebagai penambah jumlah undi majoriti!Begitu juga dengan janji-janji yang ditabur sepanjang kempen PRK, apakah itu sudah menjadi satu kewajipan BN bagi mendapatkan sokongan undi? Cuba bayangkan apakah boleh BN berdiri sendiri tanpa perlu berjanji jika mahukan simpati rakyat?Seterusnya, di mana kekuatan BN jika tidak dibantu oleh semua media arus perdana yang dilihat sebagai peluru terbaik untuk meletakkan pengundi dalam keadaan serba payah untuk membuat keputusan.Post mortem bukan sekadar untuk mencari penyebab kekalahan tetapi apabila BN mendapat kemenangan yang hanya di hujung nyawa seperti di Teluk Intan, buatlah kajian menyeluruh.Bila hendak dimulakan post mortem, hanya BN sahaja yang boleh tentukan tetapi pada masa sama, jika post mortem bermula, jangan lupa untuk siasat sepenuhnya bagaimana Dyana Sofya mampu mendapat undi sebanyak itu sedangkan Siew Keong bukannya calon kecil-kecil anak.

Friday, 9 May 2014

Bertunang ? InsyaAllah.. Fahamkan dulu baru melangkah ke alam itu ...


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian pada Allah swt yang Maha Memelihara, sepanjang-panjang rasa syukur padaNya yang Maha Mendengar dan Memberi, sesungguhnya kita sebagai hamba sentiasa fakir dan memerlukan Allah yang Maha Mengurniakan.
 Islam dengan Syariatnya yang bersifat kekal, prinsip-prinsipnya yang bertolak ansur, ia telah mengatur beberapa dasar berkaitan pertunangan. Ia juga telah meletakkan aturan-aturan yang praktikal dalam menuju alam rumahtangga. Dasar dan prinsip ini jika diikuti oleh pemuda dan kaum muslimin ketika memilih pasangan hidup, nescaya pertunangan mereka akan berjaya dan perkahwinan mereka akan bahagia. Bahkan akan lahir rasa cinta dan kasih sayang antara mereka dengan kehidupan dinaungi bayangan perkahwinan yang harmoni atas dasar muafakat dan saling memahami antara satu sama lain.

Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pertunangan?

Dan apakah asas-asas yang berkaitan dengannya?

Pertunangan dapat diertikan dengan tindakan seorang lelaki meminang seorang perempuan sebelum berlakunya proses akad nikah. Ia dilakukan untuk mengetahui sama ada hajatnya itu diterima atau ditolak. Proses peminangan dibuat dengan mengumpul maklumat-maklumat yang mencukupi berkenaan si perempuan yang ingin dipinang. Ia boleh dilakukan oleh peminang itu sendiri atau wakilnya yang dithiqahi (dipercayai) dari kalangan keluarganya atau sahabat-sahabatnya.

         Pertunangan bertujuan agar pasangan yang ingin berkahwin dapat menempuh gerbang perkahwinan dalam keadaan pemikiran yang mendalam serta mendapat hidayah, sekaligus dapat menghindari masalah serta pertelingkahan dalam kehidupan rumatangga yang mungkin timbul pada masa akan datang, dan pada masa yang sama, ia dapat mengeratkan lagi ikatan antara keluarga suami dan keluarga isteri serta anak-anak dan sanak saudara mereka.

Dasar-dasar berkaitan peminangan adalah merujuk aturan berikut:

1) Melihat wanita yang ingin dipinang
   Islam telah mensyariatkan agar peminang melihat perempuan yang ingin dipinangnya. Begitulah juga si perempuan disyariatkan melihat si lelaki. Ia bertujuan untuk mengetahui dengan jelas siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan (bagi menghabiskan) umur dan menjadi rakan kongsi kehidupan mereka. Asas pensyariatan ini adalah merujuk kepada kisah al-Mughirah bin Sh'ubah ketika mahu meminang seorang perempuan, lalu baginda Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam berpesan kepadanya:

 Tengoklah perempuan itu. Mudah-mudahan ia dapat mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”. 
(HR al-Bukhari, al-Turmidhi, al-Nasa’i dan Ibn Majah)

 Hadis ini menunjukkan bahawa melihat pasangan itu boleh membawa kepada penerusan kasih sayang dan kelunakan hati. Hadith yang lain pula mengisahkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi sallallahu Ñalayhi wa sallamlalu menyuarakan hajat ingin menikahi seorang perempuan dari kalangan kaum al-Ansar. Lalu Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bertanya: “sudahkah kau tengok perempuan itu?” dia menjawab: “belum”. Baginda pun menerangka)
Tengoklah dia. Kerana pada mata kaum al-Ansar itu ada keunikan (matanya sepet)”. 
(HR Muslim dan al-Nasa’i)

Walau bagaimanapun, dalam proses menengok ini ada adab-adabnya yang perlu dijaga:
            i. Tak boleh peminang melihat si perempuan kecuali setelah dia benar-benar berazam mahu berkahwin. Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

 “Jika Allah telah menggerakkan hati seorang lelaki untuk masuk meminang perempuan, tiada salahnya untuk dia melihat perempuan itu
 (HR Ahmad dan Ibn Majah)

          ii.Tak boleh peminang melihat perempuan kecuali pada anggota muka dan dua pergelangan tangannya sahaja. Ini kerana tuntutan melihat (di dalam hadis) hanya terbatas kepada anggota yang dua itu lantaran muka itu umpama pancaran anggota badan manakala dua pergelangan tangan adalah anggota yang terzahir menurut adat.

   Tuntutan melihat yang hanya menghadkan kepada muka dapat difahami melalui pesan Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam kepada seorang lelaki: “Tengoklah dia. Kerana pada mata kaum al-Ansar itu ada keunikan”. Manakala tuntutan melihat yang membataskan hanya kepada muka dan dua pergelangan tangan adalah berdasarkan kisah Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam yang menghantar Ummu Sulaym untuk meminang seorang perempuan, lalu Baginda berpesan kepadanya:


 “Lihatlah kedua kakinya dan ciumlah pipinya”. 
(HR al-Hakim)

Jika melihat kepada selain muka dan dua pegelangan tangan itu diharuskan, maka sudah tentu Baginda sendiri yang akan melakukannya.

           iii. Dibolehkan untuk melihat si perempuan berulang kali agar bayangan calon isteri meresap pada perasaan. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis: “lihatlah perempuan itu” yang tidak meletakkan had melihat sama ada sekali, dua kali atau berulang-ulang kali.

        iv. Semasa majlis pertunangan berlansung, dibolehkan untuk perempuan bercakap dengan si lelaki, begitulah juga sebaliknya. Keharusan ini merujuk kepada pendapat majoriti fuqaha yang berpandangan bahawa suara wanita bukanlah aurat. Sungguh Nabi sallallahu 'alayhi wasallam sendiri bercakap dengan perempuan dan Baginda mendengar bicara mereka. Begitu juga para Sahabat ridwanullahi 'alayhim, mereka bertanyakan isteri-isteri Nabi di sebalik tabir akan perihal hadis dan hukum-hakam.

          v.Tak boleh bersalaman dengan si perempuan sebelum berlakunya akad nikah dalam apa keadaan sekalipun, kerana dia tetap ajnabiyyah (wanita asing) dan ajnabiyyah ini diharamkan bersalaman dengannya. Peraturan ini adalah bersumberkan kalam ‘A'ishah radiyallahu 'anha bahawa:

 Demi Allah! Nabi sama sekali tidak menyentuh tangan wanita ketika berbai'ah. Bai'ah itu dilakukan dengan kata-kata” (HR al-Bukhari)

          vi. Tak dibolehkan berdua-duaan antara pasangan bertunang kecuali dengan kehadiran mahram si perempuan kerana Islam mengharamkan bersendirian dengan perempuan ajnabiyyah. Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam menegaskan:

Ketahuilah! Janganlah seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan dan jangan juga bermusafir dengannya kecuali disertai oleh mahramnya”. (al-Bukhari dan Muslim)

           vii. Dibolehkan untuk peminang melihat si perempuan dalam keadaan tanpa disedarinya seperti mana sabda Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam:

 Jika seseorang di antara kamu meminang perempuan, maka tiada halangan untuk kamu melihatnya, walaupun dia tidak mengetahui”. (HR Ahmad)
Islam telahpun menggariskan adab-adab yang perlu dipatuhi pasangan bertunang. Siapa yang melampui batasannya dan mengambil jalan yang bukan dari Islam, maka dosalah yang layak untuknya dan dia telah menyanggahi Syariat.

Dukacita jika kita menyorot realiti masyarakat hari ini, kita akan mendapati kebanyakan mereka mengambil mudah urusan pertunangan dan ia berlaku dalam bentuk dua kelompok:

Pertamanya, kelompok yang menghalalkan segala macam cara pergaulan tanpa dibatasi adab sopan dan peraturan Islam. Mereka bebas bergaul dengan pasangan tunangnya sesuka hati tanpa had, dengan alasan, mahu mengenali akhlak dan tabiat perangai pasangan masing-masing. Ketahuilah bahawa alasan ini adalah batil lagi tertolak. Bahkan Islam sungguh-sungguh memerangi perbuatan ini kerana ia menafikan prinsip kemuliaan wanita dan sistem Islam itu sendiri.

Sesungguhnya bagi yang mempunyai akal dan kecerdikan, pasti dapat melihat bahawa pergaulan bebas lagi tiada akhlak ini akan membawa kepada kebobrokan sahsiah dan hubungan yang meragukan. Imej perempuan boleh jadi dipandang buruk, bahkan jauh lebih buruk dari si lelaki kerana apabila si perempuan ditinggalkan dengan alasan dia tidak sesuai dengan si lelaki, maka akan ditohmahlah maruah si perempuan ini dan dibuat bahan pelecehan masyarakat. Akibatnya, jadilah dia anak dara tua yang tak laku dengan harga seperti barang buangan.

Bagi orang yang mempunyai kefahaman, pasti dia dapat menyedari bahawa di dalam pergaulan bebas ini, pelakunya tidaklah dapat mengetahui akhlak tunangnya kerana masing-masing berpura-pura ibarat berlakon di atas pentas lawak lagi dusta.  

Sudah berapa banyak kita dengar tentang pertunangan yang tidak berakhlak ini gagal mengecapi kedamaian rumahtangga, gagal mencapai cinta dan kelembutan antara suami isteri, bahkan  pertunangan yang berdosa ini diakhiri dengan penceraian. 

Keduanya, kelompok yang fanatik dan keras tanpa dikawal dengan akhlak Islam. Mereka menolak sunnah Nabi dalam melihat tunang, bahkan ada ibu bapa yang terlalu berkeras hingga melarang si lelaki melihat anak perempuan mereka kecuali setelah tiba malam pertama.

Bagi orang yang faham dan berfikir, dia akan mengetahui bahawa sifat berkeras ini bukan dari Syariat Islam. Bahkan dalam kebanyakan situasi, sifat terlalu berkeras inilah yang menghilangkan nikmat perkahwinan dan kebahagiaan rumah tangga. Akibatnya, anak perempuan tidak dipinang orang dan duduklah dia di penjuru rumah bersama mereka yang tak laku.

Oleh itu, bagi pasangan yang bertunang, begitu juga para penjaga anak perempuan, beriltizamlah kalian dengan batasan-batasan Allah 'azza wa jalladalam menguruskan pertunangan dan perkahwinan. Jika kalian mahukan kemuliaan seorang wanita, kesolehan seorang lelaki, keselamatan rumahtangga serta masyarakat yang berakhlak, maka cermatilah ayat ini:

Itulah batasan-batasan Allah maka jangan kamu melampauinya! Siapa yang melanggar batasan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” 
[al-Baqarah:229]

2)      Masuk meminang tunangan orang lain
Jika seorang lelaki yang baik agamanya masuk meminang seorang perempuan yang bagus akhlaknya, lalu pinangannya diterima oleh si perempuan dan keluarganya, maka diharamkan bagi lelaki lain untuk masuk meminangnya kecuali jika putus ikatan pertunangan tadi atau lelaki itu memberi izin. Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah bersabda:

 Janganlah seorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya hinggalah peminang yang terdahulu meninggalkan atau mengizinkannya.” (HR al-Bukhari)   

      Telah sedia maklum bagi orang yang mempunyai akal fikir bahawa pertunangan atas pinangan orang lain ini akan menerbitkan rasa dendam, mewariskan sifat dengki, merosakkan ummah, menghancurkan kesatuan jama'ah serta membarahkan lagi akar adu domba dan umpatan di kalangan kaum muslimin. Sungguhpun demikian, dalam isu meminang perempuan yang menjadi tunangan lelaki fasiq, Ibn al-Qasim berpandangan ia diharuskan dan pandangan beliau disokong oleh Ibn al-'Arabi al-Maliki.

      Pandangan ulama mazhab Maliki ini bertepatan dengan nas-nas Syariat pada membahaskan kriteria yang perlu ada bagi seorang lelaki iaitu mestilah dia seorang muslim yang memiliki keindahan akhlak dan pegangan agama. Pandangan ini juga selari dengan kaedah fiqh iaitu: “menolak kemudaratan lebih diutamakan dari mencapai kemaslahatan.” Oleh yang demikian, tercapailah maslahat perkahwinan apabila seorang lelaki mampu mengajak pasangannya kepada Islam. Kalaulah ada ibu bapa yang merelakan anak perempuannya dinikahi lelaki fasik lagi jahat, ketahuilah sesungguhnya mereka telah mengabaikan timbangan neraca agama dan akhlak Islam.

3)       Meminang perempuan yang masih dalam tempoh 'iddah
Jika seorang perempuan yang masih menjalani tempoh Ñiddah, sama ada ia disebabkan kematian atau diceraikan suaminya, maka haram bagi orang lain untuk masuk meminangnya hinggalah tamat tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, adalah diharuskan bagi lelaki untuk menyuarakan hajat untuk meminang dalam bentuk isyarat tidak lansung, contohnya dengan mengatakan: “jika dah habis tempoh 'iddah kau, beritahulah aku”. Ini berdasarkan firman Allah:
 Tiada halangan bagi kamu untuk meminang wanita (yang masih dalam 'iddah) dengan konotasi implisit atau kamu simpan (hajat untuk mengahwini mereka) di dalam hati kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut atau menngingati mereka (dan yang demikian itu tak salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit selain dari mengungkapkan ucapan (implisit) yang sopan” [al-Baqarah: 235]

      Pada kesempatan ini, saya (penulis) ingin menjelaskan isu cincin pertunangan, di mana cincin emas pertunangan adalah diharamkan untuk lelaki memakainya. Ada dua sebab yang mendasari larangan ini:

Pertamanya: Taklid (terikut-ikut) secara membuta tuli dan menyerupai kaum lain. Rasulullah melarang kelakuan ini berdalilkan hadis daripada 'Abdullah bin 'Amr radiyallahu 'anhuma bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:


 “Bukan dari kalangan kami mereka yang meniru-niru kaum selain kami. 
Janganlah kalian meniru orang Yahudi dan Nasrani”. 
(HR al-Turmidhi)

Begitu juga apa yang diriwayatkan daripada Ibn 'Umar radiyallahu 'anhuma,bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Ahmad dan Abu Dawud)    

      Larangan meniru-niru di dalam hadis tersebut ditujukan kepada lelaki dan perempuan dengan arahan yang sama.

Keduanya:  Telah diharamkan pemakaian emas bagi lelaki. Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ashab al-Sunan dan al-Imam Ahmad, daripada 'Aliradiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam pernah mengambil sehelai sutera lalu diletakkan di kanannya. Kemudian Baginda mengambil seketul emas lalu diletakkan di kirinya dan bersabda: “Sesungguhnya dua benda ini adalah haram untuk kaum lelaki ummatku”. Ibn Majah menyatakan hadis ini ada tambahannya iaitu: “Halal untuk perempuan.

      Diriwayatkan pula oleh Muslim dan Ibn Hibban, daripada Ibn 'Abbasradiyallahu 'anhuma menceritakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallamtelah terlihat sebentuk cincin emas pada tangan seorang lelaki, lalu Baginda terus menanggalkannya dan membuangnya sambil bersabda: “Salah seorang di antara kamu dengan sengaja meletakkan seketul bara api neraka di tangannya.” Setelah Rasulullah berlalu pergi, seorang sahabat berkata kepada lelaki tersebut: “Ambillah semula cincin itu dan manfaatkannya.” Namun lelaki itu menolak: “Tidak! Demi Allah aku sama sekali tidak akan mengutip sesuatu yang telah dibuang Rasulullah.”  Adapun pemakaian cincin perak bagi kaum lelaki, yang mana ia bukan untuk pertunangan, maka perbuatan itu dibolehkan bahkan ia adalah sunnah menurut Syarak.



( 'Ulwan, 'Abd Allah Nasih, Adab al-Khitbah wa al-Zifaf wa Huquq al-Zawjayn (t.tp: Dar al-Salam, 1983), 47-59.)


Wallahu a'lam.

Tuesday, 29 April 2014

~ SALMAN AL FARISI~

Salman ingin meminang seorang perempuan di Madinah. tapi kerana dia berasal dari Parsi dan tak berapa tahu adat Madinah, dia meminta sahabatnya Abu Darda sebagai wakil. lalu pergilah mereka ke rumah wanita itu dengan segala persiapan.
ketika di rumah wanita itu, Abu Darda pun memperkenalkan Salman al-Farisi. ketua rumah itu berbesar hati menerima kunjungan sahabat Nabi SAW yang sama-sama berjihad itu. lalu Abu Darda pun menyatakan hajat Salman al-Farisi untuk meminang anak perempuan kepada tuan punya rumah.
setelah tuan rumah itu berbincang dengan anaknya, si ibu memulakan bicara, mewakili anak perempuan itu. kata si ibu : “maaf atas keterus terangan ini. tetapi maaf, kami menolak pinangan Salman al-Farisi. namun jika pinangan itu datang daripada Abu Darda, mungkin kami akan menerima.”
bayangkan jika anda di tempat Salman al-Farisi. anda ajak kawan baik anda untuk wakil meminang, tapi anda ditolak sebab orang tu berkenan kat kawan anda. kalau ikut drama dalam TV, memang akan ada konflik. tapi ini bukan drama TV. ini kisah sahabat Nabi SAW. lalu apa kata Salman al-Farisi?
"Allahuakbar! maka semua mahar dan persiapan kahwin yang aku sediakan ini, aku sedekahkan kepada Abu Darda supaya dia boleh bernikah dengan anak perempuan kamu."
terkedu saya bila baca kisah ni. terharu. sayu. betapa bersihnya hati seseorang kerana keihklasannya dalam bercinta, hingga sanggup melepaskan apa yang dikehendaki untuk kebahagiaan insan lain. Allahu. jujur, saya menangis. keikhlasan sebegini memang sesuatu yang unik.
kerana Salman al-Farisi itu orang yang yakin pada jalan Allah. kerana orang yang ikhlas kerana Allah takkan merasa pernah memiliki apa-apa, kerana tiada suatu benda pun yang kita miliki dalam dunia ini.
sesuatu yang kita cintai itu, bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. dan bila dipinjamkan, kita kena bersedia pulangkan balik. bagaimana caranya untuk redha? ikhlas. ikhlaslah :’)
"ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat Nabi SAW ini, ikhlaskan aku seperti Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan."
— so much tears. hatiku tak seikhlas itu dalam mencintai.


Wednesday, 27 November 2013

~ KaWaN~

                                      Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
                                now renungkan dan fikirkan lahhh.........                             

Aku datang .. Bangkit setelah tewas ..

Salam warga maya ..
Lama nya saya tak bertinta di laman ni..
Banyaknya habuk-habuk... debu-debu pun bertimbun..
Maklumlah sibuk sangat dua tiga bulan nie.. sekarang alhamdulilah musim cuti kan..
so adalah masa untuk bertinta .. hehe...
syukur alhamdulilah juga kerana Allah masih memberi ruang dan masa untuk saya menghidu udara yang sangat segar ini ... Subhanallah..
Kalau tak silap my last post was masa bulan August .. waaa ... tiga bulan pula saya menyepi ..
menyepi ke ? haha.. ntahlah.. dari Bulan August juga so many things was happen to me ..
saya jatuh .. dijatuhkan ... pun ada .. biasalah lumrah dunia kan ... ujian Allah semua ..
Alhamdulilah .. sayang juga Allah dengan saya ...
Masa jatuh saya kenals sape lawan sape kawan ..
Sapa akan setia sape akan pergi .. semua itu berlaku sebab Allah nak buka mata saya..
Allah nak hadirkan hikmah .. syukur banyak belajar dari semua yang berlaku ....
Kekadang rasa dipergunakan juga but nevermind.. saya OK je ..
because saya sayang dengan silaturahim saya dengan siapa-siapa pun ...
waima orang tu pernah menolak saya sehingga jatuh gaung pun if dia pernah buat baik dengan saya susah saya nak benci ...
Alhamdulilah ..sekarang saya di rumahku syurgaku .. hehe ..
berada di samping keluarga nikmat yang hanya Allah je tahu betapa bahagianya ...
dari saya .. nikmati cuti .. manfaat masa yang ada .. hargai insan-insan di sekeliling kita ..
Yang ada hari ini belum tentu ada esok ... Manfaatkan dan hargai.. insyaAllah ada khair ..
Sekarang .. aku datang wahai dunia dengan kekuatan yang lebih gah ...
bangkit setelah tewas ..
Wasalam..