Wednesday, 27 November 2013

~ KaWaN~

                                      Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
                                now renungkan dan fikirkan lahhh.........                             

Aku datang .. Bangkit setelah tewas ..

Salam warga maya ..
Lama nya saya tak bertinta di laman ni..
Banyaknya habuk-habuk... debu-debu pun bertimbun..
Maklumlah sibuk sangat dua tiga bulan nie.. sekarang alhamdulilah musim cuti kan..
so adalah masa untuk bertinta .. hehe...
syukur alhamdulilah juga kerana Allah masih memberi ruang dan masa untuk saya menghidu udara yang sangat segar ini ... Subhanallah..
Kalau tak silap my last post was masa bulan August .. waaa ... tiga bulan pula saya menyepi ..
menyepi ke ? haha.. ntahlah.. dari Bulan August juga so many things was happen to me ..
saya jatuh .. dijatuhkan ... pun ada .. biasalah lumrah dunia kan ... ujian Allah semua ..
Alhamdulilah .. sayang juga Allah dengan saya ...
Masa jatuh saya kenals sape lawan sape kawan ..
Sapa akan setia sape akan pergi .. semua itu berlaku sebab Allah nak buka mata saya..
Allah nak hadirkan hikmah .. syukur banyak belajar dari semua yang berlaku ....
Kekadang rasa dipergunakan juga but nevermind.. saya OK je ..
because saya sayang dengan silaturahim saya dengan siapa-siapa pun ...
waima orang tu pernah menolak saya sehingga jatuh gaung pun if dia pernah buat baik dengan saya susah saya nak benci ...
Alhamdulilah ..sekarang saya di rumahku syurgaku .. hehe ..
berada di samping keluarga nikmat yang hanya Allah je tahu betapa bahagianya ...
dari saya .. nikmati cuti .. manfaat masa yang ada .. hargai insan-insan di sekeliling kita ..
Yang ada hari ini belum tentu ada esok ... Manfaatkan dan hargai.. insyaAllah ada khair ..
Sekarang .. aku datang wahai dunia dengan kekuatan yang lebih gah ...
bangkit setelah tewas ..
Wasalam..


Thursday, 29 August 2013

~ Tan Seri Muhyidin Yassin ... Kekal Timbalan Presiden atau Presiden UMNO ? ~

Walaupun belum membuat pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober depan.

Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jika sebelum pilihanraya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU 13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.

Walaupun masih ada yang mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan yang menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU 13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman tentang jawatan yang bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang.

Sekarang bukan saja tidak kedengaran lagi suara-suara daripada para penyokong Muhyiddin mengenai kemungkinan beliau mencabar Najib, malah para pegawai dan jentera politik Muhyiddin juga tidak berbuat apa-apa gerak kerja yang menunjukkan keinginan meningkatkan karier politik boss mereka itu.

Selain Munyiddin tidak mempunyai cukup kekuatan dan rangkaian dalam UMNO untuk menandingi Najib, sebab lain yang menyebabkan terencatnya hasrat Muhyiddin itu ialah kerana sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir yang tidak betul-betul jelas memihak kepadanya.

Jika sebelum pilihanraya lalu, Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Najib akan tergugat jika gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sebaliknya selepas pilihanraya yang menyaksikan bukan saja Najib gagal memperolehi dua pertiga, bahkan lebih teruk daripada keputusan 2008 tetapi pendirisn Mahathir nyata mengejutkan.

Beliau bukan saja menyokong kepimpinan Najib diteruskan, malah menyifatkan tiada pengganti yang sesuai untuk mencabarnya. Ini bukan saja mengecewakan Muhyiiddin dan para penyokongnya tetapi seolah-olah meletakkan Muhyiddin tidaklah lebih baik daripada Najib di mata Mahathir.

Berbanding layanan buruk yang diterima oleh Mahathir di zaman Pak Lah, Najib nyata mengambil pendekatan yang berbeza. Beliau kekal memuja dan menjadikan Mahathir sebagai orang yang paling dihormatinya. Selain menjadikan anak Mahathir iaitu Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Najib juga tidak begitu memberi respon terhadap pandangan Mahathir yang berbeza dengan dasar-dasar yang diperkenalkannya.

Najib cuba menjaga hati Mahathir dengan sebaik mungkin dan mengelakkan daripada dilihat bergeser atau berbeza pendapat yang boleh dijadikan modal memperbesarkan itu perbezaan antara kedua mereka.

Sehingga ini ternampak bahawa Najib berjaya menjinakkan Mahathir daripada bermusuh atau dilihat bermusuh dengannya. Dalam masa yang sama, harapan Muhyiddin untuk menjadikan Mahathir sebagai rangsangan untuk beliau mencabar Najib seakan-akan sudah berakhir.

Tanpa sokongan, bantuan dan tolakan daripada Mahathir, Muhyiddin memang diketahui tidak mempunyai keupayaan untuk melonjakkan dirinya lebih tinggi daripada kedudukannya sekarang. Bahkan kejayaannya memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 lalu pun lebih kepada "nasib" semata-mata berikutan pesaing terdekatnya ketika itu, Ali Rustam dibatalkan daripada menyertai pertandingan atas dakwaan salah laku ketika berkempen.

Kini dengan semakin banyak desakan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, walaupun Muhyiddin belum membuat pengumuman secara rasmi, adalah dijangkakan beliau akan kekal mempertahankan jawatannya saja sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Untuk itu, Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjadi pembantu kepada beberapa lagi pendekatan transformasi yang yang bakal diperkenalkan oleh Najib.

Soalnya, apakah masa depan Muhyiddin seterusnya?

Selepas pemilihan UMNO 2013 ini, pemilihan yang seterusnya ialah pada 2016. Tetapi memandangkan pilihanraya umum ke 14 bakal diadakan pada 2017 atau 2018, mengikut amalan biasa pemilihan UMNO akan ditangguhkan bagi memberi laluan pilihanraya umum diadakan dahulu. Ini bermakna pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepss pilihanraya umum berakhir.

Berbagai kemungkinan mengenai kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti. Mungkin menang dan mungkin juga kalah. Namun, apa pun keputusan pilihanraya itu nanti, nasib dan perjalanan politik politik Muhyiddin sudah boleh dikira berakhir ketika itu.

Jika BN kalah, sudah tentulah persaraannya hanya setakat Timbalan Perdana Menteri sahaja dan beliau harus berpuas hati dengan pencapaiannya itu.

Tetapi jika UMNO dan BN menang serta terus berkuasa lagi, Muhyiddin ketika itu sudah terlalu tua dan tidak sesuai lagi untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Dengan usia Muhyiddin lebih tua 4 tahun daripada Najib, lima tahun akan datang usianya sudah mencecah 70 tahun. Kemungkinan untuk menonjolkannya melawan Najib juga tidak sesuai lagi.

Jika pun dalam pilihanraya umum ke 14 nanti, BN menerima keputusan yang lebih buruk daripada 133 kerusi yang dimenanginya pada PRU 13 dan wujud desakan agar kepimpinan baru mengambil alih UMNO, Muhyiddin bukan lagi calon yang sesuai. Eranya ketika itu telah berlalu.

Pemimpin yang mungkin ditonjolkan dan sesuai menerajui UMNO ketika itu ialah Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan mereka yang seangkatan dengannya. Najib dan Muhyiddin lebih mungkin diminta berundur secara serentak bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda mengambil alih pula.

Namun andainya UMNO dan BN menang dengan lebih baik pada PRU 14 nanti, Najib pastinya akan terus kekal dan tidak ada sesiapa yang berani menggugat kedudukannya. Tetapi dengan kedudukan usia Muhyiddin ketika itu menghampiri 70 tahun manakala Najib baru 65 tahun, pasti akan wujud desakan agar pemimpin yang lebih muda daripada Najib pula menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai persediaan menyediakan pemimpin pelapis untuk UMNO dan negara.

Ketika itu, kedudukan Muhyiddin secara automatik tidak lagi relevan. Sekali lagi nama Hishammuddin, Mukhriz atau KJ mungkin ditonjolkan sebagai gandingan dan bakal pengganti kepada Najib. Muhyiddin ketika itu sama ada harus berundur atau merelakan dirinya dicabar. Jika dicabar, nasib beliau mungkin seperti Ghafar Baba yang kehilangan upaya akibat kemahuan kepada pelapis muda dan akhirnya disingkirkan oleh Anwar Ibrahim pada pemilihan 1993 dulu.

Hakikatnya, sama ada UMNO masih berkuasa atau tidak selepas PRU 14 nanti, era Muhyiddin tetap dianggap sudah berakhir.

Dengan kemungkinan terpaksa berundur atau mengulangi sejarah Ghafar Baba, Muhyiddin juga bakal mengikuti jejak langkah Musa Hitam sebagai seorang lagi pemimpin UMNO dari Johor yang kandas di tengah jalan dalam mengejar pendakian ke Seri Perdana

Sunday, 18 August 2013

~ Mati Itu Pasti ~

Tersebut didalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunya dan Ramadhan itu ubatnya.


Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah swt.


Apabila hampir mati seseorang hamba Allah swt maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

a. Hartanya untuk warisnya.
b. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
c. Dagingnya untuk ulat-ulat.
d. Amalanya dan kebajikanya untuk orang yang dianayainya.


Apabila bercerailah nyawa dari badan terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpun engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?



Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, dimanakah badan engkau yang dulu kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, dimanakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. Hai anak Adam, dimana kekasih engkau mengapa jadi mulia rakan engkau?



Apabila dibawa keatas kain kafan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam,engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!



Apabila mayat dibawa keatas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat berungtulah (berbahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah swt - dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah swt.



Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.


Imam Annas bin Malik Radziyallah Annu berkata,bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam. kamu berjalan diatasku, kamu akan kembali kedalam perut ku (kubur)
b. Hai anak Adam. kamu berbuat maksiat dan dosa diatas ku, dan kamu akan disiksa didalam perutku (kubur)
c. Kamu bergurau diatas ku. dan kamu akan menangis di dalam perutku (kubur)

Tuesday, 6 August 2013

~ Selamat Hari Raya AidilFitri , Maaf Zahir Batin ~



Alhamdulilah .. sebulan sudah berpuasa ... InsyaAllah esok kita semua umat Islam di Malaysia akan sambut hari raya dah ..
So , wanna to wish .. selamat hari raya kat semua sahabat handai , sanak saudara , semua yang kenal dan saudara seagama sekalian ... kita insyaAllah akan kembali kepada fitrah ...
Fitrah yang kita tunggu untuk kita meraikan kemenangan setelah sebulan menahan hawa nafsu ...
semoga amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tidak terhenti setakat sini sahaja ..
semoga kita istiqamah dalam ibadah kita ..
sekali lagi , saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai pernah terkasar bahasa , menyinggung perasaan anda semua .. diharap maafkanlah ....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!

Monday, 5 August 2013

~ SaYa KeMbAli~

Alhamdulilah.....
Masih berkesempatan bertinta di blog sendiri ini ...
Tak dapat nak update blog langsung 2-3 minggu yang lepas ...
Sebab sangat-sangat sibuk .. sampai masa nak urus diri sendiri pun takde ...
merasa juga lah BUZYman dalam diri .. hahaha..
Alhamdulilah sebab dah nak habis dah bulan Ramadhan ni kita semua jalani ..
syukur sangat-sangat sebab dapat berjumpa dengan Ramadhan tahun ini ..
InsyaAllah 2-3 hari lagi berjumpa Syawal meraikan kemenangan ...

Cuma minggu lepas after balik cuti sedikit terkejut dengan kehilangan seorang ayah kepada rakan saya ..
seorang insan yang saya kenal selama 8 tahun .. yang telah saya anggap macam ayah saya sendiri ...
tiba-tiba pergi mengejut tanpa menunjukkan hint-hint yang beliau akan pergi ..
saya terasa kehilangan , terkejut dan seolah tidak percaya apatah lagi dalam keadaan anakanda beliau iaitu rakan saya sendiri yang baru je posting ... ermmm ... sampai saat ni pun saya still tak percaya ...

Akhir tinta untuk post kali ni ...
semoga Ramadhan kali ini kita dapat akhiri dengan lafaz "ALHAMDULILAH"
dan akhiri dengan penuh kejayaan dan kemenangan dalam melawan hawa nafsu ...
agar kita dapat meraikannya dengan penuh kegembiraan bila Syawal menjelma kelak ..
InsyaAllah ..

Wasalam ...

Tuesday, 2 July 2013

~ Aku SAZALI ~

Salam warga Maya .. JULAI tiba pasti mengingatkan akan kedatangan Ramadhan dalam lebih kurang seminggu lagi .. InsyaAllah .. Minggu ini ada seorang sahabat yang minta saya buatkan satu skrip latar untuk filem pendek karya beliau .. di bawah ni lah nukilan yang cuba saya rangkaikan ... ^_^

AKU SAZALI
Aku Sazali .. Aku Perantau ...
Merantau di Bumi Allah ..
Menjadi Musafir Iman ...

Dua Kalimah Syahadah jadi peganganku ...
Solat Lima Waktu jadi amalanku...
Tatkala Ramadhan menjelma Puasa sepurnama jadi amalan ..
Menunaikan Fardhu Haji impianku andai Allah mengizinkan kelak ...
Zakat pasti aku tunaikan sebagaimana yang difardhukan ....
Al-quran dan sunnah peganganku ..
Kaabah Kiblatku ...Muhammad Rasulku ....
Namun ,
Aku selalu alpa ...Alpa dalam lautan nafsu ...Alpa dalam lautan kelalaian ..
Ya Rahman ,
Engkau maha pengasih ..
Limpahkanlah kasih sayangmu padaku ...
Agar diriku sayang akan nikmat Islam pada diri ini ...
Tetapkan keimanan pada diri , Turunkanlah nur hidayah pada insan kerdil ini Ya Allah ..
Ya Allah ya Muhaimin ..
Engkau maha pemelihara ..
Peliharalah ketetapan iman diri ini ..
Janganlah Engkau cabut nikmat Islam pada diri ini ..
Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini ..
Peliharalah diri agar istiqamah dalam beribadah pada diriMu wahai Rabbku ..
Ya Allah ya Ghaffur ,
Engkau maha pengampun ..
Rahmatilah amalan diri sempena Ramadha ini ..
Ampunkanlah dosa-dosa insan kerdil ini ....
Tidak terkira dosa diri ini .. kerdilnya diri di sisiMu ya Allah ..
Aku pasti pulang kelak ..
Pulang menuju negeri akhirat ...
Adakah Jannah jadi rumahku ??InsyaAllah ..
Atau Nar jadi pengakhiran bagiku ??Nauzubillah ..
Semoga Kananku memberati diri pencukup amalan ..Semoga kiriku lebih ringan mengimbangi amalan kananku ...
Ku Berharap semoga ramadhan tahun ini menjadi medan nur hidayah menjelma pada diri ..Semoga Nur Hidayah menjadi pendorong istiqamah ..
Semoga dipermudahkan bersua dengan Aidilfitri meraikan kemenangan kelak ..
Andai ini Ramadhan terakhirku .. Rahmati Puasaku Ya Rabb , Redhakanlah Terawihku Ya Rabb ..
Suakanlah aku dengan Lailatul Qadr ..Agar diriku tidak kembali ke negeri akhirat dengan tangan kosong ..
Tapi kembali dengan penuh keredhaan dari Mu Ya Allah ...

NUKILAN : TUNmUJA