Salman
ingin meminang seorang perempuan di Madinah. tapi kerana dia berasal dari Parsi
dan tak berapa tahu adat Madinah, dia meminta sahabatnya Abu Darda sebagai
wakil. lalu pergilah mereka ke rumah wanita itu dengan segala persiapan.
ketika di
rumah wanita itu, Abu Darda pun memperkenalkan Salman al-Farisi. ketua rumah
itu berbesar hati menerima kunjungan sahabat Nabi SAW yang sama-sama berjihad
itu. lalu Abu Darda pun menyatakan hajat Salman al-Farisi untuk meminang anak
perempuan kepada tuan punya rumah.
setelah
tuan rumah itu berbincang dengan anaknya, si ibu memulakan bicara, mewakili
anak perempuan itu. kata si ibu : “maaf atas keterus terangan ini. tetapi
maaf, kami menolak pinangan Salman al-Farisi. namun jika pinangan itu datang
daripada Abu Darda, mungkin kami akan menerima.”
bayangkan
jika anda di tempat Salman al-Farisi. anda ajak kawan baik anda untuk wakil
meminang, tapi anda ditolak sebab orang tu berkenan kat kawan anda. kalau ikut
drama dalam TV, memang akan ada konflik. tapi ini bukan drama TV. ini kisah
sahabat Nabi SAW. lalu apa kata Salman al-Farisi?
"Allahuakbar!
maka semua mahar dan persiapan kahwin yang aku sediakan ini, aku sedekahkan
kepada Abu Darda supaya dia boleh bernikah dengan anak perempuan kamu."
terkedu
saya bila baca kisah ni. terharu. sayu. betapa bersihnya hati seseorang kerana
keihklasannya dalam bercinta, hingga sanggup melepaskan apa yang dikehendaki
untuk kebahagiaan insan lain. Allahu. jujur, saya menangis. keikhlasan sebegini
memang sesuatu yang unik.
kerana
Salman al-Farisi itu orang yang yakin pada jalan Allah. kerana orang yang
ikhlas kerana Allah takkan merasa pernah memiliki apa-apa, kerana tiada suatu
benda pun yang kita miliki dalam dunia ini.
sesuatu
yang kita cintai itu, bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. dan bila
dipinjamkan, kita kena bersedia pulangkan balik. bagaimana caranya untuk redha?
ikhlas. ikhlaslah :’)
"ya
Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat Nabi SAW ini, ikhlaskan aku seperti Salman
al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan."
— so much tears. hatiku tak
seikhlas itu dalam mencintai.