Kita
tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi
dalam kita bersendiri,
Kita
beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana
kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi
kita sering terlupa akan hal itu.
Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita
rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita
tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi
kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita
beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu
itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti
kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya
mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan
dia.
Dia
mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan
impian kita luahkan,
Dia
memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya
kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.
Pernahkah
kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa
takutnya?
Pernahkah
kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah
kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah
kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali
kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah
kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah
kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali
jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana
dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan
kecewa.
Dia
juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah
kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik
kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita
tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan
tahu.
now
renungkan dan fikirkan lahhh.........