Thursday, 29 August 2013

~ Tan Seri Muhyidin Yassin ... Kekal Timbalan Presiden atau Presiden UMNO ? ~

Walaupun belum membuat pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober depan.

Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jika sebelum pilihanraya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU 13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.

Walaupun masih ada yang mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan yang menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU 13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman tentang jawatan yang bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang.

Sekarang bukan saja tidak kedengaran lagi suara-suara daripada para penyokong Muhyiddin mengenai kemungkinan beliau mencabar Najib, malah para pegawai dan jentera politik Muhyiddin juga tidak berbuat apa-apa gerak kerja yang menunjukkan keinginan meningkatkan karier politik boss mereka itu.

Selain Munyiddin tidak mempunyai cukup kekuatan dan rangkaian dalam UMNO untuk menandingi Najib, sebab lain yang menyebabkan terencatnya hasrat Muhyiddin itu ialah kerana sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir yang tidak betul-betul jelas memihak kepadanya.

Jika sebelum pilihanraya lalu, Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Najib akan tergugat jika gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sebaliknya selepas pilihanraya yang menyaksikan bukan saja Najib gagal memperolehi dua pertiga, bahkan lebih teruk daripada keputusan 2008 tetapi pendirisn Mahathir nyata mengejutkan.

Beliau bukan saja menyokong kepimpinan Najib diteruskan, malah menyifatkan tiada pengganti yang sesuai untuk mencabarnya. Ini bukan saja mengecewakan Muhyiiddin dan para penyokongnya tetapi seolah-olah meletakkan Muhyiddin tidaklah lebih baik daripada Najib di mata Mahathir.

Berbanding layanan buruk yang diterima oleh Mahathir di zaman Pak Lah, Najib nyata mengambil pendekatan yang berbeza. Beliau kekal memuja dan menjadikan Mahathir sebagai orang yang paling dihormatinya. Selain menjadikan anak Mahathir iaitu Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Najib juga tidak begitu memberi respon terhadap pandangan Mahathir yang berbeza dengan dasar-dasar yang diperkenalkannya.

Najib cuba menjaga hati Mahathir dengan sebaik mungkin dan mengelakkan daripada dilihat bergeser atau berbeza pendapat yang boleh dijadikan modal memperbesarkan itu perbezaan antara kedua mereka.

Sehingga ini ternampak bahawa Najib berjaya menjinakkan Mahathir daripada bermusuh atau dilihat bermusuh dengannya. Dalam masa yang sama, harapan Muhyiddin untuk menjadikan Mahathir sebagai rangsangan untuk beliau mencabar Najib seakan-akan sudah berakhir.

Tanpa sokongan, bantuan dan tolakan daripada Mahathir, Muhyiddin memang diketahui tidak mempunyai keupayaan untuk melonjakkan dirinya lebih tinggi daripada kedudukannya sekarang. Bahkan kejayaannya memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 lalu pun lebih kepada "nasib" semata-mata berikutan pesaing terdekatnya ketika itu, Ali Rustam dibatalkan daripada menyertai pertandingan atas dakwaan salah laku ketika berkempen.

Kini dengan semakin banyak desakan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, walaupun Muhyiddin belum membuat pengumuman secara rasmi, adalah dijangkakan beliau akan kekal mempertahankan jawatannya saja sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Untuk itu, Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjadi pembantu kepada beberapa lagi pendekatan transformasi yang yang bakal diperkenalkan oleh Najib.

Soalnya, apakah masa depan Muhyiddin seterusnya?

Selepas pemilihan UMNO 2013 ini, pemilihan yang seterusnya ialah pada 2016. Tetapi memandangkan pilihanraya umum ke 14 bakal diadakan pada 2017 atau 2018, mengikut amalan biasa pemilihan UMNO akan ditangguhkan bagi memberi laluan pilihanraya umum diadakan dahulu. Ini bermakna pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepss pilihanraya umum berakhir.

Berbagai kemungkinan mengenai kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti. Mungkin menang dan mungkin juga kalah. Namun, apa pun keputusan pilihanraya itu nanti, nasib dan perjalanan politik politik Muhyiddin sudah boleh dikira berakhir ketika itu.

Jika BN kalah, sudah tentulah persaraannya hanya setakat Timbalan Perdana Menteri sahaja dan beliau harus berpuas hati dengan pencapaiannya itu.

Tetapi jika UMNO dan BN menang serta terus berkuasa lagi, Muhyiddin ketika itu sudah terlalu tua dan tidak sesuai lagi untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Dengan usia Muhyiddin lebih tua 4 tahun daripada Najib, lima tahun akan datang usianya sudah mencecah 70 tahun. Kemungkinan untuk menonjolkannya melawan Najib juga tidak sesuai lagi.

Jika pun dalam pilihanraya umum ke 14 nanti, BN menerima keputusan yang lebih buruk daripada 133 kerusi yang dimenanginya pada PRU 13 dan wujud desakan agar kepimpinan baru mengambil alih UMNO, Muhyiddin bukan lagi calon yang sesuai. Eranya ketika itu telah berlalu.

Pemimpin yang mungkin ditonjolkan dan sesuai menerajui UMNO ketika itu ialah Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan mereka yang seangkatan dengannya. Najib dan Muhyiddin lebih mungkin diminta berundur secara serentak bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda mengambil alih pula.

Namun andainya UMNO dan BN menang dengan lebih baik pada PRU 14 nanti, Najib pastinya akan terus kekal dan tidak ada sesiapa yang berani menggugat kedudukannya. Tetapi dengan kedudukan usia Muhyiddin ketika itu menghampiri 70 tahun manakala Najib baru 65 tahun, pasti akan wujud desakan agar pemimpin yang lebih muda daripada Najib pula menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai persediaan menyediakan pemimpin pelapis untuk UMNO dan negara.

Ketika itu, kedudukan Muhyiddin secara automatik tidak lagi relevan. Sekali lagi nama Hishammuddin, Mukhriz atau KJ mungkin ditonjolkan sebagai gandingan dan bakal pengganti kepada Najib. Muhyiddin ketika itu sama ada harus berundur atau merelakan dirinya dicabar. Jika dicabar, nasib beliau mungkin seperti Ghafar Baba yang kehilangan upaya akibat kemahuan kepada pelapis muda dan akhirnya disingkirkan oleh Anwar Ibrahim pada pemilihan 1993 dulu.

Hakikatnya, sama ada UMNO masih berkuasa atau tidak selepas PRU 14 nanti, era Muhyiddin tetap dianggap sudah berakhir.

Dengan kemungkinan terpaksa berundur atau mengulangi sejarah Ghafar Baba, Muhyiddin juga bakal mengikuti jejak langkah Musa Hitam sebagai seorang lagi pemimpin UMNO dari Johor yang kandas di tengah jalan dalam mengejar pendakian ke Seri Perdana

Sunday, 18 August 2013

~ Mati Itu Pasti ~

Tersebut didalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunya dan Ramadhan itu ubatnya.


Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah swt.


Apabila hampir mati seseorang hamba Allah swt maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

a. Hartanya untuk warisnya.
b. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
c. Dagingnya untuk ulat-ulat.
d. Amalanya dan kebajikanya untuk orang yang dianayainya.


Apabila bercerailah nyawa dari badan terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpun engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?



Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, dimanakah badan engkau yang dulu kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, dimanakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. Hai anak Adam, dimana kekasih engkau mengapa jadi mulia rakan engkau?



Apabila dibawa keatas kain kafan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam,engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!



Apabila mayat dibawa keatas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat berungtulah (berbahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah swt - dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah swt.



Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.


Imam Annas bin Malik Radziyallah Annu berkata,bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam. kamu berjalan diatasku, kamu akan kembali kedalam perut ku (kubur)
b. Hai anak Adam. kamu berbuat maksiat dan dosa diatas ku, dan kamu akan disiksa didalam perutku (kubur)
c. Kamu bergurau diatas ku. dan kamu akan menangis di dalam perutku (kubur)

Tuesday, 6 August 2013

~ Selamat Hari Raya AidilFitri , Maaf Zahir Batin ~



Alhamdulilah .. sebulan sudah berpuasa ... InsyaAllah esok kita semua umat Islam di Malaysia akan sambut hari raya dah ..
So , wanna to wish .. selamat hari raya kat semua sahabat handai , sanak saudara , semua yang kenal dan saudara seagama sekalian ... kita insyaAllah akan kembali kepada fitrah ...
Fitrah yang kita tunggu untuk kita meraikan kemenangan setelah sebulan menahan hawa nafsu ...
semoga amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tidak terhenti setakat sini sahaja ..
semoga kita istiqamah dalam ibadah kita ..
sekali lagi , saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai pernah terkasar bahasa , menyinggung perasaan anda semua .. diharap maafkanlah ....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!

Monday, 5 August 2013

~ SaYa KeMbAli~

Alhamdulilah.....
Masih berkesempatan bertinta di blog sendiri ini ...
Tak dapat nak update blog langsung 2-3 minggu yang lepas ...
Sebab sangat-sangat sibuk .. sampai masa nak urus diri sendiri pun takde ...
merasa juga lah BUZYman dalam diri .. hahaha..
Alhamdulilah sebab dah nak habis dah bulan Ramadhan ni kita semua jalani ..
syukur sangat-sangat sebab dapat berjumpa dengan Ramadhan tahun ini ..
InsyaAllah 2-3 hari lagi berjumpa Syawal meraikan kemenangan ...

Cuma minggu lepas after balik cuti sedikit terkejut dengan kehilangan seorang ayah kepada rakan saya ..
seorang insan yang saya kenal selama 8 tahun .. yang telah saya anggap macam ayah saya sendiri ...
tiba-tiba pergi mengejut tanpa menunjukkan hint-hint yang beliau akan pergi ..
saya terasa kehilangan , terkejut dan seolah tidak percaya apatah lagi dalam keadaan anakanda beliau iaitu rakan saya sendiri yang baru je posting ... ermmm ... sampai saat ni pun saya still tak percaya ...

Akhir tinta untuk post kali ni ...
semoga Ramadhan kali ini kita dapat akhiri dengan lafaz "ALHAMDULILAH"
dan akhiri dengan penuh kejayaan dan kemenangan dalam melawan hawa nafsu ...
agar kita dapat meraikannya dengan penuh kegembiraan bila Syawal menjelma kelak ..
InsyaAllah ..

Wasalam ...