Friday, 27 July 2012

Petuan Imam Ghazali dan ulama-ulama lain mencari LALILATUR QADAR..

PESANAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR ( HARI GANJIL ) BULAN RAMADHANPETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADARJIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI :
1 ) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
2) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN
3) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN
4) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN
5 ) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan Bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .Berdasar petua di atas, insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke 25 Ramadhan bersamaam dengan malam selepas siang 6 Oktober 2007 .Walau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !!!

TANDA MALAM QADAR IALAH :

1 ) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

Wednesday, 25 July 2012

Tanpa Tajuk tapi penuh emosi ...


Pagi ni bila bangun je aku rasa macam sedih semacam je.. tak tau pulak kenapa.. ermm.. kalau ikutkan hati memang rasa cam nak mgalir je air mata tanpa sebab ... ya.. nielah kelemahan aku yg sukar aku atasi sekarang... emosi dan sensitif.. tapi ade orang cakap orang yg sensitif adalah orang yg penyayang ...mungkin betul jugak kot .. ^__^ . sekarang ni aku rasa macam jiwa kosong je ... mungkin orang akan cakap "pesal nk jiwa kosong , Allah kan ada.."  Yupp.. memang Allah sentiasa ada untuk setiap hamba-hambaNya ... apatah lagi untuk hamba yang senantiasa ingat akanNya.. Semoga diri aku dimasukkan dalam golongan yang sentiasa ingat pada Nya .. Insha Allah .. kadang-kadang teringin pulak ingin menyepikan diri dari kelompok masyarakat ... supaya tiada hati yang terluka, tiada yg berkecil hati dengan perbuatan kita yang sememangnya tidak sempurna ...bila kita menyepikan diri .. bukan saja dpt muhasabah diri bahkan dapat mengelakkan diri daripada fitnah-fitnah dari "watak-watak" duniawi ....nauzubillah ...mungkin ni dugaan juga masa bulan puasa.. bukan sahaja sakit tekak tetapi batuk juga.. semalam macam ada darah pulak dalam kahak aku.. ermm.. risau pun ada.. but i'm just think postif .. mak selalu pesan... minum air asam jawa tapi asyik lupe je nak bli asam jawa ... harap-harap hari ni aku ingat ... hehe.. aku mengharapkan semoga sahabat-sahabat aku sentiasa mendoakan aku sentiasa sihat dan tenang secepat mungkin ..hehe. kadang-kadang tu aku terfikir juga masih wujudkah lagi sahabat yang sebegitu ?? yang sentiasa mendoakn sahabatnya ... sentiasa berfikir akan sahabatnya ...  sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar . sahabat yang setia bagai pewangi yang menharumkan . sahabat sejati menjadi menjadi pendorong impian . sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah ..semoga sahabat-sahabat sebegini ada di sekeliling aku..insha Allah .. sampai sini je lah kot tinta berentak kali ni.. wasalam ... ^_^

Monday, 23 July 2012

Ramadhan kunjung tiba....

Alhamdulilah... dilanjutkan usia lagi untuk dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan yakni Ramadhan Al-Mubarak ... Mengingatkn saya pada satu hadis iaitu :
dari abu hurairah: Sabda Nabi s.a.w: berpuasalah kamu, nescaya kamu akan menjadi sihat....

hadis riwayat Tabrani

bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.
Bulan ni lah kita mencari keampunan dari Allah SWT..bulan yang lebih baik dari 1000 bulan .. lagipun setahun sekali kan.. takpe lah kot tinggalkan sebentar dunia demi mengejar akhirat yang nyata..Insha Allah..
hari ni masuk hari keempat aku berpuasa.. 4 hari yang agak mencabar cikit bagi aku.. dengan lambakan kerja yang tak habis-habis ..belum lagi dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan.. aku mengalami sakit tekak yang agak teruk dek batuk yang semakin teruk walaaupun 2 botol dah kot ubat batuk yg ditelan tapi still gak masih takde perubahan ... setiap kali puasa.. benda yang sama or dugaan batuk ni lah yang aku hadapi... hehe.. Insha Allah ade hikmah..aku berpegang pada prinsip tu..
Bila dah masuk hari keempat berpuasa.. teringat pula nikmat berpuasa dengan keluarga tersayang...Masya Allah.. rindunya kat kedua ayah bonda nun di sana .. apatah lagi dgn adik-beradik.. tak sabar rasanya menanti cuti kali ni.. rindu yang amat sangat.. lebih-lebih lagi dengan sepupu kami yang paling bongsu dan anak saudaraku yang kini berusia 7 bulan lebih.. hehe. mesti makin comel sekarang .. tak sampai sebulan lagi.. tapi kalau dah smpai raya nanti feel sedih pulak wujud sebab tinggalkan pulak ramadhan ni.. apa-apa pun selamat berpuasa pada seluruh umat islam di seluruh dunia..lebih-lebih lagi sanak saudara dan sahabat2 sekalian . Insha Allah.. Tinta ini akan mula menari di atas irama blog akan datang ...

Tuesday, 17 July 2012

Kembali dengan yang baharu !!

Salam warga maya .. pada sesiapa yg terbaca blog aku ni..syukran jazilan ^_^
agak lama dah aku tak menulis dalam alam maya nie.. rasa kekok cikit pun ade gak.. tapi takpe lah.. memang minat aku pun.. acually nie blog aku yang ketiga .. dua blog yang lain tue aku dah lupa dah password.. kih3.. muda-muda lagi dah nyanyuk kan korang ? kesian3.. haha... lupe pun sebab sangat2 busy dengan kerja-kerja yang melambak ... huhu .. sekrang lagi lah tambah busy .. tapi alhamdulilah masih diberi ruang untuk "menconteng " alam maya ini dengan cebisan yang tidak seberapa .. hehe ..insha Allah ini hanyalah permulaan bagi "Tinta Mishari Muja " ...
WASALAM ...